1.0
PENDAHULUAN
Dari mana datangnya permata,
Dari tanah digali-gali,
Dari mana datangnya bahasa,
Dari kata yang terbit di hati.
Laku bukan sebarang laku,
Laku baik sepanjang zaman;
Baku bukan sebarang baku’
Mudah faham senang penyebutan.
Sejarah
perkembangan bahasa Melayu telah dicatat dalam kamus sejarah sejak sekian
lamanya. Bermula dari zaman awal prasejarah bila mana munculnya
kerajaan-kerajaan kecil Melayu kuno dari abad ke-3 hinggalah abad ke-14 masihi.
Antara kerajaan Melayu yang muncul ketika itu adalah seperti Kerajaan Champa,
Langkasuka dan Sriwijaya; hinggalah wujudnya kerajaan-kerajaan Melayu bersultan
sejak abad ke-14 Masihi. Antara kerajaan Melayu yang muncul ketika itu ialah
Tanah Melayu, Bentan, Inderagiri, Kampar, Siak, Riau-Lingga dan yang paling
berpengaruh iaitu Melaka. Setelah kejatuhan keultanan Melayu Melaka yang
menyaksikan penjajahan negeri-negeri Melayu oleh kuasa imprealis bahasa Melayu
dilihat terus berperanan sebagai bahasa pengantar utama bagi penutur di seluruh
Nusantara. Malah penobatan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dunia (Lingua
Franca) ketika Melaka menggapai zaman keemasannya tidak tersangkal lagi.
Dari zaman awal
tertubuhnya kerajaan Melayu hingga kini, bahasa Melayu mengalami pelbagai
evolusi dan perubahan. Pengaruh paganisme, Hindu – Buddha, Islam-Arab dan
dialek menjadikan bahasa Melayu terus subur dituturkan hingga ke hari ini.
Zaman moden kini juga menyaksikan pelbagai perubahan dan variasi baru bagi
bahasa Melayu. Perancangan bahasa Melayu di Malaysia berlaku sejak sekian lama
sebelum merdeka lagi, malah perkembangannya dilihat sangat pesat dan
mengagumkan. Perjuangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
merupakan antara siri pentig dalam sejarah bahasa Melayu di negara ini. Setelah
mencapai tahap keupayaannya menjadi bahasa rasmi negara, bahasa Melayu terus
berkembang, pada tahun 90-an timbul pula isu baru bahasa Melayu iaitu pembakuan
bahasa Melayu.
Pada 30 September
1993 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1993 : Tarikh Penyempurnaan
Pelaksanaan Bahasa Melayu Sebutan Baku, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mengarahkan semua sekolah di Malaysia menggunakan sebutan baku bagi bahasa
Melayu di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan.
Arahan yang
dikeluarkan seperti berikut :
Surat Pekeliling Ikhtisas
ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan
telah memutuskan bahawa Bahasa Melayu sebutan baku akan diwajibkan dalam
peperiksaan seperti berikut :
i. Mulai 1994 :
Ujian Lisan Bahasa Melayu tahun 6 bagi SK/SRK yang dikendalikan sepenuhnya
oleh sekolah.
ii. Mulai 1994 :
Ujian Lisan Bahasa Melayu Tingkatan III yang dikendalikan sepenuhnya
oleh sekolah.
iii. Mulai 1994 :
Ujian Lisan Bahasa Melayu SPM yang dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga
peperiksaan.
Dalam perkara 3 ditegaskan bahawa
3. Untuk memantapkan lagi
penguasaan Bahasa Melayu sebutan baku, semua aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, aktiviti kokurikulum serta upacara rasmi lain seperti
pertandingan bahas, syarahan, seminar dan sebagainya mestilah dilaksanakan
dengan menggunakan Bahasa Melayu sebutan baku.
Hal ini
menjelaskan bahawa kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia serius
dalam melaksanakan sebutan baku dalam bahasa Melayu. Bermula dari tarikh itu
sekolah-sekolah mula menggunakan sebutan baku dalam sesi pengajaran dan
pembelajran mata pelajaran bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berorientasikan
bahasa Melayu seperti Pendidikan Seni, Sains, Pendidikan Moral dan sebagainya.
