Tuesday, 14 October 2014

Pantun Sirih


Daun sirih digentas-gentas*,
Ambil sehelai dilipat empat;
Silaturahmi dihubung kemas,
Telingkah permusuhan tiada tempat.

Sirih pinang di dalam puan,
Dihidang untuk pahlawan perkasa;
Kasih dan sayang bukan mainan,
Semai didunia kekal ke syurga.

Jika mahu membahan* sirih,
Ambil kapur sapu sekata;
Jika mahu berkekal kasih,
Awas lidahmu kala berkata.


Tanam sirih dalam tempurung,
Gaulkan sama baja yang asli;
Derita kasih tidak tertanggung,
Segera berdoa kepada Ilahi.

*gentas - memetik dengan kuku
* membaham - makan dengan mulut tertutup

No comments:

Post a Comment

PANTUN MEMUGAR BITARA DIRI

  Memugar Bitara Diri Puspa kirana bintang aurora, Bikin pesona jiwa alusi; Dari mana datang bitara, Bitara direncana melalui visi. Padi men...