Monday, 20 October 2014

Pantun; Selasih



Duri semalu menusuk selasih,
Dikais-kais ayam serama;
Tidakku mahu bercerai kasih,
Seribu tahun kekal bersama.

Daun selasih dimain budak,
Batang selasih dimakan kuda;
Bercerai kasih bertalak tidak,
Beribu tahun kembali juga.

Mengapa diperap daun selasih,
Jika ada ada daun maman*;
Apa diharap pada kekasih,
Jika mungkar jadi amalan.

Dahan selasih tidaklah tebal,
Mudah digentas dengan tangan;
Jangan letih berbuat amal,
Andai syurga jadi idaman.

Sudah patah pucuk selasih,
Gugur bunganya di tengah huma;
Kehadrat Allah merintih-rintih,
Mengenang dosa setiap masa.

* maman - sejenis tumbuhan herba yang dibuat jeruk

No comments:

Post a Comment

PANTUN KAYA - MISKIN

  Kaya - miskin Tangga pangkin hala ke darat, Buatan kekal kayu nan tahan; Andai si miskin dibiar melarat, Negaramu bakal dimurkai Tuhan. Bi...