Oleh S.Samprizal B Selamat
1.0
PENDAHULUAN
1.1 Dengan jumlah penutur yang seramai lebih
300 juta orang, bahasa Melayu menjadi bahasa yang kelima terbesar dituturkan di
dunia. Sebagai bahasa yang mempunyai penutur yang sebegitu besar sudah tentulah
bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa
lain dalam menjadikan bahasa ini sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.
Hakikat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa boleh dilihat
dari dua sudut iaitu sudut sejarah dan perkembangan semasa.
1.2 Dari sudut sejarahnya, bahasa Melayu
merupakan bahasa lingua franca yang telah menguasai dunia ketika Melaka menjadi
pusat perniagaan pada kurun ke-15. Hari ini banyak universiti dunia telah
menjalankan program pengajian bahasa Melayu, antaranya ialah Universiti
Beijing, China yang mana Prof Dr Awang Sariyan merupakan penyandang Kursi
Pengajian Melayu di sana.
1.3 Justeru, sebagai bahasa ilmu, bahasa
Melayu perlu melalui proses pengilmuan agar bahasa ini berada seiring dengan
bahasa lain seperti bahasa Inggeris. Antara disiplin keilmuan yang perlu
difahami dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ialah aspek
morfologi dan sintaksis.
2.0
DEFINISI MORFOLOGI
2.1 Berikut adalah beberapa definisi
morfologi yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh bahasa.
2.2 Kamus Dewan Edisi Baru mendefinisikan
morfologi sebagai, kajian berkenaan bentuk atau pembentukan kata-kata.
2.3 Rahim Syam dan Raminah Sabran (1985)
menyatakam bidang morfologi sebagai satu bidang dalam kajian bahasa yang
mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.
2.4 Menurut Nik Safiah Karim (1996), beliau
mendefinisikan morfologi ialah bidang ilmu
bahasa yang mengkaji tentang struktur, bentuk,
dan penggolongan kata.
2.5 Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj
Musa dan Abdul Hamid Mahmood melalui buku Tatabahasa Dewan (1994) mendefinisikan
morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran
atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula
ialah rupa unit tatabahasa (morfem), sama ada berbentuk tunggal atau hasil
daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
3.0
DEFINISI
SINTAKSIS
3.1 Kamus Dewan mendefinisikan sintaksis
sebagai satu pengetahuan tentang susunan kata dan ayat. Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj Musa
dan Abdul hamid Mahmood melalui buku Tatabahasa Dewan (1994) mendefinisikan …
sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga merupakan bidang
kajian tentang hokum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan
dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam
sesuatu bahasa.
3.2 Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985)
mendefinisikan sintaksis sebagai satu bidang mengkaji hubungan antara perkataan
dengan perkataan dalam pembentukan ayat. Dalam erti kata yang lain sintaksis
adalah kajian mengenai ayat. Di dalamnya termasuk juga kajian tentang frasa dan
klausa.
4.0
RUMUSAN
4.1 Kesimpulannya, bidang morfologi ialah kajian tentang proses
pembentukan kata yang akan melalui proses penyusunan morfem atau unit-unit tatabahasa
yang menjadi unsur perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata
sebagai prosesnya. Pengimbuhan merupakan antara elemen dalam proses pembentukan
perkataan. Melalui proses-proses tersebut akan menghasilkan pembentukan
perkataan yang bermakna sebagai hasil yang dicapai
dalam proses yang dilalui tersebut. Selain daripada imbuhan, perkataan, bentuk
perkataan dan golongan kata juga termasuk dalam bidang morfologi bahasa Melayu.
4.2 Dalam proses pengimbuhan terdapat 4 bentuk
imbuhan iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Golongan kata pula terbahagi
kepada 4 iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Setiap
golongan kata ini pula terbahagi kepada beberapa bahagian tertentu mengikut
golongan kat amasing-masing.
