PETA PEMIKIRAN I-THINK
Wednesday, 11 February 2015
Thursday, 5 February 2015
Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan TMK
Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan TMK
Murid-murid 6 Seroja diberi peluang menggunakan elemen TMK dalam sesi pembelajaran bahasa Melayu dengan menggunakan laman sesawang. Aktiviti yang dilakukan ialah.
1. Melayari beberapa laman sesewang seperti blogspot dan Berita Harian Online.
2. Memuat turun grafik daripada blogsopt
3. Menyediakan jadual grafik melalui hamparan powerpoint
4. Membaca berita daripada laman sesawang BH Online
5. Mencatat isi penting dalam grafik
6. Membuat pembentangan.
Pautan laman sesawang
http://www.bhpendidikan.com.my/newspage/apc-bh-penyuntik-semangat
Contoh tugasan yang telah siap
Murid-murid 6 Seroja diberi peluang menggunakan elemen TMK dalam sesi pembelajaran bahasa Melayu dengan menggunakan laman sesawang. Aktiviti yang dilakukan ialah.
1. Melayari beberapa laman sesewang seperti blogspot dan Berita Harian Online.
2. Memuat turun grafik daripada blogsopt
3. Menyediakan jadual grafik melalui hamparan powerpoint
4. Membaca berita daripada laman sesawang BH Online
5. Mencatat isi penting dalam grafik
6. Membuat pembentangan.
Pautan laman sesawang
http://www.bhpendidikan.com.my/newspage/apc-bh-penyuntik-semangat
Contoh tugasan yang telah siap
GRAFIK MAKLUMAT BAHAN BACAAN
GRAFIK
MAKLUMAT BAHAN BACAAN
TAJUK
|
|
TARIKH
|
|
MASA
|
|
TEMPAT
|
|
SUMBER
|
|
PENGARANG
|
|
ISI-ISI
PENTING
|
|
NILAI
MURNI
|
|
DISEDIAKAN
OLEH
|
Wednesday, 4 February 2015
Pembelajaran berbantukan komputer .
Pembelajaran berbantukan komputer .
Sekali-sekala bawa murid mengunjungi makmal komputer untuk berjinak-jinka dengan dunia maya. Beri mereka peluang belajar dengan menggunakan internet. Internet tidak hanya untuk bersosial atau untuk bermain-main. Gaya fikir mereka perlu diasuh.
Hari ini mencari menulis karangan tentang Faedah Bersukan. 6 Bakawali berkendiri.
KARANGAN MODEL 1
Soalan : Tulis sebuah karangan tentang faedah
bersukan.
Bersukan merupakan aktiviti fizikal
yang dilakukan pada waktu-waktu tertentu. Bersukan banyak manfaatnya
kepada manusia.
Antara
faedah bersukan ialah dapat menguatkan otot. Sekiranya seseorang itu sering
melakukan senaman, otot-otot pada tubuh badannya akan menjadi kuat. Kekuatan
otot akan meningkatkan keupayaan fizikal seseorang dan menjadikannya lebih cergas.
Selain
itu masa yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Daripada
membiarkan masa yang tersisa berlalu begitu sahaja, lebih baik dimanfaatkan
dengan bersukan. Sama ada bersukan secara individu seperti berjoging, dan berbasikal
atau bersukan secara kumpulan seperti bermain bola sepak, sepak takraw dan bola
jaring.
Melalui
kegiatan sukan, kita juga boleh menambah kenalan dan mengeratkan tali
persahabatan. Perlawanan yang dianjurkan dalam satu-satu perlawanan akan
memperkenalkan kita kepada rakan baharu. Di samping bersaing untuk meraih
kemenangan, tali persahabatan dan semangat kesukanan dapat diwujudkan.
Murid-murid
yang aktif dalam bidang sukan biasanya akan memperolehi sijil dan
pengiktirafan. Sijil dan pengiktirafan ini sangat berguna terutama bagi murid
yang mahu melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh. Semakin tinggi
tahap penglibatan dalam bidang sukan, semakin cerahlan peluang untuk ke sekolah
berasrama.
Jelaslah
bahawa sukan sangat berfaedah kepada murid-murid. Manfaatkanlah masa dengan
memilih aktiviti riadah yang sesuai.
Wednesday, 28 January 2015
PELESTARIAN ALTRUISM
Altruism atau altruisme atau altruistik diambil dari kata autrui dari bahasa Perancis yang membawa maksud orang lain. Diasaskan oleh Auguste Komte pengasas aliran Positivisme Perancis. Beliau berpendapat bahawa manusia dilahirkan berdasarkan orang terdahulu, perwaris akan datang dan manusia semasa. Justeru manusia itu perlu saling berkhidmat antara satu sama lain. Rumusan yang sahih untuk kesusilaan manusia ialah memberikan kebenaran langsung secara eksklusif kepada naluri sifat suka membuat kebaikan dan memberikan kebahagiaan.
Altruism atau altruisme atau altruistik diambil dari kata autrui dari bahasa Perancis yang membawa maksud orang lain. Diasaskan oleh Auguste Komte pengasas aliran Positivisme Perancis. Beliau berpendapat bahawa manusia dilahirkan berdasarkan orang terdahulu, perwaris akan datang dan manusia semasa. Justeru manusia itu perlu saling berkhidmat antara satu sama lain. Rumusan yang sahih untuk kesusilaan manusia ialah memberikan kebenaran langsung secara eksklusif kepada naluri sifat suka membuat kebaikan dan memberikan kebahagiaan.
