Sunday, 7 May 2017
Seri Rama dan Sita Dewi
Seri Rama Dan Sita Dewi
Karya Matlob dan Rahimy
Diterbitkan semula oleh DBP
Harga Rm 15.00
Halaman 95 ms
Sekali peristiwa, Negeri Biru Hasya Purwa diperintah oleh Maharaja Balikasya. Maharaja ini sangat gagah perkasa dan terkenal handalan sejak kecil lagi. Bondanya bernama Ganda Sura yang menjadi sisa serangan Raja Citra Baha dari Negeri Indera Puri Nagara. Bapa saudara baginda bernama Maharaja Dati Kuaca telah menjadi tawanan raja itu.
...... Baginda melantik empat orang besar; Menteri Besar, Patih Peranta, Patih Sakisa dan Patih Saparsan. Hulubalangnya pula terdoro daripada kaum raksasa bernama Sanghjalam, Jambal, Mala, Matakanda dan Jamnuca. Huoubalang Sanghjalam dilantik menjadi hulubalang kanan kerana punyai kesaktian luar biasa. Lidahnya berbisa bagai ular.....
Mukadimah kisah Seri Rama dan sita Dewi amat mengasyikkan. Adaptasi sastera hikayat, mitos, epik dengan saduran Hindu merupakan satu bentuk penceritaan lisan yang dimainkan oleh Tok Selampit, Tok Dalang, Penglipurlara dan menjadi hiburan zaman dahulu kala.
Ini kisah percintaan dan pertarungan oleh putera raja bagi mendapatkan kekasihnya. Seri Rama dalam pencarian, mencari Sita Dewi yang dilarikan Maharaja Rawana. Berlaku pelbagai peristiwa sakti yang luar biasa.
Layan cerita-cerita sakti.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sites Bacaan Digital Edisi 06
https://sites.google.com/d/18U2yr6i-vDGsW_SusToDWgpUJBWZkBae/edit
-
Organisasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu 2015 Kepimpinan Sekolah
-
1.0 PENDAHULUAN Dari mana datangnya permata, Dari tanah digali-gali, Dari mana datangnya bahasa, Dari kata yang terbit ...
-
Teks Pidato Tajuk : KEPENTINGAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT. Assalamualaikum warahmatullahi wabara katuh, salam sejahtera, sala...