Malah beberapa rangkaian televisyen juga mula menggunakan sebutan baku dalam
rancangan bual bicara, berita dan maklumat yang disampaukan kepada penonton.
Keadaan ini berterusan hingga tahun 2000 iaitu
apabila Kementerian Pendidikan mengeluarkan surat pekeliling baharu yang
membatalkan pekeliling bertarikh 30 september 1993. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2000 :
Pelaksanaan Sebutan Baku Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran
Bahasa Melayu Di Sekolah bertarikh 16 Februari 2000 dengan jelas membatalkan
pelaksanaan penggunaan sebutan baku. Hal ini dapat ilihat melalui perkara 2,3
dan 4 surat pekeliling tersebut yang menegaskan;
2. Mesyuarat Jemaah Menteri
telah memutuskan bahawa sebutan baku yang terus dilaksanakan di sekolah adalah
hanya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu
sahaja.
3. Walau bagaimanapun, untuk ujian lisan dalam peperiksaan awam,
sebutan baku atau sebutan biasa boleh digunakan. Bagi pengajaran dan
pembelajaran mata-mata pelajaran
selain Bahasa Melayu serta urusan-urusan
lain di sekolah, sebutan biasa digunakan.
4. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling
lkhtisas ini, maka Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 2/1993 bertarikh 30 September
1993 yang bertajuk
Namun begitu,
sebenarnya pelaksanaan pembakuan bahasa Melayu iperingkat sekolah telah
dimulakan sejak tahun 1988 lagi, iaitu selaras dengan pelaksanaan Kurikulum
Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang mengusulkan sebutan baku bahasa Melayu
tingkatan satu.
2.0
DASAR UMUM SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU
2.1
Definisi
Sebutan Baku
Kamus Dewan Edisi Empat mendefinisikan sebutan
seperti berikut; 1. apa yang disebut, (sesuatu) yang disebut: 2. cara melafazkan atau menyebut (perkataan
dan lain-lain), ucapan, lafaz. Manakala baku pula didefiisikan sebagai 1 utama;
penting: makanan ~ makanan yg utama. 2 diterima dan diakui; sah dan benar (ttg
sukatan, ukuran dll);
Manakala sebutan baku pula didefinisikan
sebagai sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan
atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, sebutan
standard;
Prof Dr Awang Sariyan, melalui bukunya Warna
dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu Di Malaysia Edisi Kedua (2006); memberi
definisi berikut; …. ’pembakuan bahasa dapat difahami sebagai usaha, tindakan,
atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi
dasar ukuran. Yang berkaitan dengan usaha, tindakan, atau proses tersebut ialah
penetapan kod dan norma bahasa daripada segala segi, iaitu ejaan, peristilahan,
tatabahasa, sebutan dan laras bahasa.’
Secara umumnya, sebutan baku bermaksud
mewujudkan satu sistem sebutan standard bahasa Melayu yang diterima pakai
sebagai betul dalam sistem bahasa kebangsaan. Pembakuan ini meliputi proses
pembinaan bahasa iaitu pembakuan tatabahasa, ejaan, sebutan, istilah, kosa kata
laras dan sistem bahasa.
2.2
Dasar
Sebutan Baku Bahasa Melayu
Dasar sebutan baku bahasa Melayu ialah sebutan
fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Maksudnya di sini ialah
kata-kata dieja berdasarkan pengucapan dan pengucapan berdasaran apa yang
dieja. Timbul sedikit kekeliruan dan masalah dari segi sebutan iaitu bahasa
Melayu yang disebut secara baku dikatakan mirip dengan bahasa Indonesia.
Justeru bagi menjawab isu ini dan mewujudkan keseragaman bahasa; Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga telah juga mengambil keputusan tentang
ejaan bahawa, (a) Ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah disamakan atau
disatukan; (b) Peraturan ejaan hendaklah mudah, dan untuk ini maka sistem
fonemik diterima sebagai sistem yang lebih baik daripada sistem fonetik, dan
satu fonem hendaklah digambarkan dengan hanya satu tanda (huruf) saja; (c) pengejaan
hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang satu dan semacam; (d) Kata-kata
daripada bahasa asing hendaklah disesuaikan dengan sistem fonologi Melayu.
