Wednesday 15 October 2014

Seloka Nasihat Bertemakan Haiwan

Ayam jantan terkejut beruk
Melihat kambing berenang-renang
Buang semua perangai buruk
Memang tak elok dipandang orang

Anak siamang belajar mengail
Mengail ikan berumpan katak
Bersegera datang pabila dipanggil
Tanda anak taatkan emak

Gorila hitam berbulu putih
Kalau putih bukanlah gorila
Adab budaya perlu dilatih
Supaya menjadi amalan mulia

Burung bangau tercekik  lokan
Lokan batu berat sekali
Nasihat berguna segera amalkan
Perkara buruk segera jauhi

Cacing kerawit panjang berjela
Buat ukuran pinggang kerengga
Bercakap biar yang baik sahaja

Atau langsung jangan berbicara

Kambing gurun turun ke kali
Turun sepasang berkubang sama
Jangan lakukan perangai keji
Dibenci orang sepanjang masa

Harimau bintang berbelang-belang
Kerbau melihat ketawa berdekah
Jikalau hidup di rantau orang
Bersopan-santun laku dan tingkah

Ibu ular gemuk gedempol
Merayap-rayap di badan kerengga
Biar digelar bodoh dan tolol
Asalkan iman sentiasa terjaga

No comments:

Post a Comment

Sites Bacaan Digital Edisi 06

https://sites.google.com/d/18U2yr6i-vDGsW_SusToDWgpUJBWZkBae/edit