BORANG SINOPSIS BUKU
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BERSATU, 31300 KAMPUNG KEPAYANG PERAK DARUL RIDZUAN
KOD SEKOLAH :
1 | NAMA GURU | S SAMPRIZAL BIN SELAMAT | |
2 | JUDUL | ASSASSIN : PEMBUNUH DARI LEMBAH ALAMUT | |
3 | TARIKH PEMBENTANGAN |
| 4. BIDANG :SEJARAH |
6 | TEMPAT PEMBENTANGAN |
| 6. MASA : |
7 | SINOPSIS : Buku setebal lebih 270 halaman karya Bernard Lewis, mengupas tentang Assassin. Siapa assassin? Pengasasannya? Mengapa wujud gerakan ini? Adakah ia hanya satu kumpulan pencabut nyawa atau apa? Assassin, merupakan satu aliran dalam Syiah Ismailiyah ketika zaman Empayar Fatimiyyah atau lebih tepat pada zaman perang salib. Kumpulan ini diasaskan oleh Hassan Bin Sabbah. Beliau menjadikan pergunungan Alamut sebagai markas gerakannya. Pengikutnya terdiri daripada lelaki yang diasuh sejak kecil tentang pelbagai tektik perang, penggunaan pelbagai jenis senjata, ilmu pertahanan diri, penyamaran, penguasaan bahasa dan sebagainya. Mereka diasuh tanpa rasa, hanya taat kepada arahan sang ketua. Mengapa Assassin? Mungkin mengambil sempena nama Hassan Bin Sabbah, pengikutnya disebut Hasshasiah atau mungkin kerana mereka dicandukan dengan sejenis hashish iatu ganja yang boleh mengendalikan minda. Apa peranan kumpulan assassin ini? Mereka merupakan pembunuh elit yang menjadi ketakutan para sultan dan pembesar sunni. Tujuan asalnya ialah menjadi mesin pembunuh, terutama pertembungan Syiah - Sunni. Banyak pembesar sunni maut di tangan assassin. Penglibatan pasukan salib di Timur Tengah turut menggunakan kumpulan ini untuk tujuan politik. Bunuh musuh secara senyap dan tragis. Malah pada abad ke 13 pengaruh assassin menjadi-jadi di sana. Para pembesar daripada semua pihak sentiasa ketakutan kerana assassin tidak mempunyai jiwa, misi mereka bunuh sesiapa sahaja yang diarahkan. Sultan Salahuddin al Ayubi juga beberapa kali cuba dibunuh oleh pembunuh profesional ini. Kini kisah assassin menjadi subjek dalam banyak filem. | ||
8 | NILAI PENGETAHUAN / PENGAJARAN - Mengetahui perjalajan sejarah daripada pelbagai tamadun merupakan salah satu jalan membina generasi akan datang
| ||
9 | APLIKASI ILMU DALAM ORGANISASI - mendidik perlu kepada sasaran jangka panjang dan jangka pendek
|
Disediakan oleh Disemak oleh
No comments:
Post a Comment