Tuesday, 3 March 2015

ANALISIS SOALAN PENULISAN UPSR 1994 – 2014


 ANALISIS SOALAN PENULISAN 1994 – 2014

TH
SOALAN
JENIS
1994
1
2
a. Cara-cara menjaga kebersihan badan
b. Faedah bersukan
Melengkapkan cerita (kebakaran)
Dialog
Syarahan
Cerita / imaginasi
1995
1
2
a. kisah aneh dan ganjil
b. ulang tahun kemerdekaan
Surat kepada guru kelas
Imaginasi / cerita
Keperihalan
Surat kiriman rasmi
1996
1
2
a. cara-cara menjaga kebersihan diri
b. faedah membaca
Tokoh murid
Fakta
Fakta
Dialog 
1997
1
2
a. cara-cara mengenang jasa ibu ayah
b. kepentingan kerjasama di kalangan pelajar
Terlewat ke sekolah semasa ujian .... tindakan
Ucapan 
Syarahan
Imaginasi 
1998
1
2
a. kebaikan belajar berkumpulan
b. mesyuarat penubuhan kelab buku
Terpisah daripada keluarga .... tindakan
Perbahasan
Laporan 
Imaginasi 
1999
1
2
a. majlis hari guru
b. persedeiaan menghadapi UPSR
Membantu orang tua di jalan .... tindakan
Ucapan
Surat tidak rasmi
Imaginasi 
2000
1
2
a. gotong royong
b. surat kepada guru besar
Membantu seseorang di taman permainan ... tindakan
Laporan
Surat rasmi
Imaginasi 
2001
1
2
a. majlis penyampaian hadiah
b. amalan menghormati orang tua
  …. Peristiwa itu tetap dalam ingatanku …
Imaginasi
Syarahan
Melengkap cerita
2002
1
2
a.  majlis penyampaian hadiah
b.  rancangan aktiviti semasa cuti sekolah
 Membantu rakanberbelanja semasa rehat ... tindakan
Berita
Surat tidak rasmi
Imaginasi 
2003
1
2
a. faedah mengikuti kelas tambahan
b. kejayaan tokoh sukan
Membantu rakan tercedera di bengkel KH .. tindakan
Fakta
Dialog
Imaginasi 
2004
1
2
a. faedah membaca
b. perkhemahanunit beruniform
 ...peristiwa itu menjadi kenangan manis kepadaku
Fakta
Laporan
Melengkap cerita
2005
A
B
C
Gambar di pasar
1. Program motivasi UPSR  (pengalaman)
2. berkelah bersama keluarga
3. kejayaan rakan dalam pertandingan bercerita
    pengajaran
Keperihalan / cerita
Catatan
Temu bual
2006
A
B
C
Gambar di kantin sekolah
1. cara-cara menjaga kebersihan diri
2. ucapan meraikan kejayaan
3. Lawatan yang akan disertai
5 pengajaran
Fakta
Ucapan
Perbualan 
2007
A
B
C
Gambar persediaan anugerah cemerlang
1.  Menyambung cerita       - aku melihat 
2. Kebaikan jiran-jiran kamu
3. Pertandingan melukis sempena hari  Kebangsaan
5 nilai
Cerita
Fakta / keperihalan
Berita
2008
A
B
C
Gambar cara-cara melintas jalan dengan selamat
1. Cara-cara menggunakan wang RM500.00
2. Orang yang saya sayangi
3. kepentingan menuntut ilmu
 5 Nilai
Keperihalan
Cerita  / keperihalan
Fakta 
2009
A
B
C
Gambar taman sekolah
1. Menyambung cerita ….. rakanku ucap tahniah
2. Suasana temasya sukan
3. surat kepada abang – persediaan UPSR
5 nilai
Cerita / imaginasi
Cerita / suasana
Surat kiriman
2010
A
B
C
Gambar aktiviti di halaman rumah
1. Buku yang telah kamu baca
2. Faedah menyertai kem kecemerlangan UPSR
3. Laporan perkhemahan
5 Nilai (Surat)
Keperihalan
Fakta / keperihalan
Laporan 
2011
A
B
C
Gambar rumah terbuka sempena Aidil Fitri
1. Aktiviti semasa cuti sekolah
2. Kebaikan membawa bekalan makanan
3. perbualan tentang kejayaan rakan dalam  
    pertandingan bercerita
 5 nilai (ucapan) 
Keperihalan
Keperihalan
Dialog 
2012
A
B
C
Gambar suasana di restoran
1. .... Sambung cerita .... Aku ingin berkunjung...
2. Guru yang saya sayangi
3. Catatan perhimpunan sekolah
5 nilai (cerita)
Cerita
Keperihalan
Catatan 
2013
A
B
C
Gambar di kebun sayur
1. Cara-cara menjaga keceriaan dan kebersihan kelas
2. Persiapan perayaan
3. Ucapan hari guru
5 nilai ( catatan )
Fakta
Cerita
Ucapan 
2014
A
B
C
Gambar aktiviti di sungai
1. Menyambung cerita .... Kanak-kanak cedera
2. Kebaikan perpustakaan
3. Tempat menarik di tempat kamu
5  nilai  (surat aduan )
Cerita
Fakta
Surat kiriman