(Asraf, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-IV 1984)
Dasar sebutan baku berdasarkan fonemik mempunyai beberapa prinsip
tertentu bagi memudahkan proses penyebutan dan pengajaran dan pembelajaran.
Antara prinsip-prinsip tersebut adalah
2.2.1 memudahkan
guru mengajar dan murid belajar mengucapkan bahasa Melayu dengan tidak lagi
dibingungkan oleh kecualian-kecualian yang berbagaibagai, misalnya ada
kata-kata yang disebut menurut bunyi fonetik Riau-Johor, ada yang disebut
menurut bunyi fonetik Inggeris seperti *indastri, *jenerasi dan *yunit
untuk industri, generasi dan unit dan ada
yang menurut sebagaimana yang dieja secara fonemik.
2.2.2 dapat
dianggap sebagai sebutan estetik yang sesuai untuk lagu-lagu Melayu, deklamasi sajak
berpidato, ceramah, syarahan dan apa saja ucapan yang bersifat formal seperti
pembacaan warta berita, pengumuman rasmi kenegaraan dan sebagainya.
3.2.3 memperlihatkan
kelebihan bahasa Melayu jika dibandingkan dcngan bahasa Inggeris yang kacau
ejaannya sehingga sebutannya tidak selaras dengan ejaannya itu. Bahasa
Melayu tidak akan menjadi lebih maju dengan meniru kekacauan ejaan dan ucapan
bahasa Inggeris
2.3
Matlamat
pembakuan bahasa Melayu
Usaha pembakuan sebutan bahasa Melayu
bukanlah satu usaha yang sengaja diada-adakan sebaliknya merupakan satu usaha
untuk mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang bersifat
ilmiah dan menuju ke arah kesempurnaan. Dengan adanya pembakuan ini maka bahasa
Melayu akan menjadi satu bahasa yang benar-benar mantap dan dibanggai oleh
penuturnya lantaran bahasa Melayu memiliki jati dirinya sendiri. Antara
matlamat dan tujuan pelbakuan sebutan bahasa Melayu adalah;
2.3.1
Mewujudkan keseragaman sebutan dalam kalangan
penutur bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh pelbagai dialek agar satu variasi
sebutan yang standard digunakan dalam majlis-majlis formal, peruratan,
penulisan dan sebagainya.
2.3.2
Mewujudkan keseragaman sebutan, terutamanya
perkataan serapan dan pinjaman yang berasal daripada perkataan asing seperti
bahasa Arab, Inggeris, Jawa, Sanskrit dan sebagainya. Dengan adanya pembakuan
sebutan, maka perkataan itu lebih mudah difahami oleh penutur sesuai dengan
konteks maksud ayat.
2.3.3
Dapat meningkatkan keupayaan dan kecekapan
berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa dengan menggunakan hukum bahasa
yang selaras dan difahami oleh semua lapisan masyarakat.
2.3.4
Untuk memantapkan system bahasa Melayu supaya
sebutannya menjadi mantap dan baku sesuai dengan pembakuan tatabahasa, kosa
kata, sistem ejaan dan laras bahasa.
2.3.5
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di
sekolah pembakuan sebutan bahasa Melayu bertujuan untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur , dan mengurangkan penggunaan
pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek
setempat dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini para pelajar dan
guru-guru akan menggunakan satu sistem bahasa Melayu yang sama dalam proses
pendidikan. Guru dan pelajar dari seluruh negara akan menggunakan bahasa yang
satu yang disepakati dan difahami.