4.3 Sintaksis pula satu bidang untuk mempelajari pembentukan, struktur dan
pembinaan ayat. Melalui bidang sintaksis ini kita akan mengetahui bagaimana
penyusunan perkataan dalam sesuatu ayat. Susunan ini hedaklah mengandungi
subjek dan predikat serta jenis-jenis ayat yang akan menentukan pembentukan
ayat tersesebut. Dengan ini sesuatu ayat
itu akan memberikan makna-makna tertentu.
4.4 Dengan ini jelas, bahawa morfologi dan
sintaksis penting dalam memahami maksud pengucapan dan penulisan dalam sesebuah
bahasa.
5.0
ANALISIS MORFOLOGI BERDASARKAN MINDA
PENGARANG BERITA HARIAN
5.1 Analisis Morfologi berdasarkan Minda Pengarang Berita Harian bertajuk Perbuatan Tel Aviv Serang Kapal Kemanusiaan
Patut Dilabel Pengganas Dunia, bertarikh 2 Jun 2010.
5.2 Petikan
Perenggan 1 “TINDAKAN kejam Israel sekali
lagi menerima kutukan keras masyarakat dunia apabila komandonya melakukan
serangan ke atas kapal bantuan kemanusiaan - Mavi Marmara, yang mengorbankan 19
sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G), di luar perairan Gaza awal pagi
kelmarin.”
5.3 Petikan Perenggan 6 “Masyarakat dunia mengesyaki serangan itu sememangnya dirancang berasaskan kepada sikap negara itu yang tidak menghiraukan pandangan antarabangsa untuk mewujudkan keamanan di Asia Barat. Israel sedar, walaupun dunia mengutuk tindakan mereka, tetapi selagi ada kuasa besar yang membela mereka, ia sedikit pun tidak menjejaskan kedudukan mereka. Sekiranya Israel menganggap kapal yang mereka serang itu membawa senjata, ia adalah alasan yang sengaja direka-reka. Sepatutnya, Israel melihat kesediaan sukarelawan dari seluruh dunia memberi khidmat kepada penduduk Palestin atas sifat kemanusiaan.”
Kata (petikan)
