Tajuk : Biografi Agung Salahuddin Al Ayyubi
Pengarang : Syed Alwi Alattas
Terbitan : Karya Bestari
Muka surat : 434 halaman
Harga : RM32.50
Salahuddin Al Ayyubi merupakan satu nama besar yang sangat terkenal baik bagi dunia Islam mahupun dunia barat. Masyarakat Islam sudah tentu mengenali sosok ini kerana peranan yang dimainkannya sangat besar. Bagi masyarakat barat dan Eropah pula nama Saladdin adalah satu kegerunan yang tidak boleh dibayangkan. Inilah sosok panglima perang yang juga merupakan seorang sultan yang sangat ampuh dan begitu konsisten menentang pendudukan tentera Frank di Timur Tengah, khususnya pembebasan Baitul Maqdis.
Sepanjang hidupnya dihabiskan dalam banyak siri peperangan sama ada peperangan dengan pasukan gabungan kristian dari Eropah, Syiah khususnya tentera Assasin dan dalam kalangan emir yang bersekongkol dengan pasukan musuh. Bermula daripada kehidupan biasa yang tidak dikenali hinggalah diangkat menjadi Emir dan Sultan, lelaki dari keturunan Kurdish ini sangat setia di bawah pemerintahan Bani Abbasiah dan berterusan memerangi musuh utama umat Islam ketika itu iaitu pasukan Kristian Eropah yang menjajah Timur Tengah.
Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran beliau tetap dengan pendiriannya mahu membebaskan al Quds. Ternyata usahanya tidak sia-sia, pada tahun 1187 Baitul Maqdis berjaya dibebaskan dengan harga yang sangat mahal.
Buku ini ditulis berdasarkan rujukan dan fakta dari pelbagai sumber sama ada dari sumber Islam mahupun Barat. Ditulis dalam bahasa yang mudah difahami dengan rentetan peristiwa penting disamping gambar-gambar yang boleh meguatkan pemahaman pembaca. Buku ini bukan buku fiksyen, tetapi membacanya tidak terasa seperti membaca buku sejarah kerana garapan kandungan dan bahasanya yang tidak menjenuhkan.
Tuan sam rizal masih ade buku ni di tangan tuan? Boleh saya nak beli?
ReplyDeleteMasih ada dalam simpanan saya. Dan tidak pula berhajat untuk menjualnya. Ada senaskah sahaja.
Delete