1.
|
Mudik
ke hulu dengan kolek,
Kolek
buatan orang muara;
Baik
kelakuan berperangai molek,
Jadi
sebutan umat manusia.
|
2.
|
Hanya
jauhari kenal manikam.
Batu
manikam bersinar terang;
Jikalau
hati kesumat dendam,
Jiwa
tak tenteram berwajah walang.
|
3.
|
Kalau
ingin mengukur meja,
Guna
sesiku bergaris dua;
Kalau
langit berarak mega
Tanda
waktu Maghrib nak tiba.
|
4.
|
Pakai
terendak buatan tangan,
Untuk
berlindung panasnya suria;
Sayangkan
anak tangan-tangankan,
Sayangkan
ibu lekaslah berdoa
|
5.
|
Asam
kandis dalam tempayan,
Kulit
lokan jatuh di halaman;
Wajah
yang manis nampak rupawan,
Maniskan
lagi dengan senyuman.
|
6.
|
Kukur
kelapa buatan tangan,
Ditempa
dari besi yang waja;
Syukur
dan pasrah ke hadrat Tuhan,
Mencantikkan
wajah mengelokkan jiwa.
|
7.
|
Kuda-kuda
kayu meranti,
Dipahat
dengan kayu tualang;
Berasa-rasa
gagah di hati,
Mahu
menjadi anak cemerlang.
|
8.
|
Jika
mahu melicinkan papan,
Guna
keketam bermata tajam;
Apa
guna berwajah tampan,
Jika
hati bertitik hitam.
|
9.
|
Terdengar
ngauman anak singa,
Cepat-cepat
pulang ke rumah;
Jangan
memancing dalam belanga,
Perlakuan
khianat sifat mazmumah.
|
10.
|
Lauk
santapan sayur berduri,
Kala
memetik berhati-hati;
Sauk
air mandikan diri,
Tidak
mengharap belas simpati
|
11.
|
Jika
mahu menanam padi,
Kuku
kambing alatan utama;
Jangan
lokek menabur budi,
Budi
baik mengelokkan nama.
|
12.
|
Tok
Batin membawa sumpit,
Memegang
damak sambil ketawa;
Jika
hidup terasa sempit,
Segera
berdoa lapangkan jiwa.
|
13.
|
Segar
sekali air telaga,
Dingin
dan jernih segarkan diri;
Teguklah
air hilangkan dahaga,
Tuanglah
dari sebuah kendi.
|
14.
|
Para
pahlawan ke medan juang,
Menggalas
busur menjulang panji;
Pilihlah
kawan berjiwa cemerlang,
Agar
menyusul minda bestari.
|
15.
|
Petani
gembira membajak tanah,
Tenggala
besar ditarik kerbau;
Murah
senyuman bersikap ramah,
Penawar
terbaik hati nan galau.
|
16.
|
Pinang
mana mahu dikacip,
Pinang
lemak pohonnya tinggi;
Hati
siapa berasa sakit,
Ampun
maaf saya pohoni.
|
17.
|
Mari
melancong ke negeri Melaka,
Bersiar-siar
dengan pedati;
Pertahan
sungguh negeri merdeka,
Sanggup
berjuang hingga ke mati
|
18.
|
Simpan
pekasam dalam guri,
Tempayan
menadah air sembahyang;
Selagi
tak hilang langit dan bumi,
Iman
saya tidaklah goyang.
|
19.
|
Ayam
jantan bermata rabun,
Tajinya
patah cuba berlari;
Cantiknya
baldu bunga setimbun,
Tidakkan
tahan pakai sehari.
|
20.
|
Sepagi-pagi
berasa sayu,
Manis
serbat pengubat pedas;
Segak
sekali pahlawan Melayu,
Keris
bersisip capal beralas.
|
21.
|
Menjebak
burung di pohon selasih,
Beberapa
batas rumpunan temu;
Pandai-pandailah
berterima kasih,
Kepada
guru yang memberi ilmu.
|
22.
|
Datuk
menteri jamah eepok,
Sagun
rumbia dimakan sama;
Ilmu
dipelajari tidakkan lapuk,
Sejuta
tahun tetap berguna.
|
23.
|
Jika
mahu membeli tas,
Pilihlah
dari kulit buaya;
Jika
mahu kekal di atas,
Jangan
lupa orang bawahnya.
|
24.
|
Bersantap
cekodok di waktu pagi,
Sambil
minum kopi panas;
Daripada
duduk di kedai kopi,
baik
menanam kunyit lengkuas.
|
25.
|
Cenderamata
dari Acheh,
Dibeli
dari Desa Sentosa;
Mari
kita bertambat kasih,
Cubit
yang kiri kananpun terasa.