Ustaz
Hasrizal Jamil yang terkenal dengan buku 'Bercinta Sampai Syurga' ada
menyatakan erti hidup pada memberi, dalam lughah Arab disebut
Al-Itsar. Itulah makna cinta yang menuntut altruism.
Dari
sudut bahasa, altruism bermaksud suka mengutamakan kebahagiaan orang lain
mengatasi diri sendiri, sangat suka melihat orang lain bahagia. Mungkin
kebanyakan orang yang hidup dalam zaman moden yang penuh dengan kepentingan
individualistik, hedonistik dan materialistik yang mementingkan diri
sendiri mengatakan pendapat seperti ini sudah usang. Kita hidup dalam zaman
mencabar, aku dengan caraku. Tidak ada kena mengena dengan kamu. Falsafahnya
sangat mudah. Mati nanti kubur masing-masing.
Maka,
pendapat seperti inilah yangmenyumbang kepada keruntuhan sistem kekeluargaan.
Menjadikan anak-anak bahan uji kaji yang tidak pernah berjaya. Menaburkan wang
ringgit dan keperluan material tanpa menyumbangkan altruisme sejati kepada
mereka. Anak-anak di rumah bebas menentukan jalan sendiri dalam mencapai
matlamat hidup. Ibu bapa juga menentukan jalan sendiri dalam menentukan
tercapainya objektif kerjaya. Nilai mementingkan diri menjadi amalan hingga
membunuh rasa cinta dalam kalangan masyarakat.
Dalam
kelas, guru tidak lagi memebawa watak pendidik. Mereka hanya bergelar
pengajar. (beza antara didik dan ajar boleh dirujuk melalui buku
Prof Dr Sidek Baba : Pendidikan Rabbani). Istilah guru ibarat lilin
hanya menjadi omong biasa dan dinyanyikan sebagai hiburan semata-mata.
Pengajaran sekadar mengajar, tiada lagi mendidik. Watak murabbi, mualim dan
muadib sudah tidak tersirna. Kepincangan sistem pendidikan di rumah dan sekolah
yang mengketepikan altruism ini menymbangkan kepada pelbagai kebejatan dalam
masyarakat.
Proses
mendidik anak-anak dan anak didik menuntut kepada pelestarian altruism. Cinta,
kasih dan sayang ibu bapa terhadap anak-anak bukan hanya memberikan mereka wang
ringgit dan kemewahan sahaja. Sebaliknya menuntut kepada pemurnian kasih dan
sayang. Meluangkan masa berbual, bermain, berinteraksi, bersenda-gurau,
menyemak kerja sekolah, malah sesekali melewati sekolah berjumpa guru bagi
berbual mesra mendapatkan maklumat terkini anak-anak. Melihat kelibat ayah
bonda di sekolah berbicara dengan guru-guru tentu menyuntik semangat kepada
anak-anak.
Sebaliknya,
apa yang berlaku kini, tugas dan tanggungjawab mendidik anak diserah
seratus peratus kepada guru. Tugas menjaga anak pula dipertanggungjawab terus
kepada bibik atau pembantu rumah. Bagi yang tiada pembantu, terpulanglah kepada
anak-anak itu untuk menentukan bagaimana mereka menggunakan masa terluang.
Kerja sekolah siap atau tidak tidak menjadi hal. Yang penting ‘kamu’ ke sekolah
tatkala ayah dan ibu keluar bekerja dan bila ibu dan ayah pulang ‘kamu’ ada di
rumah.
Namun,
sedarkah kita bahawa anak-anak sentiasa mendambakan dakapan kasih dan sayang
daripada kedua ayah dan ibu. Perhatian, bertanyakan khabar, bersama menyiapkan
tugasan sekolah yang diberi guru dan berbincang tentang pelajaran yang tidak
difahami. Pastilah, kita akan menjawab bahawa masa yang ada tidak memadai,
kesibukan di tempat kerja mencari nafkah, kepenatan menjalankan kerja tambahan
lebih masa menjerut waktu.
Pelestarian
atruism dalam mendidik anak-anak harus menjadi agenda utama dan diperkasa.
Melaksanakan altruism kepada anak boleh dimulakan dengan bertanya khabar
tentang ujian dan peperiksaan. Mula kan dengan memberikan masa membantu mereka
memahami pelajaran, memberikan motivasi agar terus ke agenda kecemerlangan,
memberikan habuan sebagai tanda penghargaan, membantu menyelesaikan masalah
tugasan yang guru berikan dari situ, beransur-ansur menyuntik kasih dan sayang.
Anak-anak tidak akan berasa janggal dengan perubahan yang dilakukan oleh ayah
dan ibu. Akhirnya amalan ini akan menjadi kebiasaan. Anak-anak akan sentiasa
berasa diri mereka dihargai.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PANDUAN ASAS PEMARKAHAN PANTUN
Maklumat boleh berubah-ubah dari masa ke masa mengikut kesesuain kertas konsep.
-
Dalam kehidupan Melayu, anjing dilihat sebagai haiwan yang menjengkelkan. Secara tradisionalnya, tidak ada Melayu yang memelihara anjin...
-
1.0 PENDAHULUAN Dari mana datangnya permata, Dari tanah digali-gali, Dari mana datangnya bahasa, Dari kata yang terbit ...
-
Teks Pidato Tajuk : KEPENTINGAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT. Assalamualaikum warahmatullahi wabara katuh, salam sejahtera, sala...










