Tuesday, 3 December 2019

WISATA DAN PENANDA ARAS

10-12 November 2019 untuk julung-julung kalinya diadakan wiasata yang sangat bermakna.  Bukan wisata biasa seperti tahun-tahun lalu.  Kali ini wisata dengan misi antarabangsa.

Tahun lalu sebelum pulang dari Legoland di JB entah macam mana berjanji dengan peserta untuk adakan lawatan ke seberang Tambak. Padahal perjalanan dari Ipoh ke JB amat panjang dan memenatkan.

Lalu bersibukkan diri membuat rencana sejak akhir Oktober 2018 lagi.  Dan.....  masuk bulan Februari,  nampaknya hasrat akan tercapai.

Nak kata susah, taklah susah sangat.  Cuma perlukan beberapa persediaan dari sudut dokumentasi serta maklumat formal.  Setelah diadakan perbincangan dengan pegawai JPN Unit Kokurikukum,  fahamlah akan gerak kerjanya.

Dokumen untuk dipanjangkan ke peringkat Kementetian perlukan sokongan JPN. Hal-hal lain sama seperti lawatan biasa. Borang undang-undang lawatan 1957.... Dokumen biasa yang wajib untuk lawatan.

Borang ni hantar kepada Unit Perhububgan sebanyak 6 salinan. Pastikan lengkap semuanya supaya tiada perkara yang timbul kelak. Dan syukur,  semuanya mengikut peraturan. Kebenaran luar negara untuk guru pula berurusan dengan PPD.  Juga mengikut peraturan.

Untuk peserta ke sempadan perlukan passport antarabangsa atau berkumpulan. Tapi berkumpulan rugi sebab kena buat 2 kali kerana program ini akan masuk dan keluar ke Singapura dua kali. Kosnya RM200  satu kumpulan.

Mujur,  semua peserta buat passport sendiri.  Lagipun jauh lebih murah.  Untuk kanak-kanak yang berusia 12 tahun 11 bulan (bawah 13 tahun)  hanya RM100 untuk 5 tahun.  Lagi berbaloi.

Urusan bas,  tempahan hotel,  makanan, tiket, perjalanan diserahkan kepada agensi. Alhamdulillah, kos sangat berbaloi dengan perkhidmatan. Urusan lawatan ke sekolah di Singapura dan Kulai kena pakat dengan kawan-kawan. Lalu dapatlah Lakeside Primary School dan SMK Kelapa Sawit.

Perjalanan dimulakan 11m30 malam 9 November,  dapat bersarapan di hotel. Simpan barang dan bertolak ke Singapura.  Ha ha....  Dah pesan kepada peserta. Mandi siap-siap dari rumah. Bau senalam pun tak apa.

Semua teruja,  terutama murid-murid. Kali pertama pegang passport dan merentas dua imigresen.  Passport dipegang oleh guru ikut kumpulan,  murid pegang masa di imigresen sahaja.

Lokasi hari pertama - Merlion Park,  Garden By The Bay,  Bugis Road,  Arab Road,  Masjid Sultan dan balik hotel.  Istirahat serta persiapan untuk penanda aras hari esoknya.


Dokumen wajib.... Jangan tertinggal atau terlupa.  Siap diikat ikut kumpulan. 

White card perlu diisi dengan cermat.  Simpan keratannya. 

Sampai di hotel Citrus yang hanya 10 minit ke Tambak.  Bersarapan dan simpan barang di sini. 

Jom pi Singapore. 

Imigresen....  Ambil gambar curi-curi. 



Merlion Park. 


Masjid Sultan,  aktif dan interaktif. 

Restoran Zam Zam.  Pekena murtabak.. 
 Tak boleh habis.  Harga... 6 dollar ke atas. 


Garden By The Bay, sangat cantik.  Tak cukup masa untuk jelajah semuanya. 



Friday, 13 September 2019

Dilema Melayu



Dilema Melayu - Sebuah desakan minda karya Tun M.  Bukan buku baharu, sudah lama tetapi tekal releven untuk dibaca dan diteroka.

Pendahuluan

Pendapat awal saya mengenai masalah yang sedang dihadapi oleh orang Melayu dibentangkan untuk pertama kalinya sewaktu menjawab cabaran yangdikemukakan oleh Profesor Ungku Aziz, Profesor Ekonomi (sekarang Profesor Diraja dan Naib Canselor) di Universiti Malaya. Di dalam satu seminar yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1966, ketika membincangkan sebab-sebab lemahnya pencapaian pelajar-pelajar Melayu, saya telah menyebut, antaralain, tentang pengaruh keturunan dan alam sekitar sebagai faktor-faktor yangmenyebabkan wujudnya masalah ini.