|
26
|
Beratur
ke musala memakai cakiah,
Sambil
berjalan tasbih di tangan;
Suburkan
harta dengan sedekah,
Tanda
bersyukur kepada Tuhan.
|
27.
|
Kalau
kebun banyak tupai,
Ambil
senapang petik picunya;
Kalau
berasa kurang pandai,
Carilah
guru tuntut ilmunya
|
28.
|
Keris
Semenanjung berhulu gading,
Gading
gajah dari Sumatera;
Menuntut
ilmu sangatlah penting,
Untuk
sempurna akhirat dan dunia.
|
29.
|
Jangan
berebut cangkir di taman,
Nanti
taman bertaburan kaca;
Jangan
kedekut mengukir senyuman,
Satu
senyuman mengubat derita
|
30.
|
Membuai
dondangan di bawah pohon,
Endoi
diikat tali sutera;
Dalam
hati sentiasa memohon,
Ampun
dan rahmat dari yang Esa.
|
31.
|
Kera
lotong juga siamang,
Makan
pisang habis bergelimpang;
Jangan
laksana si umang-umang,
Di
mana sarang udang di situ menumpang
|
32.
|
Hari
raya sudah menjelma,
Hampar
ambal sambut tetamu;
Sayang
diberi kasih diterima,
Bersungguh
rasa bukannya semu
|
33.
|
Kuih
ketayap berwarna hijau,
Dihidang
dengan sekole susu;
Ubat
mustajab hati yang galau,
Zikir
dan tawakal sudahlah tentu.
|
34.
|
Pukul
tabuh pukul rebana,
Raja
berdaulah di singgahsana;
Apabila
subuh muncul waktunya,
Rukuk
dan sujudlah kepada yang Esa.
|
35.
|
Sedulang
rebung saya kunyiti,
Menjerang
air bersama pari;
Sembilan
gunung saya tangisi,
Mengenang
dosa setiap hari.
|
36.
|
Cuaca
panas rasa dahaga,
Minum
sekole nira kelapa;
Sanggup
serahkan jiwa dan raga,
Demi
negara tidak mengapa.
|
37.
|
Algojo
bertubuh sasa,
Pada
tangannya memegang cemeti;
Jangan
sesekali berbuat dosa,
Kalau
tidak betah panasnya api.
|
38.
|
Cantik
sungguh tiara puteri,
Bertatah
emas intan permata;
Cantik
sungguh bahasaku ini,
Molek
didengar indah dikata.
|
39.
|
Sibuk
sungguh orang kampung,
Berlapik
tungku menanak nasi;
Jangan
membuka dada berpekung,
Simpan
aibmu usah mencaci.
|
40.
|
Kacak
sungguh anak teruna,
Berjubah
hitam ketayap putih;
Jangan
bertangguh urusan agama,
Sebelum
berselimut kapan yang putih.
|
41.
|
Cantik
sugguh roman adinda,
Beralis
hitam bundarnya mata;
Apabila
berbisik berjaga-jaga,
Jangan
tersilap bertutur kata.
|
42.
|
Gantung
kelambu tepi beranda,
Pintu
beranda tidak berkunci;
Biar
beribu datang menjelma,
Saya
memilih yang baik budi.
|
43.
|
Anak
pungguk terbang di sawah,
Sangkar
dibina di tepi jalan;
Enak
sungguh bersantap di rumah,
Air
tangan ibu pemasak handalan
|
44.
|
Mata
sepek dicakar beruang,
Jatuh
pula di dalam kubang;
Dalam
kopek ada wang,
Untuk
membayar hutang piutang
|
45.
|
Peram
pulut buat tapai,
Letak
dengan daun pandan;
Memang
hajat sudah tercapai,
Kecil
tapak tangan nyiru ditadahkan
|
46.
|
Celapa
digilap hingga berkilat,
Nampak
bersinar tengah serambi,
Adat
dipegang syariat diangkat;
Pegangan
hidup orang berbudi.
|
47.
|
Bersantap
pagi di medan selera,
Pramusaji
ramah melayan;
Hati
gembira tidak terkira,
Mencapai
cita-cita dan juga impian.
|
48.
|
Cenderadurja
dibalut rapi,
Isinya
sehelai kain kembayat;
Sunguh
teruja rasa di hati,
Tuhfat
dikenang sepanjang hayat
|
50.
|
Datuk
bersandar tepi beranda,
Opah
pula menggobek pinang;
Untuk
bergelar sebagai juara,
Usaha
bersungguh malam dan siang.
|
51.
|
Berhati-hati
meredah paya,
Pakai
sepatu elakkan duri;
Berhati
mulia setiap masa,
Budi
pekerti pakaian diri.
|
52.