Disediakan oleh
S.samprizal b selamat

ANALISIS SOALAN PENULISAN SJK 2005 – 2014

TH
SOALAN
JENIS
2005
A
B
Gambar di pasar
1. Orang yang kamu sayang
2. Persiapan perayaan
3. Surat meminjam alatan sukan
Keperihalan 
cerita
Surat kiriman rasmi
2006
A
B
Gambar di taman permainan
1. Faedah menabung
2. Menemu bual ketua pengawas
3. Sambung cerita ..... Mereka gembira kerana
Fakta
Dialog
Cerita
2007
A
B
Gambar di kedai buku
1. Kawan baik saya
2. Pertandingan sukan
3. Hari kanak-kanak
Keperihalan
Cerita
Ucapan
2008
A
B
Gambar pertandingan badminton
1. Cita-cita saya
2. Pengalaman gotong-royong
3. Rumah baharu saya
Keperihalan
Cerita
Surat kiriman
2009
A
B
Gambar gotong-royong
1. Melengkapkan cerita ..... Setibanya kami ...
2. Aktiviti perhimpunan sekolah
3. Menjaga kebersihan
Cerita
Keperihalan
Syarahan
2010
A
B
Gambar perkhemahan
1. Aktiviti cuti sekolah
2. Perbualan dengan kawan baharu
3. Permainan yang disukai
Cerita
Dialog
Fakta
2011
A
B
Gambar pendaftaran tahun 1
1. Pengalaman menyertai rombongan
2. Kepentingan menjaga kebersihan sekolah
3. Ucapan hari guru
Cerita
Fakta
Ucapan
2012
A
B
Gambar pertandingan nyanyian
1. Lengkapkan karangan ... Tiba-tiba ....
2. Latar belakang kawan baharu
3. Kebenaran mengadakan lawatan
Cerita
Keperihalan
Surat kiriman rasmi
2013
A
B
Gambar di pasar raya
1. Peristiwa yang menggembirakan
2. Kebaikan bersukan
3. Hari kemerdekaan
Cerita
Fakta
Catatan
2014
A
B
Gambar di kantin sekolah
1. Rumah impian
2. Melengkap cerita ... Mulai hari itu ...
3. Laporan perkhemahan
Imaginasi
Cerita
Laporan 

Disediakan oleh


S.samprizal b selamat

Monday, 2 March 2015

Kalimah Allah pada gumpalan awan di langit SK Taman Bersatu.





سبحان الله
Kalimah Allah terbentuk pada gumpalan awan. Foto dirakam oleh guru besar ketika perhimpunan rasmi dijalankan.


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan Bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi sambil berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau! Maka peliharalah kami dari siksa neraka."

Surah Al imran 190 & 191

Sunday, 1 March 2015

Latihan Membina Ayat Melalui E-mel

Latihan membina ayat berbantukan komputer.

Murid tahun 6 Seroja menjalakan aktiviti membina ayat berbantukan TMK dengan menggunakan emel (gmail). Kaedah yang digunakan ialah.
- Guru mengirim soalan menggunakan pautan gmail.
- Murid memuat turun soalan dalam fail microsoft words
- Menjawab soalan menggunakan mocrosoft words
- Membuat salinan (copy) dan paste
- Menghantar jawapan ke emel guru
- Jawapan dipapar menggunakan slide projector
- Membincangkan jawapan bersama murid.