Memang tidak dapat dinafikan bahawalain-lain faktor seperti dasar pelajaran, kemudahan yang tidak mencukupi,kekurangan guru serta guru yang tidak cukup terlatih turut memainkan peranan dalam meningkatkan lagi peratus kegagalan di kalangan pelajar Melayu. Namun,
pada hemat saya, faktor-faktor keturunan dan alam sekitar tidak boleh diketepikan begitu sahaja tanpa diberi perhatian yang serius.
Pandangan yang sedemikian pada umumnya telah tidak dipersetujui oleh peserta-peserta seminar, terutama sekali oleh Profesor Ungku Aziz sebab pandangan tersebut dikatakan memberi takrif bahawa orang Melayu memang
pada lahiriahnya adalah bersifat inferior atau rendah diri.

 Oleh kerana sifat ini dikatakan terdapat dalam zuriat orang Melayu maka ini ber makna ia kekal turun-temurun. Ini bukanlah apa yang saya maksudkan atau apa yang telah saya
rumuskan. Tujuan saya ialah mahu menumpukan perhatian kepada beberapa
faktor hakiki yang merencatkan kemajuan orang Melayu, terutama faktor-faktor yang boleh dibaiki. Jika amalan yang dianggap kurang baik itu diketahui dan diakui oleh umum, maka lebih mudahlah untuk mengatasinya.

Pada umumnya, orang-orang Islam, termasuk orang-orang Melayu, memang tidak dapat
menerima fikiran-fikiran moden mengenai evolusi manusia. Meskipun begitu, orang Melayu sendiri mengakui bahawa ciri-ciri tertentu dalam diri seseorang itu diturunkan dari ibu bapa kepada anak-anak mereka. Ini dapat dilihat dalam peribahasa Melayu yang berbunyi "Bapa borek anak rintik". Maksudnya
memang nyata. Kalau begitulah keadaannya bagi seseorang individu, maka tentunya pengaruh keturunan juga memainkan peranannya dalam perkembangan kelompok individu dalam sesuatu kaum.

Perkara yang umumnya tidak diketahui oleh orang-orang Melayu ialah kesan pembiakan seketurunan atau pembiakbakaan dalam. Di dalam buku ini saya cuba menerangkan bagaimana hukum genetik, yang menentukan penyaluran ciri-ciri keturunan, dipengaruhi oleh pembiakan seketurunan dan lain-lain amalan perkahwinan. Pemikiran yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip sains telah banyak didapati mengenai pembiakan seketurunan dan kesannya terhadap masyarakat manusia.

Malahan Cyril Dean Darlington, seorang ahli genetik British, di dalam bukunya “The Evolution of Men and Society”, memberi
pendapat yang ekstrem bahawa evolusi masyarakat manusia ditentukan oleh baka. Menurut beliau, tamadun akan berkembang maju atau runtuh mengikut penentuan baka. Beliau menyatakan bahawa apabila sesuatu golongan pemerintah berkuasa, mereka akan cuba mengekalkan kuasa mereka melalui
pembiakan seketurunan tanpa membenarkan kemasukan baka-baka baru ke dalam keturunan mereka ....... 

.........  Dalam sanubari mereka terasa bahawa walau apapun yang mereka buat danpersetujui, semuanya akan beransur-ansur terlepas dari kekuasaan mereka; danlama kelamaan mereka tetap kehilangan tanah air mereka sendiri. Inilah DilemaMelayu.

Buku ini diterbitkan bukanlah dengan maksud hendak mencari kepopularan darikalangan masyarakat tertentu di Malaysia. Malahan, sebaliknya besarkemungkinan ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan golongan-golongan tertentu dan kemarahan dari kalangan golongan lain. Tiada maaf yang
dipinta — apa yang saya tulis telah ditulis dengan ikhlas. ....... 1970

Muat turun di sini.

https://www.pdfdrive.com/penglibatan-wanita-melayu-dalam-pilihan-raya-di-malaysia-1999-2008-e53293576.html

Monday, 26 August 2019

Resensi Buku : Bulan Bintang Singapura




Prabaca - Bulan Bintang Singapura. Sebuah travelog tentang masjid di Singapura. Bukan satu tapi banyak masjid.  Yang terkenal Masjid Sultan. Masjid tanpa nama.
Banyak lagi masjid di seluruh Singapura yang aktif lagi interaktif.  Masjid yang mengekalkan sejarah serta masjid baharu.  Membaca travelog ini membuakkan satu rasa mahu ke sana melihat dan merasai sendiri suasana kemeriahan ibadah serta kerapatan ukhuwah. 