|
Jika
hendak menanam ubi,
Tanam
kemili di pinggir bukit;
Jika
sudah membuat budi,
Jangan
disebut diungkit-ungkit
|
53.
|
Orang
berbudi kita berbahasa,
asal diri jangan di alpa; Berjuang bakti pada negara; Jangan dilupa ibu dan bapa |
54.
|
Kura-kura
dalam perahu,
Anak sepat dalam belat; Cura-cura perangai tak malu, Hati kelam fikiran bejat. |
55.
|
bawal
dimakan kura-kura
lalu di sapa oleh si penyu kawallah akan si cura-cura kawal dengan menunduk nafsu |
56.
|
Dalam
bicara
harus bercura
Agar terasa ramahnya tamu Kalau berkata si cura-cura Pandai-pandailah menyelit ilmu |
57.
|
Buka
peti di bawah alang,
buah catur sebutir hilang; Jika hati berhiba walang, carilah libur beroleh girang |
58.
|
Daun
salang enak rasanya,
Disambal dengan daun pegaga; Hati walang ada penawarnya, Seuntai tasbih penyeri jiwa. |
58.
|
Bunga
melati kembang setangkai,
Harum baunya tidak terperi; Biarlah buruk kain dipakai, Asalkan molek laku pekerti. |
59.
|
Sundal
malam putih melepak,
Baunya
harum sampai ke pagi;
Jangan
diikut perangai merak,
Mengembang
ekor memuji diri.
|
60.
|
Mayang
kepala belum kembang,
Ambil
buluh menadah nira;
Andai
usiamu semakin panjang,
Elakkan
berbuat noda dan dosa.
|
61.
|
Toseh
capati paratha dan dalca,
Santapan
pagi mengalas tenaga;
Andai
dirimu bermuram durja,
Rakan
dicari penghibur lara.
|
62.
|
Si
jalak mencari limbat,
Limbat
disimpan dalam bakul;
Jangan
berlengah meminta taubat,
Takut
Izrail datang menyapa.
|
63.
|
Pohon
inai bertunas baru,
Ambil
pucuk digiling-giling;
Teruna
kacak baiklah laku,
Dara
yang lalu menjeling-jeling.
|
64.
|
Hari
minggu pergi mengaji,
Mengaji
balaghah dan juga nahu;
Jika
ingin puji memuji,
Pujilah
dengan nama Tuhanmu.
|
65.
|
Usah
bermain di tengah hari,
Takut
pitam di tepi padang;
Elok
menyesal kesalahan diri,
Tanda
dirimu berjiwa lapang.
|
66.
|
Ambil
mangga kunci jendela,
Bimbang
penyamun melompat masuk;
Sambil
membaca bertasbih sama,
Jalan
yang elok mencari khusyuk.
|
67.
|
Jika
mahu ke pasar malam,
Kuatkan
selak dengan tala;
Semoga
dirimu jadi tenteram,
Agar
selamat harta dan benda.
|
68.
|
Gepuh-gepuh
pengancing selak,
Biar
tenang waktu beradu;
Gapah
gopoh sikap tak enak
Kusut-masai
tidak menentu.
|
69.
|
Belantara
luas jalan ke penghujung;
Carilah akar tempat berpaut; Antara rumput ataupun gunung, Aku memilih serumpun rumput. |
70.
|
Hampas
tebu jangan dibuang,
Bileh dibuat penggosok gigi; Malas dan jemu perangai terlarang, Amalan buruk orang merugi. |
71.
|
Jeruk
cili tidaklah pedas,
Pedasnya
habis dimakan cuka;
Kemaruk
di hati akan berbekas,
Jika
tak kenal dosa pahala.
|
72.
|
Perbara
tanah berbentuk bulat,
Tempat
membakar kemenyan setanggi;
Sapalah
dengan ucap selamat,
Romanmu
cantik sopanmu tinggi.
|
73.
|
Pengantin
segak berbaju melayu,
Singgah
masjid bersolat zuhur;
Molek
bergaya berwajah ayu,
Itulah
gadis berbudi luhur.
|
74.
|
Hutan
nanas jangan diredah,
Banyak
duri menusuk lengan;
Hati
panas jangan diendah,
Nanti
diri hilang pedoman.
|
75.
|
Kuaci
bunga si matahari,
Kulit
hitam isinya perang;
Benci
pada si tinggi diri,
Ke
sana ke mari merendahkan orang.
|
76.
|
Pena
biru berdakwat basah,
Untuk
menanda kertas periksa;
Bersama
guru minda diasah,
Untuk
bergelar budiman perkasa.
|
77.
|
Malam
indah dengan purnama,
Jadi
panduan belalang di taman;
Molek
perangai indahkan nama,
Jadi
sebutan zaman berzaman.
|
78.