Antara jawapan yang dikirim oleh murid.

A Kiriman Puteri dan Syahirah
1.
Alya sedang duduk di atas sofa bersebelahan  dengan  Puan Ayuni sambil menonton  televisyen.
2.
Encik Kamarul sedang duduk di atas sofa sambil membaca senaskah surat khabar yang baru dibelinya.
3.
Sufian  sedang melayari internet untuk menambahkan pengetahuannya sambil duduk di atas  kerusi.     
4.
Amran sedang duduk di atas permaidani sambil bermain dengan permainannya dengan gembira.
5.
Puan Ayuni sedang duduk di atas sofa bersebelahan dengan  Alya  sambil menjahit baju Amran yang telah terkoyak.

B Kiriman firdaus dan Zarul
1.
Alif melayari internet untuk mecari maklumat yang disuruh oleh gurunya.
2.
Encik Kamarul duduk di atas sofa sambil membaca senaskah
surat khabar.                                                 
3.
Puan Hasnah menjahit baju yang terkoyak menggunakan
jarum dan benang.
4.
Saleha memeluk bantal sambil menonton cerita komedi lalu ketawa terbahak-bahak.
5.
Fariz sedang bermain mainan-mainannya sambil duduk di atas lantai.

C. Kiriman Aina Ulfah
1.
Ayah  membaca surat khabar dengan tenang sambil duduk di atas sofa di ruang tamu.
2.
Abang melayari internet untuk mencari maklumat tentang kerja rumahnya dengan menggunakan komputer miliknya sendiri.
3.
Kakak memeluk bantal kecil sambil menonton televisyen di ruang tamu sambil duduk di atas sofa.
4.
Ibu menjahit baju kepunyaan kakak di ruang tamu dengan menggunakan selembar benang dan jarum.
5.
Adik bermain dengan kereta api  permainannya dengan seronok di atas karpet.

D. Kiriman Alya dan Engelina
1. Encik Ali sedang duduk di atas sofa sambil membaca senaskah surat khabar .
2. Aminah sedang memeluk bantal sambil menonton telivisyen dengan gembira.
3. Fadil sedang melayari internet untuk mencari maklumat .
4. Puan Laili sedang duduk di atas sofa di sebelah  anaknya sambil menjahit.
5. Ahmad sedang duduk diatas permaidani sambil bermain permainan kereta api.

E. Kiriman Uzma dan Kausalya
1)
Pak Abu sedang membaca senaskah surat khabar sambil duduk di atas sofa dengan tenang.
2)
Samsul sedang melayari internet dengan menggunakan komputer untuk mencari maklumat yang penting.
3)
Adik Samsul sedang bermain dengan permainannya dengan gembira di ruang tamu.
4)
Mak Minah menjahit baju dengan menggunakan selembar benang dan jarum dengan berhati-hati.
5)
Syafiqah menonton televisyen di ruang tamu sambil memeluk bantalnya.

Soalan dikirim melalui emel


Murid mengirim semula jawapan




Friday, 27 February 2015

Pantun (pokok) kapal terbang.



Kapal terbang tumbuh di semak,
Ubat penawar ramuan tradisi;
Angkuh sombong ujub dan riak,
Penyakit rohani mematikan hati.

Kalau tuan menebas semak,
Jangan ditebas kapal terbang;
Kalau tuan berlaku bongkak,
Sepanjang masa dibenci orang.

Kapal terbang dilumat-lumat,
Dilumat dengan sekapur sirih;
Jangan diamal dendam kesumat,
Di dunia lagi kamu tersisih.

Selehai daun dicalit kapur,
Kapal terbang penawar senak;
Usah diamal perangai takbur,
Iblis tersenyum ketawa terbahak.

Kapal terbang tumbuh melata,
Daunnya tidak mendongak langit;
Jagalah lisan kala berkata,
Kerana lidah mudah tergigit. 

Kapal terbang jangan ditanam,
Pohonnya akan mengganggu laman,
Mari beramal perkara yang enam,
Itulah tanda bertaut iman.

PANDUAN ASAS PEMARKAHAN PANTUN

Maklumat boleh berubah-ubah dari masa ke masa mengikut kesesuain kertas konsep.