|
Golongan kata
|
Israel
|
kata nama khas
tidak hidup
|
sekali
|
kata bilangan
tak tentu
|
lagi
|
kata tunggal
|
menerima
|
imbuhan awalan
kata kerja terima
|
kutukan
|
kata adjektif
perasaan
|
keras
|
kata adjektif
ukuran
|
apabila
|
kata hubung
pancangan keterangan
|
komandonya
|
kata nama am
hidup manusia
|
melakukan
|
imbukan apitan
kata tunggal laku
|
serangan
|
imbulan akhiran
kata kerja serang
|
ke atas
|
kata sendi nama
arah
|
kapal
|
kata nama am
tidak hidup bukan institusi konkrit
|
Mavi Marmara
|
kata nama khas
tidak hidup
|
mengorbankan
|
imbuhan apitan
kata kerja korban
|
19
|
kata bilangan
|
sukarelawan
|
imbuhan akhiran
kata majmuk wan
|
masyarakat
|
kata nama am tak
hidup bukan institusi
|
dunia
|
kata nama am tak
hidup bukan institusi
|
mengesyaki
|
imbuhan apitan
kata kerja syak
|
serangan
|
imbuhan akhiran
kata kerja serang
|
itu
|
kata arah
|
memang
|
kata penegas
|
dirancang
|
imbuhan awalan
kata kerja rancang
|
berasaskan
|
imbuhan apitan
kata tunggal asas
|
kepada
|
kata sendi nama
|
sikap
|
kata tunggal
|
negara
|
kata nama am tak
hidup bukan institusi
|
yang
|
kata hubung
pancangan relatif
|
tidak
|
kata nafi
|
menghiraukan
|
imbuhan apitan
kata kerja hirau
|
pandangan
|
imbuhan akhiran
kata kerja pandang
|
antarabangsa
|
kata majmuk
|
untuk
|
kata sendi nama
|
mewujudkan
|
imbuhan apitan
kata tunggal wujud
|
keamanan
|
imbuhan awalan
kata adjektif
|
di
|
kata sendi nama
|
Asia Barat
|
kata nama khas
tempat
|
sedar
|
kata kerja
|
walaupun
|
kata hubung
pancangan keterangan
|
dunia
|
kata nama am tak
hidup bukan institusi
|
mengutuk
|
imbuhan awalan
kata kerja kutuk
|
mereka
|
kata ganti nama
diri orang ketiga
|
ia
|
kata ganti nama
diri orang kedua
|
sedikit
|
kata bilangan
|
pun
|
kata penegas
|
tidak
|
kata nafi
|
menjejaskan
|
imbuhan apitan
kata tunggal jejas
|
kedudukan
|
imbuhan apitan
kata kerja duduk
|
6.0
ANALISIS SINTAKSIS BERDASARKAN MINDA
PENGARANG BERITA HARIAN
6.1 Bahagian subjek dan predikat.
6.1.1 Ayat-ayat yang digunakan dalam rencana ini
mengandungi subjek dan predikat yang merupakan bahagian utama dalam membentuk
klausa atau ayat bahasa Melayu. Antara contoh petikan ayat yang mengandungi
subjek dan predikat dalam rencana tersebut ialah seperti berikut;
Subjek
|
Predikat
|
Kedudukan ayat
|
Tindakan kejam
Israel
|
sekali lagi
menerima kutukan keras masyarakat dunia
|
Baris pertama perenggan pertama
|
Serangan itu
|
membuktikan
sikap Israel yang terus bermaharalela
|
Baris pertama perenggan empat
|
Sekiranya
masyarakat dunia
|
mempunyai rasa
simpati terhadap penduduk Palestin
|
Baris pertama perenggan tujuh
|
6.1.2 Terdapat juga ayat yang disongsangkan dengan
mengekalkan struktur pembinaan subjek dan predikatnya, iaitu ayat yang
didahului predikat dan diikuti subjek.
Predikat
|
Subjek
|
Kedudukan ayat
|
Mempertahankan
perbuatan terkutuk Israel membuktikan dengan jelas
|
sokongan kuasa
besar dunia
|
Baris pertama perenggan tiga
|
Berasaskan
kepada lampu hijau diberikan mereka
|
yang berkuasa di
bumi Yahudi itu
|
Baris dua perenggan sembilan
|
6.1.3 Subjek
dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa
kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Perhatikan contoh
yang diambil dari perenggan kedua.
6.1.4 Dunia
(Frasa nama) seharusnya melabelkan perbuatan (Frasa kerja ) komando Israel (Frasa nama )
itu sebagai (Frasa sendi nama ) tindakan (Frasa kerja ) pengganas (Frasa
nama ) seperti yang sering (Frasa sendi nama
) diberikan (Frasa kerja ) kepada (Frasa sendi nama
) umat Islam (Frasa nama ) yang ( Frasa sendi nama ) melakukan sesuatu (Frasa kerja )
yang (Frasa sendi nama ) dianggap
bertentangan (Frasa kerja ) dengan (Frasa sendi nama
) cita rasa (Frasa kerja) Barat,
khasnya kuasa besar (Frasa nama).
6.2 Ayat berlapis.
6.2.1 Ayat berlapis iaitu ayat yang dibentuk
daripada hasil gabungan dua atau lebih ayat selapis. Sama ada gabungan dua atau
lebih subjek atau predikat atau kedua-duanya sekali, iaiyu lebih daripada satu
subjek dan predikat. Ayat berlapis ini wujud dengan penggunaan sendi yang
menggabungkan beberapa ayat selapis. Dalam rencana ini penggunaan ayat berlapis
digunakan secara berleluasa.
6.2.2 Contoh ayat kedua perenggang ketiga.
Atas
nama perikemanusiaan, tidak ada sebab komando Israel itu menyerang kapal yang
membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan termasuk ubat, makanan dan
pakaian untuk keperluan 100,000 penduduk Palestin di Gaza yang dikepung sejak
dua tahun lalu.