3.0
PERBEZAAN SEBUTAN BAKU DENGAN SEBUTAN
JOHOR-RIAU
Seperti yang
dibincangkan dari awal tadi sebutan baku merupakan sebutan yang beroreintasikan
sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan, menyebuta apa yang dieja dan
mengeja apa yang disebut. Namun begitu, majoriti masyarakat di malaysia tidak
bertutur dalam sebutan baku. Pertuturan masyarakat Malaysia lebih selesa
bertutur dengan sebutan Johor-Riau yang sudah dianggap sebagai sebutan standard
bahasa Melayu. Dari sudut fonologi terdapat perbezaan ketara antara sebutan
baku dengan sebutan Johor-Riau. Berikut merupakan beberapa contoh perbezaan
sebutan bahasa Melayu baku dengan sebutan bahasa Melayu Johor-Riau.
4.1 Perkataan yang diakhiri dengan fonem
vokal /a/. Bahasa baku mengekalkal fonem vokal /a/ sebagai /a/, sebaliknya sebutan Johor-Riau menyebut /ə/.
Contoh
Kata
|
Ejaan
|
Sebutan baku
|
Sebutan Johor-Riau
|
mata
|
mata
|
ma . ta
|
ma . tə
|
berapa
|
berapa
|
b ə . ra . pa
|
b ə . ra . p ə
|
serupa
|
serupa
|
s ə . ru . pa
|
s ə . ru . p ə
|
4.2 Perkataan yang mengandungi fonem vokal
/u/ dan diakhiri dengan fonem konsonan /r/ digantikan dengan /o/ manakala
konsonan /r/ digugurkan.
Kata
|
Ejaan
|
Sebutan baku
|
Sebutan Johor-Riau
|
telur
|
telur
|
t ə . lur
|
t ə . lo
|
melur
|
melur
|
m ə . lur
|
m ə . lo
|
Dapur
|
dapur
|
da . pur
|
da . po
|
4.3 Penguguran
konsonen /r/ disempadan suku kata.
Kata
|
Ejaan
|
Sebutan baku
|
Sebutan Johor-Riau
|
permainan
|
permainan
|
pər . ma . i . nan
|
pə_ . ma . i . nan
|
perkataan
|
perkataan
|
pər . ka . ta . an
|
pə_ . ka . ta . an
|
terduduk
|
terduduk
|
tər . du . du?
|
tə_ . du . du?
|
4.0
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN SEBUTAN BAKU BAHASA
MELAYU
Pembakuan sebutan
bahasa Melayu merupakan satu usaha yang sangat murni dalam memartabatkan bahasa
Melayu kerana usaha pembakuan ini boleh memberi satu dimensi baru kepada para
penutur bahasa Melayu. Kebaikan pembakuan ini boleh dilihat berdasarkan
matlamatnya pembakuan itu sendiri.
4.1
Kebaikan Pembakuan Sebutan Bahasa Melayu
4.1.1 Menyeragamkan bahasa Melayu dari pelbagai
aspek seperti tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan dan laras bahasa terutamanya
dalam situasi formal.
4.1.2 Menyeragamkan proses pengajaran dan
pembelajaran di peringkat sekolah dan institusi pengajian. Para guru dan murid
dari seluruh negara menggunakan satu kaedah bahasa yang sama.
4.1.3 Menyeragamkan dan menstandardkan sebutan
bahasa Melayu yang terpecah kepada dialek dan loghat yang pelbagai. Dialek dan
loghat ini memberi konotasi yang pelbagai berdasarkan sosio budaya penuturnya.
Keseragaman ini akan menwujudkan sistem berbahasa yang satu.
4.1.4 Menyeragamkan cara penulisan terutamanya
bagi kata yang diambil daripada bahasa asing. Pembakuan sebutan kata pinjaman
akan mempengaruhi cara penulisannya. Dengan ini kata pinjaman dapat
diseragamkan melalui proses pembakukan.
4.1.5 Menjadikan bahasa Melayu sebagai satu
bahawa yang berwibawa dan bersifat ilmiah. Melalui penggunaan bahasa baku yang
telah diseragamkan, penutur bahasa Melayu akan mengungkap dengan bahasa yang
sama.
4.1.6 Memudahkan penutur bahasa asing untuk
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua atau bahasa tambahan. Pelajar
yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu akan mudah mempelajari bahasa Melayu
yang telah diseragamkan tanpa terkeliru dengan dialek atau loghat daerah dan
suku kaum tertentu.
