Prabaca - Bulan Bintang Singapura. Sebuah travelog tentang masjid di Singapura. Bukan satu tapi banyak masjid. Yang terkenal Masjid Sultan. Masjid tanpa nama.
Banyak lagi masjid di seluruh Singapura yang aktif lagi interaktif. Masjid yang mengekalkan sejarah serta masjid baharu. Membaca travelog ini membuakkan satu rasa mahu ke sana melihat dan merasai sendiri suasana kemeriahan ibadah serta kerapatan ukhuwah.
Berada di himpitan kota metropolitan dengan suasana minoriti tentunya menjadikan masjid benar-benar jantung umat.
Kampung Glam, antara lokasi yang banyak masjid.
Buku menarik untuk dibaca dan dirasa. Terbitan kertasterbang studio oleh Nilam Tang.
Cuma gaya penulisannya banyak terbaur dengan gaya lisan, tatabahasanya tidak terkawal. Tetapi santai sebagai bahan santaian umum untuk persiapan bagi para pengembara.
Barcod pada mula depan dan belakang buku ini boleh menjadi rujukan bonus kepada pembaca. Jom berwisata ke Singapura.
Kertasterbangstudio
No comments:
Post a Comment