6.2.3 Dalam ayat di atas terdapat beberapa ayat
selapis yang telah digabungkan. Ayat di atas boleh dipisahkan kepada beberapa
ayat selapis iaitu;
6.2.3.1 Atas nama perikemanusiaan, tidak ada sebab
komando Israel itu menyerang kapal.
6.2.3.2
Kapal
membawa 10,000 tan barangan bantuan.
6.2.3.3
Kapal
membawa ubat.
6.2.3.4
Kapal
membawa makanan.
6.2.3.5
Kapal
membawa pakaian.
6.3.2.6
Kapal
membawa keperluan 100,000 penduduk Palestin di Gaza.
6.2.3.6
Penduduk
Palestin di Gaza dikepung.
6.2.3.8
Dikepung
dua tahun lalu.
6.3 Ayat penyata
6.3.1 Ayat penyata atau ayat berita, iaitu ayat
yang mengandungi penyataan atau berita yang ditujukan oleh penutur atau penulis
kepada pendengar atau pembaca. Dalam rencana ini hampir keseluruhan ayat
menggunakan ayat penyata. Ayat penyata yang ditulis berbentuk ayat majmuk atau
ayat berlapis. Contoh ayat penyata adalah seperti berikut;
6.3.1.1 Mempertahankan perbuatan terkutuk Israel
membuktikan dengan jelas sokongan kuasa besar dunia terhadap negara itu. (
Ayat pertama perenggan 3 ).
6.3.1.2 Israel
yang dibentuk Britain pada 1947 dan mengisytiharkan kemerdekaan setahun
kemudian itu, tidak pernah mematuhi mana-mana peraturan dan undang-undang
dunia. (Ayat kedua perenggan 4 ).
6.4 Ayat Perintah.
6.4.1 Ayat perintah adalah ayat yang menghendaki
pembaca atau pendengar mendengar pertuturan melakukan sesuatu sebagaimana
terkandung dalam ayat itu. Intonasi yang digunakan dalam ayat ini agak keras,
sesuai dengan nada menyuruh atau memerintah. Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam
(1985) membahagikan ayat perintah kepada 5 jenis iaitu ayat suruhan, ayat
harapan, ayat permintaan, ayat ajakan dan ayat tegahan.
6.4.2 Dalam rencana Minda Pengarang ini terdapat
penggunaan beberapa jenis ayat perintah seperti
contoh berikut;
6.4.2.1 Ayat
permintaan;
Sekiranya masyarakat dunia mempunyai rasa
simpati terhadap penduduk Palestin, tentera Israel sepatutnya memudahkan laluan
mereka, bukan melakukan serangan. (
perenggan 7 )
6.4.2.2 Ayat
suruhan;
Dunia perlu melakukan sesuatu dan tidak boleh
melepaskan Israel bebas tanpa sebarang tindakan. ( Perenggan 8 )
6.4.2.3 Ayat
harapan;
Tanpa bergantung kepada PBB, kita berharap
blok negara seperti ASEAN, Liga Arab, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC),
Pergerakan Negara Berkecuali dan Kesatuan Eropah memanggil sidang tergempar
bagi menyatakan pendirian berhubung tindakan Israel itu. ( Perenggan 9 )
7.0 REFLEKSI
7.1 Selain daripada penggunaan ayat-ayat
tertentu dalam pembinaan ayat, rencana ini juga mengandungi beberapa kesalahan
dalam struktur dan pembinaan ayatnya. Beberapa kesalahan ayat yang dikenal
pasti ialah ketiadaan kata hubung dalam pembinaan ayat. Antara ayat yang tiada
kata hubung adalah.
7.1.1 Dalam perenggan 5; Alasan Israel komandonya terpaksa menembak mangsa untuk mempertahankan
diri, adalah tidak masuk akal.
