KARANGAN MODEL 1
Soalan : Tulis sebuah karangan tentang faedah
bersukan.
Bersukan merupakan aktiviti fizikal
yang dilakukan pada waktu-waktu tertentu. Bersukan banyak manfaatnya
kepada manusia.
Antara
faedah bersukan ialah dapat menguatkan otot. Sekiranya seseorang itu sering
melakukan senaman, otot-otot pada tubuh badannya akan menjadi kuat. Kekuatan
otot akan meningkatkan keupayaan fizikal seseorang dan menjadikannya lebih cergas.
Selain
itu masa yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Daripada
membiarkan masa yang tersisa berlalu begitu sahaja, lebih baik dimanfaatkan
dengan bersukan. Sama ada bersukan secara individu seperti berjoging, dan berbasikal
atau bersukan secara kumpulan seperti bermain bola sepak, sepak takraw dan bola
jaring.
Melalui
kegiatan sukan, kita juga boleh menambah kenalan dan mengeratkan tali
persahabatan. Perlawanan yang dianjurkan dalam satu-satu perlawanan akan
memperkenalkan kita kepada rakan baharu. Di samping bersaing untuk meraih
kemenangan, tali persahabatan dan semangat kesukanan dapat diwujudkan.
Murid-murid
yang aktif dalam bidang sukan biasanya akan memperolehi sijil dan
pengiktirafan. Sijil dan pengiktirafan ini sangat berguna terutama bagi murid
yang mahu melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh. Semakin tinggi
tahap penglibatan dalam bidang sukan, semakin cerahlan peluang untuk ke sekolah
berasrama.
Jelaslah
bahawa sukan sangat berfaedah kepada murid-murid. Manfaatkanlah masa dengan
memilih aktiviti riadah yang sesuai.
No comments:
Post a Comment