Dalam kehidupan Melayu, anjing dilihat sebagai haiwan yang menjengkelkan. Secara tradisionalnya, tidak ada Melayu yang memelihara anjing sebagai haiwan kesayangan atau haiwan peliharaan. Kalau ada pun, anjing dipelihara di ladang-ladang atau di kebun-kebun untuk menjaga keselamatan harta benda.
Dalam masyarakat Melayu terdapat banyak peribahasa yang menunjukkan sudut negatif dengan menjadikan anjing sebagai tamsil. Antara peribahasa yang sering digunakan:
1. Anjing menyalak di ekor gajah; Orang lemah cuba menentang orang yang berkuasa, tentulah sia-sia sahaja
2. Anjing menyalak bukit, takkan runtuh; Melakukan pekerjaan yang sia-sia
3. Anjing kepada orang, raja kepada kita; Buruk atau baik kelakuan anak, tetap anak menjadi darah daging sendiri
4. Anjing itu meskipun dirantai dengan rantai emas, tetap berulang-ulang ke tempat najis juga;
5. Anjing kalau dah biasa makan tahi, kalau tak dimakan dihidunya juga; Orang jahat / biasa berbuat jahat, walaupun diberi kesenangan, jika ada kesempatan akan cuba melakukan perbuatan jahat juga.
6. Anjing itu kalau dipukul sekalipun, tetap berulang ke tempat bagkai yang banyak tulang; Orang tamak, walaupun sering dikatai tetap dengan sifat tamaknya juga
7. Anjing galak, babi berani; Bertemu buku dengan ruas, sama-sama keras
8. Anjing ditepuk menjungkit ekor; Orang hina jika diberi kehormatan, sombong jadinya
9. Anjing diberi makan nasi, takkan kenyang; memberi nasihat kepada orang jahat, sia-sia jadinya
10. Bak anjing tersepit; Ketika susah, merendah diri meminta tolong, apabila senang, meninggi diri
11. Bagai anjing melintang denai; Sangat sombong
12. Anjing beranak enam; Orang perempuan yang sangat kurus
13. Ekor anjing berapapun dilurut tiada juga betul; Orang yang memang jahat itu, susah untuk diajar
14. Mengusik anjing tidur; Sengaja mencari susah
15. Pukul anjig tengok-tengok tuannya; Berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan
16. Seperti anjingh mengunyah tulang; Suka bersungut
17. Seperti anjing mengulangi bangkai; Lelaki yang suka ke tempat perempuan jahat berbuat maksiat
18. Anjing menggonggong bangkai; Lelaki yang suka membawa perempuan jahat
19. Anjing kedahuluan; Kecewa atau takut
20. Anjing bertemu pasir; Perasaan suka yang tidak bertempat kerana mendapat perkara yang digemari
21. Tuah anjing, celaka kuda; Beruntung pada sesuatu tetapi susah pada yang lain
22. Anjing makan muntahnya; Tamak dan gelojoh yang tidak memilih akan perbuatannya
23. Anak anjing takkan menjadi musang jebat; Orang bodoh tidak akan mendapat kedudukan baik
24. Mempertinggi semangat anjing; Memperbaiki nama orang jahat akhirnya menjadi sia-sia dan rugi
25. Anjing buruk kepala; Sesorang yang dipandang hina
Dan banyak lagi peribahasa dalam perbendaharaan Melayu yang menjadikan anjing sebagai objek tamsilan.
Kwn aku bela anjing kat rumah je...dia pun melayu kot!?
ReplyDeleteBela takpe, jgn pegang, kalau nk pegang pon pakai sarung tangan
DeleteAnjing bukan bntg peliharaan.tu dlm hukum islam.hanya utk perburuan,perang,jg kebun.ada beza peliharaan dgn bkn peliharaan.so bela saje2 dlm islam xbole.tetap haram.dicela malaikat.ni yg aku bljr dr ustaz aku ms bljr dulu.trm ksh ustazku yg ajar
ReplyDeleteAda beberapa haiwan yang menjadi subjek kejelekan dalam peribahasa Melayu antaranya anjing, babi dan kera / monyet.
ReplyDelete