Berada di himpitan kota metropolitan dengan suasana minoriti tentunya menjadikan masjid benar-benar jantung umat. 

Kampung Glam,  antara lokasi yang banyak masjid.
Buku menarik untuk dibaca dan dirasa. Terbitan kertasterbang studio oleh Nilam Tang.  

Cuma gaya penulisannya banyak terbaur dengan gaya lisan, tatabahasanya tidak terkawal. Tetapi santai sebagai bahan santaian umum untuk persiapan bagi para pengembara.

Barcod pada mula depan dan belakang buku ini boleh menjadi rujukan bonus kepada pembaca.  Jom berwisata ke Singapura.

Kertasterbangstudio

Al Arqam



Ini antara buku-buku tentang Al Arqam dan Ashaari Muhammad yang telah dibaca.  Al Arqam dan Ashaari merupakan nama yang menjadi tular dalam negara. Hampir semua pelosok tanah air akan terlihatkan paparan logo pertubuhan ini.  Tidak dinafikan Al Arqam menjadi sebuah pertubuhan yang popular.

Majalah, produk makanan, persembahan pentas, puisi,  nasyid dan kesantunan akhlak menjadi ikon kumpulan ini.  Telinga sangat lunak mendengar nasyid puji-pujian serta alunan zikir mereka.  Seni katanya begitu indah,  lancar sahaja lidah melafazkan lagu-lagu mereka.  Makanan seperti mi,  kopi,  sos, kicap mudah didapati di gerai-gerai milik pengikut Al Arqam.

Perang mulut,  perang risalah antara kerajaan melalui Pusat Islam dengan al Arqam dan Ust Ashaari tidak terbendung lagi. Berhati-Hati Membuat Tuduhan adalah tulisan Ust Ashaari dalam menjawab segala persoalan yang ditimbulkan kepada mereka. Tidak dinafikan penulisan buku,  majalah merupakan kekuatan ust Ashaari dan al Arqam.

1994 meletus peristiwa penangkapan Ust Ashaari serta para pengikutnya di sempadan.  Bermula detik itu satu persatu pembongkaran dibuat.  Arqam Sesat, antara buku awal yang mendedahkannya.  Buku ni pun dibeli di Kampar dalam satu sesi penerangan di Padang Bandaran Kampar tahun 1994.

SH Alattas juga mendedahkan serba sedikit tentang al Arqam melalui buku Pemimpin Politik dan Firasat.  Cuma fokusnya lebih kepada strategi Ust Ashaari dalam permainan politik.

Dan...  buku yang paling menarik,  hidup serta sangat memuaskan ialah buku Tersungkur Di Pintu Syurga.  Ditulis oleh sdr Zabidi Mohamad,  orang kanan Al Arqam.  Beliau ialah penasihat undang-undang pertubuhan ini.  Gaya penulisan sangat menarik,  penceritaan dalam bentuk memoir,  trevelog,  gaya novel pun ada.  Strategi pihak berkuasa dalam mengatur langkah menahan Ust Ashaari,  gerak kerja al Arqam ditulis dengan bergaya sekali.

Banyak lagi buku tentang al Arqam dan Ust Ashaari diterbitkan,  membaca khazanah lama seperti ini dalam suasana politik baharu seperti sekarang memang menarik. Bacalah,  dengan nama Tuhanmu.

#Malaysiamembaca

Saturday, 11 May 2019

Resensi Buku : Hamzah Fansuri: Penyair Sufi



Hamzah Fansuri,  sosok terkenal Alam Melayu zaman bahari.  Nama besar dalam kerajaan Acheh Darussalam.  Seorang ulama dan juga penyair yang tajam mata penanya.  Antara syair yang menjadi topik dalam perbincangan ahli sastera dan ahli agama khususnya tasawuf ialah Syair Perahu dan Syair Burung Pungguk.

Untuk memahami makna tersurat dan tersirat,  disiplin ilmu sastera dan tasawuf perlu diseiring dengan saksama dan bijaksana.

