Monday, 26 August 2019

Resensi Buku : Bulan Bintang Singapura




Prabaca - Bulan Bintang Singapura. Sebuah travelog tentang masjid di Singapura. Bukan satu tapi banyak masjid.  Yang terkenal Masjid Sultan. Masjid tanpa nama.
Banyak lagi masjid di seluruh Singapura yang aktif lagi interaktif.  Masjid yang mengekalkan sejarah serta masjid baharu.  Membaca travelog ini membuakkan satu rasa mahu ke sana melihat dan merasai sendiri suasana kemeriahan ibadah serta kerapatan ukhuwah. 

Berada di himpitan kota metropolitan dengan suasana minoriti tentunya menjadikan masjid benar-benar jantung umat. 

Kampung Glam,  antara lokasi yang banyak masjid.
Buku menarik untuk dibaca dan dirasa. Terbitan kertasterbang studio oleh Nilam Tang.  

Cuma gaya penulisannya banyak terbaur dengan gaya lisan, tatabahasanya tidak terkawal. Tetapi santai sebagai bahan santaian umum untuk persiapan bagi para pengembara.

Barcod pada mula depan dan belakang buku ini boleh menjadi rujukan bonus kepada pembaca.  Jom berwisata ke Singapura.

Kertasterbangstudio

Al Arqam



Ini antara buku-buku tentang Al Arqam dan Ashaari Muhammad yang telah dibaca.  Al Arqam dan Ashaari merupakan nama yang menjadi tular dalam negara. Hampir semua pelosok tanah air akan terlihatkan paparan logo pertubuhan ini.  Tidak dinafikan Al Arqam menjadi sebuah pertubuhan yang popular.

Majalah, produk makanan, persembahan pentas, puisi,  nasyid dan kesantunan akhlak menjadi ikon kumpulan ini.  Telinga sangat lunak mendengar nasyid puji-pujian serta alunan zikir mereka.  Seni katanya begitu indah,  lancar sahaja lidah melafazkan lagu-lagu mereka.  Makanan seperti mi,  kopi,  sos, kicap mudah didapati di gerai-gerai milik pengikut Al Arqam.

Perang mulut,  perang risalah antara kerajaan melalui Pusat Islam dengan al Arqam dan Ust Ashaari tidak terbendung lagi. Berhati-Hati Membuat Tuduhan adalah tulisan Ust Ashaari dalam menjawab segala persoalan yang ditimbulkan kepada mereka. Tidak dinafikan penulisan buku,  majalah merupakan kekuatan ust Ashaari dan al Arqam.

1994 meletus peristiwa penangkapan Ust Ashaari serta para pengikutnya di sempadan.  Bermula detik itu satu persatu pembongkaran dibuat.  Arqam Sesat, antara buku awal yang mendedahkannya.  Buku ni pun dibeli di Kampar dalam satu sesi penerangan di Padang Bandaran Kampar tahun 1994.

SH Alattas juga mendedahkan serba sedikit tentang al Arqam melalui buku Pemimpin Politik dan Firasat.  Cuma fokusnya lebih kepada strategi Ust Ashaari dalam permainan politik.

Dan...  buku yang paling menarik,  hidup serta sangat memuaskan ialah buku Tersungkur Di Pintu Syurga.  Ditulis oleh sdr Zabidi Mohamad,  orang kanan Al Arqam.  Beliau ialah penasihat undang-undang pertubuhan ini.  Gaya penulisan sangat menarik,  penceritaan dalam bentuk memoir,  trevelog,  gaya novel pun ada.  Strategi pihak berkuasa dalam mengatur langkah menahan Ust Ashaari,  gerak kerja al Arqam ditulis dengan bergaya sekali.

Banyak lagi buku tentang al Arqam dan Ust Ashaari diterbitkan,  membaca khazanah lama seperti ini dalam suasana politik baharu seperti sekarang memang menarik. Bacalah,  dengan nama Tuhanmu.

#Malaysiamembaca

Sites Bacaan Digital Edisi 06

https://sites.google.com/d/18U2yr6i-vDGsW_SusToDWgpUJBWZkBae/edit