|
Anak
haruan mudik berenam,
Anak
sepat masuk belat;
Sama
mencecah hati kuman,
Cari
sepakat bina muafakat.
|
79.
|
Basuh
pelana jangan tergores
Besi
mangga bawah kereta
Ayuh
membina rasa altruis
Berkongsi
bahagia berkongsi derita
|
80.
|
Mendaki
hulu sampai puncaknya
Senyap
selepas di balik punggur
Nabi
terdahulu lanjak umurnya
Setiap
nafas dipenuhi syukur
|
81.
|
Seroja
bunga berkembang
Dalam
kolam hidup subur
Menyusun
kata jangan temberang
Nama
membusuk ke lubang kubur
|
82.
|
Bunga
kenanga berwarna kuning
Tinggi
pohonnya di tengah hutan
Menyusun
doa waktu yang bening
Menunduk
nafsu jiwa dihambakan
|
83.
|
Sebelum
kaki naik kerumah,
Ceboklah
dulu air segayung;
Senyum
itu tanda peramah;
Lambang
pekerti diri yang agung.
|
84.
|
Rumah
limas perabung lima,
Dihias
dengan ukiran jati;
Resah
dan cemas tidak terkira;
Kala
mengenang kosongnya hati.
|
85.
|
Ayam
selasih baru bertaji,
Beras
melukut dicakar-cakar;
Terima
kasih daun keladi;
Suluhan
ilmu terus memancar.
|
86.
|
Kudup
bunga tepian tanjung,
Tanjung
berpasak kayu nan teras;
Hidup
jangan angkuh dan sombong;
Berasing
dengan antah dan beras.
|
87.
|
Duduk
bersila mendengar gendang,
Sambil
meniup serunai tembaga;
Biduk
berlalu pada kiambang,
Tidak
kan lama bertaut semula.
|
88.
|
Celana
ketat jangan dipakai,
Nanti
susah untuk melompat;
Akal
singkat berlagak pandai,
Pabila
ditanya apapun tak dapat.
|
89.
|
Rantai
emas berkilau cahaya,
Doipadan
dengan loket berlian;
Hidup
di dunia hanya sementara,
Akhirat
jua tempat tujuan.
|
90.
|
Sungguh
sopan si anak gadis,
Duduk
bertelut sambil bercanda;
Duduk
bertimpuh dipandang manis,
Amalan
lama jangan dilupa.
|
91.
|
Ramai
tetamu datang kenduri,
Duduk
bersila atas bebalai;
Jangan
amalkan dengki dan iri,
Iri
dan dengki buruk perangai.
|
92.
|
Pengantin
berseri senyuman ceria,
Memakai
subang emas yang tulen;
Lakarkan
senyuman kala bersua,
Seteru
menjauh silaturahim terjalin.
|
93.
|
Bau menusuk kemang di taman,
Ambil setangkai berikan rakan; Biar busuk baunya badan, Jangan busuk akal fikiran |
94.
|
Sirih
diregu sekacip gambir
Dikunyah-kunyah merah bibirnya Ungkapan salam ayuhlah mampir Mengundang tamu bersungguh rasa |
95.
|
Terluka
pedih tajamnya parang
Mulut terlopong sakit sekali Jika sirih pulang ke gagang Celepa kosong tidak berisi |
96.
|
Kambing
mengembek di pohon sirih
Ingin mengunyah pucuk di atad Sama menggobek sama menyirih Itulah tanda rindu berbalas |
97.
|
Tunas
selasih bercabang-cabang
Dihinggap pipit berpatah patahan Andainya sirih tidak dipandang Emas seupih hamba gantikan |
98.
|
Daun
pisang dikerat lima
Buat bekalan anak petualangan Sirih pinang sudah diterima Menunggu kadi berjabat tangan |
99.
|
Berbaju
batik memakai songkok
Berjalan miring terbatuk-batuk Minta sirih diberi rokok Ingatkan bijak rupanya bongok |
100.
|
Pipit di
punggur tidak mematuk
Anak haruan lari berlindung Sirih sekapur pinang setampuk Di dalam puan tempat berkampung |
Sunday, 26 October 2014
100 Pantun Budi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sites Bacaan Digital Edisi 06
https://sites.google.com/d/18U2yr6i-vDGsW_SusToDWgpUJBWZkBae/edit
-
Organisasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu 2015 Kepimpinan Sekolah
-
1.0 PENDAHULUAN Dari mana datangnya permata, Dari tanah digali-gali, Dari mana datangnya bahasa, Dari kata yang terbit ...
-
Teks Pidato Tajuk : KEPENTINGAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT. Assalamualaikum warahmatullahi wabara katuh, salam sejahtera, sala...
No comments:
Post a Comment