Bila dan di mana tempat lahir Hamzah Fansuri, belum diketahui dengan pasti. Ada yang mengatakan di Samura/Pasai dan ada pula yang mengatakan di Singkel. Dalam serangkum sajaknya, Hamzah menjelaskan tentang asal-usulnya :

Hamzah ini asalnya Fansuri,
Mendapat wujud di tanah Syahr Nawi,
Beroleh khilafat ilmu yang 'ali,
Daripada Abdulqadir Saiyid Jailani.

Dalam sajak tersebut, beliau menerangkan bahwa nenek-moyangnya ialah Syekh Al Fansuri, juga Hamzah menjelaskan
bahwa beliau adalah pengikut Tharikat Abdulqadir Jailani, seorang Ulama Tasauwuf terkenal.

Dalam sajak yang lain, dijelaskan bahwa beliau hidup pada masa Kerajaan Aceh Darussalam di bawah pemerintahan Sulthan Alaiddin Riayat Syah IV Saiyidil Mukammil (997 — 1011 H bersamaan 1589-160 4 M.) :

Hamba mengikat syair ini,
Dibawah hadlarat raja wali.
Syah Alam raja yang adil,
Raja kutub sempurna kamil,
Wali Allah sempurna wasil,
Raja arif lagi Mukammil.

Berikut adalah sesikit catatan daripada Syed Naquib Al Attas tentang Hamzah Fansuri

Sepanjang yang saya ketahui, ada lima buah Karya Tulis dari Syekh Hamzah Fansuri, dan yang tidak saya ketahui kemungkinan besar lebih dari sepuluh.

Kelima Karya Tulisnya yang saya ketahui, yaitu :
1. Asraarul Arifiin Fi Bayani Ilmis Suluk wat-Tauhid, yang membahas masalah-masalah ilmu tauhid dan ilmu thariqat. Dalam kitab ini tersimpan ajaran-ajaran beliau.
2. Syaraabul Asyiqin, yang membicarakan masalah-masalah thariqat, syariat, haqiqat dan makrifat.
3. Al Muntahi, yang membicarakan masalah-masalah tasauwuf.
4. Ruba'iyat Hamzah Fansuri, syair sufi yang penuh butir-butir filsafat.
5. Syair Burung Unggas, juga sajak sufi yang dalam maksudnya.

Pada akhir pemerintahan Sulthan Iskandar Muda Meukuta Alam (wafat 29 Rajab 1046 H. = 27 Desember 1636 M.), Syekh
Hamzah Fansuri meninggal dunia di Wilayah Singkel, dekat kota kecil Rundeng. Beliau dimakamkan di Kampung Oboh Simpang Kiri Rundeng di Hulu Sungai Singkel. Saya telah dua kali ziarah
ke sana. Makamnya sangat dimuliakan.. Sayed Naquib Al Attas - 1984

Menurut Hamzah Fansuri, bahwa manusia yang telah menjadi "Insan Kamil" tidak ada lagi pembatas antara dia dan Mahbubnya, karena Insan Kamil telah menfanakan dirinya ke dalam diri Kekasih yang dirindukannya.

Beberapa rangkap Syair Burung Unggas

Unggas itu yang amat burhana,
Daimnya nantiasa di dalam astana,
Tempatnya bermain di Bukit TursinĂ ,
Majnun dan Laila adalah di sana.

Unggas itu bukannya nuri,
Berbunyi ia syadda kala hari,
Bermain tamasya pada segala negeri,
Demikianlah murad insan sirri.

Unggas itu bukannya balam,
Nantiasa berbunyi siang dan malam,
Tempatnya bermain pada segala alam,
Di sanalah tamasya melihat ragam.

Unggas itu terlalu indah,
Olehnya banyak ragam dan ulah,
Tempatnya bermain di dalam Ka'bah,
Pada Bukit Arafah kesudahan musyahadah

Buku pdf boleh dimuat turun melalui pautan https://drive.google.com/file/d/12IghxTuDr28U8GHpDIAfQwIO5JQGI6LP/view?usp=drivesdk

kredit pdfdrive.com

Wednesday, 17 April 2019

Pembudayaan Bacaan Digital 2019

Kempen membaca dalam kalangan murid dan seluruh warga sekolah memang menjadi agenda tahunan dalam usaha memupuk budaya membaca.  Kali ini satu pendekatan baharu diambil dengan hasrat yang sama iaitu memupuk budaya membaca dan menjadikan membaca amalan harian.
Sayed Munawar,  CEO Perbadanan Kota Buku merasmikan program secara digital,  sidang video dari Kuala Lumpur


Program Pembudayaan Membaca Digital bertemakan Memperkasa Bahasa Melalui ICT telah dilancar dengan jayanya.  Pelancaran oleh YDP PIBG dan perasmian secara digital melalui sidang video merupakan pengalaman pertama kali dan percubaan ini tentunya satu inovasi baharu dalam usaha memupuk budaya membaca.