7.1.2 Sepatutnya ayat tersebut ditulis; Alasan
Israel (bahawa) komandonya terpaksa menembak
mangsa untuk mempertahankan diri, adalah tidak masuk akal. Kesalahan yang berlaku dalam ayat ini
ialah ketiadaan kata hubung pancangan
komplemen bahawa.
7.1.3 Seterusnya dalam perenggan akhir; Adalah
pasti bahawa tindakan komando Israel dilakukan berasas kepada ‘lampu hijau’
diberikan mereka yang berkuasa di bumi Yahudi itu.
7.1.4 Sepatutnya ayat tersebut ditulis; . Adalah
pasti bahawa tindakan komando Israel dilakukan berasas kepada ‘lampu hijau’ (yang) diberikan (oleh)
mereka yang berkuasa di bumi Yahudi itu. Kesalahan yang dikenalpasti ialah ketiadaan
kata hubung pancangan relatif yang dan
kata sendi nama oleh.
7.2 Secara keseluruhannya rencana Minda Pengarang ini menggunakan
ayat yang menepati morfologi dan sintaksis bahasa Melayu sengan baik. Terdapat
beberapa keasilapan kecil yang tidak mengubah makna ayat atau merosakkan bahasa
Melayu itu sendiri. Dengan ini jelaslah bahawa morfologi dan sintaksis bukan
sahaja satu ilmu dalam sistem bahasa atau tatabahasa Melayu, malah sangat
penting untuk memahami maksud penyampaian bahasa itu sendiri.
BIBLIOGRAFI
Abdul Latif Bin Hj Samian, (2010), Peranan Bahasa dalam Membina Tamadun,
dibentangkan dalam
program Ceramah Umum Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Malaysia pada 29 Julai
2010 bertempat di IPGM Kampus Ipoh
Awang Sariyan, (2006), Warna Dan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia Edisi
Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur
Bahagian Pembangunan Bahasa Melayu,
(2010), Koleksi Lembar Bahasa, Dewan
Bahasa
Dan Pustaka, Kuala
Lumpur
Kamus
Dewan, Edisi Baru,
Cetakan Ketiga (1992), Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kuala Teregganu
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2004), Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran
bahasa Melayu, Bahagian Pendidikan Guru, Kuala Lumpur
Nik Safiah Karim, Et All., (1994), Tatabahasa Dewan Edisi Baru, Dewan
Bahasa Dan
Pustaka, Kuala
Lumpur
Rahiman Hj Sabran & Rahim Syam,
(1987), Kajian Bahasa Untuk Pelatih
maktab
Perguruan, Fajar Bakti, Petaling Jaya
Samsudin Mohamed, ( ), Strategi
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu,
Pusat Perkembangan
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur
LAMPIRAN
Minda
Pengarang: Perbuatan Tel Aviv serang kapal kemanusiaan patut dilabel pengganas
dunia.
2010/06/02
2010/06/02
TINDAKAN
kejam Israel sekali lagi menerima kutukan keras masyarakat dunia apabila
komandonya melakukan serangan ke atas kapal bantuan kemanusiaan - Mavi Marmara,
yang mengorbankan 19 sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G), di luar perairan
Gaza awal pagi kelmarin.
Dunia seharusnya melabelkan perbuatan komando Israel itu sebagai tindakan pengganas seperti yang sering diberikan kepada umat Islam yang melakukan sesuatu yang dianggap bertentangan dengan cita rasa Barat, khasnya kuasa besar.
Dunia seharusnya melabelkan perbuatan komando Israel itu sebagai tindakan pengganas seperti yang sering diberikan kepada umat Islam yang melakukan sesuatu yang dianggap bertentangan dengan cita rasa Barat, khasnya kuasa besar.
Mempertahankan perbuatan terkutuk Israel membuktikan dengan
jelas sokongan kuasa besar dunia terhadap negara itu. Atas nama
perikemanusiaan, tidak ada sebab komando Israel itu menyerang kapal yang
membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan termasuk ubat, makanan dan pakaian
untuk keperluan 100,000 penduduk Palestin di Gaza yang dikepung sejak dua tahun
lalu.