4.2
Masalah dan Kelemahan Pembakuan Sebutan
Bahasa Melayu
Namun
begitu usaha pembakuan ini terpaksan melalui beberapa masalah dan kelamahan
dalam pelaksanaannya. Berikut adalah antara beberapa masalah dan kelemahan
ketara yang dihadapi dalam usaha menggerakkan pembakuan sebutan baku bahasa
Melayu.
4.2.1 Tiadanya apa-apa arahan rasmi daripada
pihak pemerintah dalam usaha menggunakan bahasa baku secara menyeluruh. Apa
yang berlaku hanyalah arahan daripada Kementerian Pendidikan melalui Ketua
Pengarah Pendidikan pada tahun 1993, iaitu penggunaan sebutan baku di sekolah
sahaja. Namun begitu arahan tersebut terbatal melalui surat pekeliling yang
dikeluaran pada tahun 2000. Dalam surat pekeliling baharu tersebut bahasa baku
hanya digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sahaja.
4.2.2 Memandangan sebutan baku berdasarkan
kepada sebutan fonemik, timbul masalah sebutan bahasa Melayu yang mirip dengan
sebutan bahasa Indonesia. Ada pihak yang tidak senang dengan sebutan baku
kerana seolah-olah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Indonesia.
4.2.3 Bahasa Melayu merupakan bahasa yang
beraneka ragam dari segi sebutan dialek dan loghatnya. Para penutur bahasa
Melayu yang sudah tersebati dengan dialek dan loghat masing-masing berasa tidak
senang kerana pembakuan ini seolah-olah mahu mematikan dialek dan loghat yang
menjadi identiti sesuatu tempat, budaya, kaun dan suku kaum.
4.2.4 Pelaksanaan sebutan baku dalam konteks
hebaham umum hanya dilaksanakan oleh sebuah rangkaian televisyen swasta iaitu
TV3. Banyak rancangan terbitan rangkaian televisyen ini menggunakan sebutan
baku seperti rancangan berita dan dokumentari. Sebaliknya RTM yang dimiliki oleh
kerajaan tidak menggunakan sebutan baku; menggunakan sebutan Johor-Riau.
4.2.5 Perkembangan bahasa Melayu basahan baru
atau ’bahasa rojak’ yang mendapat pengaruh daripada bahasa Inggeris, SMS,
cit-cat dan perkembangan komputer telah menjadi satu kebiasaan baru dalam
berbahasa bagi penutur bahasa Melayu. Lebih membimbangkan gaya bahasa ’rojak’
ini telah mempengaruhi gaya penulisan.
5.0 RUMUSAN
Sesungguhnya usaha
untuk mewujudkan sebutan baku bahasa Melayu merupakan satu usaha yang
berterusan dalam memartabatkan bahasa Melayu. Dalam usaha untuk menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang bertaraf dunia serta mengembalikan
semula bahasa Melayu sebagai ligua franca seperti abad ke 15 yang lalu,
pembakuan dilihat sangat bertepatan sekali. Melalui penyeragaman, bahasa Melayu
lebih mudah ditutur dan difahami.
Namun begitu,
usaha ini nampaknya masih belum selesai dan dilihat seolah-olah tidak
bersungguh. Sepatutnya kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Penerangan dan
kementerain-kementerian yang lain bersungguh-sungguh dalam memastikan penuturan
baku bahasa Melayu dilaksanakan di semua peringkat. Apa yang berlaku kini,
hanya pengajaran bahasa Melayu sahaja menggunaan sebutan baku. Bahasa Melayu
dilihat sangat berpotensi untuk terus berkembang di peringkat dunia, hal ini
boleh dilihat dengan adanya fakulti-fakulti Pengajian Melayu diwujudkan di
beberapa buah universiti luar negara seperti di China. Malah Prof Dr Awang
Sariyan merupakan penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia – China, Beijing.
Sekiranya pembakuan bahasa Melayu dilaksanakan dengan serius, lebih mudah lagi
bahasa Melayu dipelajari dan dipertuturkan oleh seluruh masyarakat.
