Tajuk : Sepuluh Tokoh Musyrik Dalam Al Quran
Pengarang : Harun Arrasyid & Abu Azka
Penterjemah : Yusri Abd Karim
Terbitan : Yamani Angles
Hlaman : 242 ms
Harga : RM25.00
Al Quran mengandungi pelbagai rahsia kehidupan. Kehidupan terdahulu, semasa dan akan datang. Dalam Quran dinyatakan tentang sosok manusia yang menjadi sumber inspirasi. Ada yang dinyatakan secara langsung dan ada juga yang disebut secara kias dan tamsil. Sosok musyrik adalah sosok yang menyengutukan Allah, sosok yang digelapkan hati, sosok yang angkuh dengan kekuasaan, megah dengan kedudukan, ego dengan pengaruh. Mereka merasakan diri mereka sangat kuat perkasa. Sedangkan mereka merupakan sosok yang bakal mendiami neraka.
Buku terjemahan ini membicarakan 10 orang tokoh penting dalam perjalanan nubuwwah Muhammad S.A.W. Sebahagian mereka merupakan saudara terdekat rasulullah. Mereka adalah perancang dan pelaksana kepada pelbagai jalan kejahatan dalam memastikan misi nubuwwah gagal. Namun, manusia merancang Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.
Kenali 10 sosok ini agar menjadi ibrah terbaik untuk kita. Jangan sampai kita mencontohi sekelumit pun jalan mereka.
1. Abdullah B Ubai - Pelopor kaum munafik di Madinah
2. Abu Lahab B Abu Mutalib - Bapa saudara nabi Muhammad yang sangat membenci misi dakwah rasulullah. Surah al Lahab ditujukan untuknya dan isterinya.
3. Abu Talib B Abdul Mutalib - Bapa saudara yang membesarkana nabi. Menjadi benteng pertahanan nabi, tetapi tidak menfapat hidayah keimanan. Kematiannya sangat ditangisi, tetapi nabi bukanlah penentu hidayah.
4. Al Hakam B Hisyam - Atau lebih mesra dikenali sebagai Abu Jahal. Penentang utama nabi Muhammad.
5. Amir ibnu Al Tufail - Pandai berperAng dan bijak menipu daya
6. Al Nadhar B Harith - Jutawan yang menwarkan kemewahan kepada rasul asal sahaja meninggalkan misi dakwah
7. Kaab B Asyraf - Tokoh Yahudi Madinah yang bijaksana
8. Tha'labah B Hathib - Seorang miskin yang lupa diri setelah menjadi kaya raya. Bagaimana keimanan beliau? Wallahu alam.
9. Umaiyah B Khalaf - Saudagar yang menyiksa Bilal B Rabah
10. Uqbah B Abi Muith - Mencela dan mengganggu nabi Muhmmad.
10 tokoh ini perlu diketahui biografi mereka agar kita terjauh daripada segala kecelaan yang pernah mereka lakukan.
Abu Talib Bin Abdul Mutalib. Siapa yang tidak kenal akan sosok ini? Jika ada yang masih tercari-cari akan sosok ini bermakna mereka masih buta. Buta sejarah. Buta sirah. Beliau adalah seorang insan mulia yang sangat menyayangi dan mencintai Muhammad. Sejak kecil lagi nabi Muhammad menumpang kasih bersama keluarga ini, bermain-main dan beranjak menjadi dewasa bersama Ali, antara anak kesayangan Abu Talib. kasih sayang Abu Talib terhadap nabi Muhammad bukan sahaja ketika baginda kanak-kanak. Malah sehingga baginda meningkat dewasa dan ketika baginta menyampaikan dakwah. Tetapi apakan daya, nabi hanya menyampaikan seruan, sedangkan hidayah kehendak Allah. Dalam tangis dan sendu nabi menggagahi rasa menerima kematian bapa saudaranya dalam keadaan tidak beriman.
Surah al Qasas ayat 56 ditujukan kepada nabi Muhammad yang bersedih atas kematian bapa saudaranya tersebut. "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)."
No comments:
Post a Comment