Zombie Benar-Benar Wujud?
Penulis - MN Iman Ramli
Tular di media sosial Zumbi Dos Palmeras di Brazil merupakan seorang pejuang beragama Islam. Beliau diburu oleh penjajah Portugis kerana menentang penjajahan di Brazil. Berketurunan pahlawan Imbangala dari Angola Afrika.
Di Brazil terdapat sebuah kerajaan Zumba yang diasaskan oleh Ganga Zumba pada abad ke 17. Kerajaan yang dinamakan Quilombos dos Palmeras. Di sinilah Zumbi berjuang dan Zumbi diangkat sebagai tokoh pejuang di Brazil. Apakah beliau beragama Islam?
Benarkah zombie wujud? Persoalan yang dijawab secara fakta dengan bukti catatan dan ilmiah. Siapa zombie? Zombie memang wujud.
Haiti merupakan tempat yang menyaksikan kewujudan zombie. Manusia yang separa mati, dikuburkan lalu dipuja secara sihir dan penggunaan bahan beracun oleh pawang dalam amalan Vodoo menghasilkan manusia zombie. Catatan dan bukti tentangnya dibuat oleh penyiasat.
Lalu diterbitkan filem demi filem tentang zombie hingga zombiesme menjadi tular dan momokan baharu. Kini penggunaan dadah, bahan kimia dan sedatif boleh menghasilkan zombie dalam masyarakat. Penulis juga menelusur tentang dunia kematian, bau kematian yang sangat ditakuti. Amalan penyimpanan mayat serta cara mayat disempurnakan mengikut adat turut diulas.
Kisah hantu Cina yang melompat-lompat juga dicatatkan, bagaimana pawang Cina membawa barisan mayat untuk disemadikan di kampung halaman sebagai penghormatan terakhir untuk si mati dan cerita hantu melompat pun timbul.
Lebih mengejutkan, ada institusi yang mengkaji tentang zombi di Universiti of Glasgow. Apa tujuannya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sites Bacaan Digital Edisi 06
https://sites.google.com/d/18U2yr6i-vDGsW_SusToDWgpUJBWZkBae/edit
-
Organisasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu 2015 Kepimpinan Sekolah
-
1.0 PENDAHULUAN Dari mana datangnya permata, Dari tanah digali-gali, Dari mana datangnya bahasa, Dari kata yang terbit ...
-
Teks Pidato Tajuk : KEPENTINGAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT. Assalamualaikum warahmatullahi wabara katuh, salam sejahtera, sala...
No comments:
Post a Comment