BIBLIOGRAFI
Asraf, (1984), Sebutan Baku Bahasa Melayu Berdasarkan Prinsip Finemik, Kongres
Bahasa dan
Persuratan Melayu ke-IV
Awang Sariyan, (2006), Warna Dan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia Edisi
Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur
Kamus
Dewan, Edisi Baru,
Cetakan Ketiga (1992), Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kuala Teregganu
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2004), Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran
bahasa Melayu, Sistem Bahasa dan Penggunaan Bahan
Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Melayu, Bahagian Pendidikan Guru, Kuala Lumpur
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2004), Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran
bahasa Melayu, Bahagian Pendidikan Guru, Kuala Lumpur
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2002), Kursus Orientasi Perubahan Kurikulum Bahasa
Melayu Sekolah Rendah Sesi 2002, PPK, Kuala Lumpur
Rahiman Hj Sabran & Rahim Syam,
(1987), Kajian Bahasa Untuk Pelatih
maktab
Perguruan, Fajar Bakti, Petaling Jaya
Samsudin Mohamed, ( ), Strategi
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu,
Pusat Perkembangan
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/1993 : Tarikh Penyempurnaan Pelaksanaan
Bahasa Melayu Sebutan Baku
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/2000: Pelaksanaan Sebutan Baku Dalam
Pengajara Dan Pembelajaran Mata Pelajaran
Bahasa Melayu Di Sekolah
LAMPIRAN SURAT PEKELILING
Halo salam dari Indonesia :) wah ternyata seru juga ya mempelajari 'bahasa lain'. Terimakasih atas ilmu yany dikongsikan :) Oiya memang benar bahwa perbedaan-perbedaan kosakata dan pengejaan dari bahasa Melayu baku di Malaysia dan di Indonesia ada beberapa perbedaan. Namun, sungguh penggunaan bahasa baku mempermudah pemahaman menjadi di atas 95% persen saya rasa. Fyi aja nih... Pengejaan kata seperti telúr atau buíh yang merupakan keumuman bagi beberapa bahasa di Austronesia menurut saya pribadi tidak masalah. Bahasa Indonesia pun yang dituturkan oleh orang Jawa yang tidak terpengaruh tuturan ibu kota pun kurang lebih mirip dalam pengucapan vokal ú dan í (seperti dalam fonologi Inggris). Dan baik untuk mendengar bahwa oh di Malaysia sendiri huruf k masih banyak yang menggunakan /?/ sedangkan di Indonesia beralih ke k/kk apabila terpengaruh tuturan ibu kota atau bahasa daerah asal tidak membedakan kosonan /?/ secara naluriah. Namun saya hendak bertanya... Untuk di Malaysia sendiri seberapa mudahkah ditemui/bagi orang-orany untuk berbahasa Melayu baku ya? Walaupun saya sendiri tidak terlalu kesulitan untuk mengambil kata-kata baru namun saya tertarik untuk mengetahui tentang penggunaan Melayu baku di tengah masyarakat. Apakah setidaknya mereka dapat beralih ke bahasa Melayu baku apabila diperlukan terlepas dari kondisi formal atau tidak? Maaf kalau banyak bertanya ya :) sekedar ingin menambah ilmu dan penasaran saja. Terimakasih
ReplyDeleteagak sukar kerana tiada orang malaysia malaysia yang menggunakan bahasa melayu ejaan baku kerana tidak biasa . namun jika encik pergi ke Timur Malaysia (negeri Sabah dan Sarawak) dapat dilihat bererapa perjataan disebut baku namun itu kerana ia memang dialek mereka . jadi sekiranya orang dadi Timur Malaysia bertutur tanpa menggunakan kata2 dialeknya/loghatnya/slang , ia akan berbunyi seperti mereka bertutur dalam bahasa melayu baku . itu saja 😊
DeleteRumpunan bahasa kita di Nusantara ini ada beberapa perbezaan. Ada yang ketara dan ada yang tidak. Secara umumnya kita masih boleh memahami maksud pertuturan yang mahu dituturkan walaupun ada perbezaan makna.
DeletePantun pembuka yang begitu menarik Mohon izin dishare pantun di atas ye encik.Terima Kasih
ReplyDelete