Serangan
itu membuktikan sikap Israel yang terus bermaharajalela tanpa mengambil kira
perasaan masyarakat dunia. Israel yang dibentuk Britain pada 1947 dan
mengisytiharkan kemerdekaan setahun kemudian itu, tidak pernah mematuhi
mana-mana peraturan dan undang-undang dunia.
Alasan Israel komandonya terpaksa menembak mangsa untuk mempertahankan diri, adalah tidak masuk akal.
Masyarakat dunia mengesyaki serangan itu sememangnya dirancang berasaskan kepada sikap negara itu yang tidak menghiraukan pandangan antarabangsa untuk mewujudkan keamanan di Asia Barat. Israel sedar, walaupun dunia mengutuk tindakan mereka, tetapi selagi ada kuasa besar yang membela mereka, ia sedikit pun tidak menjejaskan kedudukan mereka. Sekiranya Israel menganggap kapal yang mereka serang itu membawa senjata, ia adalah alasan yang sengaja direka-reka. Sepatutnya, Israel melihat kesediaan sukarelawan dari seluruh dunia memberi khidmat kepada penduduk Palestin atas sifat kemanusiaan.
Sekiranya masyarakat dunia mempunyai rasa simpati terhadap penduduk Palestin, tentera Israel sepatutnya memudahkan laluan mereka, bukan melakukan serangan. Adalah lebih baik rakyat Palestin berkenaan menerima bantuan secara tersusun daripada membiarkan mereka menggali lubang di sempadan Mesir untuk membawa masuk makanan dan ubat. Tidak timbul soal mereka melakukan perbuatan subversif menyeludup senjata.
Alasan Israel komandonya terpaksa menembak mangsa untuk mempertahankan diri, adalah tidak masuk akal.
Masyarakat dunia mengesyaki serangan itu sememangnya dirancang berasaskan kepada sikap negara itu yang tidak menghiraukan pandangan antarabangsa untuk mewujudkan keamanan di Asia Barat. Israel sedar, walaupun dunia mengutuk tindakan mereka, tetapi selagi ada kuasa besar yang membela mereka, ia sedikit pun tidak menjejaskan kedudukan mereka. Sekiranya Israel menganggap kapal yang mereka serang itu membawa senjata, ia adalah alasan yang sengaja direka-reka. Sepatutnya, Israel melihat kesediaan sukarelawan dari seluruh dunia memberi khidmat kepada penduduk Palestin atas sifat kemanusiaan.
Sekiranya masyarakat dunia mempunyai rasa simpati terhadap penduduk Palestin, tentera Israel sepatutnya memudahkan laluan mereka, bukan melakukan serangan. Adalah lebih baik rakyat Palestin berkenaan menerima bantuan secara tersusun daripada membiarkan mereka menggali lubang di sempadan Mesir untuk membawa masuk makanan dan ubat. Tidak timbul soal mereka melakukan perbuatan subversif menyeludup senjata.
Dunia perlu melakukan sesuatu dan tidak boleh melepaskan Israel bebas tanpa sebarang tindakan. Kewibawaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga akan tercemar jika menganggap perbuatan Israel itu hanya tragedi. Tidak guna mengadakan sidang tergempar sekiranya tidak berani bertindak secara adil.
Dunia akan memerhati apa juga tindakan PBB dalam hal Israel ini. Adalah pasti bahawa tindakan komando Israel dilakukan berasas kepada ‘lampu hijau’ diberikan mereka yang berkuasa di bumi Yahudi itu. Perbuatan mereka itu adalah tambahan kepada satu lagi episod kekejaman ke atas rakyat Palestin. Tanpa bergantung kepada PBB, kita berharap blok negara seperti ASEAN, Liga Arab, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara Berkecuali dan Kesatuan Eropah memanggil sidang tergempar bagi menyatakan pendirian berhubung tindakan Israel itu.
No comments:
Post a Comment