Pelancaran secara digital

Terima kasih kepada Perbadanan Kota Buku yang memberi banyak peluang kepada kami.  Khususnya CEOnya Tuan Sayed Munawar yang telah sudi bersiaran secara digital lebih kurang 8 minit.

Mengapa digital?  Soalan yang mudah.  Perangkat elektronik menjadi satu perkakasan wajib bagi manusia moden.  Bagaimana perangkat ini digunakan bergantung kepada manusia.  Dalam perangkat elektronik terkandung seribu satu noda dan terkandung juga jutaan manfaat.

Nah.  Ambil manfaatnya,  nescaya sangat bermakna.  Kali ini kempen membaca diperluas daripada membaca bahan maujud kepada membaca bahan digital. 

Bagaimana kesedaran dan kempen ini dibuktikan berkesan?  Sangat mudah.  Di. peringkat sekolah kami menggunakan dua penanda. 

Pertama.  Buku catatan NILAM.  Dalam buku catatan nilam murid wajib mencatat dua sumber iaitu sumber buku maujud dan sumber bacaan digital.

Kedua.  Site Frog VLE.  Pelbagai aktiviti interaktif bernuansa ilmu dan baca dipautkan dalam site ini.

Setiap aktiviti dicatat dan dipantau.

Keberkesanannya?  Terserah kepada individu itu sendiri.  Guru memain peranan menyediakan ruang, ibu bapa berperanan memberi peluang dan diri sendiri mengambil kesempatan.

Pokoknya,  tepuk dada tanya selera.

Banyak orang suka menyangka
sikit orang suka bezikir
banyak orang suka membaca
sikit orang mahu berfikir

Ahli jawatankuasa kerja 


persembahan lagu NILAM dan FRIG VLE

Pelancaran oleh YDP PIBG En Zulkefli B Osman

Ucapan guru besar Pn Suryati Hj Othman



#malaysiamembaca
#bacaandigital
#anugerahnilam

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Kelompok 10 2019

Tahniah kepada semua peserta,  jurulatih,  guru pengiring dan pengelola Kelompok 10 yang berhempas pulas melaksanakan Karnival ini.  Wah hebat belaka para peserta.  Skrip yang mantap,  olahan bahasa gramatis dan yang penting peserta boleh mengapresiasikannya dengan penuh penghayatan dan makna.

Bercerita nampak macam mudah. Betulkah mudah.  Tidak seperti yang disangka.  Permainan intonasi suara,  mimik muka,  pergerakan tangan dan badan sangat penting dalam membina suasana dan aura.
Hakim bercerita tahap 2


hakim bercerita tahap 2

Pentas pertandingan yang comel

para peserta berdebar menunggu giliran



Aksi seorang peserta dari sjk(c)







Santai bersama PT,  Hakim,  Jurulatih dan guru pengiring

Tahniah kepada Syazana Uzma dan Aina


Sekadar panduan ringkas untuk penyertaan pertandingan bercerita sekokah rendah.

1. Baca betul-betul dan fahami kertas konsep yang telah dibekalkan.  Ada penyertaan yang syok sendiri, hebat tetapi tidak dinilai.

2. Kesilapan persembahan murid SJK terpengaruh dengan gaya Teater Solo dan murid SK terpengaruh dengan gaya Bercerita Agama.

3. Terapkan nilai murni secara terang dan tersirat.

4. Gambar bahagian spontan hanya sebagai perangsang untuk peserta.  Olah berdasarkan tema.

5. Mulakan dengan susila dan sapaan mesra.

6. Sudahi dengan sapaan bersusila.

Tahniah. Jumpa lagi di peringkat daerah.

Sites Bacaan Digital Edisi 06

https://sites.google.com/d/18U2yr6i-vDGsW_SusToDWgpUJBWZkBae/edit