Thursday, 16 February 2017
Trust No One
Trust No One.
RM25.00
Terbitan PTS
254 halaman
Terjahan baharu Jerry D Gray, mantan pemandu pesawat tempur US yang sukar untuk ditelan mentah-mentah. Seperti biasa nukilannya penuh siratan yang mendesak fikitan luar kotak. Mungkin ada yang berpendapat penulis terlalu berimaginasi. Mungkin juga. Tetapi jika ditelusuri karya-karya dan kritikan beliau dalam buku-bukunya yang awal, banyak perkara yang sangat realistik. Apa yang perlu,? Otak dan minda perlu bekerja keras memikir dan membuat kesimpulan.
Buku 9 bab ini masih berkisar tentang teori konspirasi dan pengaturan hidup di dunia oleh kuasa besar yang bermatlamatkan penguasaan dunia khususnya New World Order.
Isu MH370, Tsunami Jepun, gempa Kobe, vaksin dan sebagainya bukan semata-mata aturan alam bahkan dikawal oleh kehendak manusia yang berajakan nafsu.
Nak percaya....? Trust No One.
Sunday, 15 January 2017
Pantun bianglala
Pantun:
Bianglala
mata tenggala tempahan besi
besi sundang bilahnya panjang
bianglala umpama ilusi
nampak sipandang tak boleh dipegang
menangkap pari gunakan jala
rawanan jala diikat batu
usah dikejar si bianglala
ke hujung dunia tak kan bertemu
tunggang pedati ke hujung kuala
kuala bah langsung tenggelam
jadilah seperti bianglala
hadir menambah serinya alam
amat jelita gadis rupawan
bertegur sapa tiada yang larang
bianglala tersangat menawan
lamalah lama ia menghilang
Bianglala
mata tenggala tempahan besi
besi sundang bilahnya panjang
bianglala umpama ilusi
nampak sipandang tak boleh dipegang
menangkap pari gunakan jala
rawanan jala diikat batu
usah dikejar si bianglala
ke hujung dunia tak kan bertemu
tunggang pedati ke hujung kuala
kuala bah langsung tenggelam
jadilah seperti bianglala
hadir menambah serinya alam
amat jelita gadis rupawan
bertegur sapa tiada yang larang
bianglala tersangat menawan
lamalah lama ia menghilang
Tuesday, 15 November 2016
Jelajah Buku Blink Books Bersama Aman Wan
Program perbengkelan, bedah buku dan sesi ramah mesra bersama penulis Aman Wan dari Blink Books sebuah anak syarikat PTS Publication. Sesi bengkel penulisan yang diadakan di dewan sangat mengujakan. Program dijalankan pada 7 November 2016 di SK Taman Bersatu Ipoh.
Antara buku hasil tulisan dan karikatur Aman Wan
Bersama menikmati sarapan sebelum sesi autografi
Peminat komik
sesi perbengkelan
Sesi ramah mesra dan autografi
Teks Pidato : KEPENTINGAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Teks Pidato
Tajuk : KEPENTINGAN
PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT.
Assalamualaikum
warahmatullahi wabara katuh,
salam sejahtera,
salam satu Malaysia
Yang saya muliakan tuan
peneraju agenda
Yang arif lagi berdiri
di pasak kebenaran, para hakim yang budiman
Yang dikasihi
tuan-tuan, puan-puan sidang dewan yang dirahmati sekalian.
Tampilnya saya dalam
arena pidato ini untuk memperkatakan tajuk KEPENTINGAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT.
Sebelum gelanggang
dibuka,
dengar dahulu paluan
rebana,
Sebelum kata meningkah
bicara,
dengarkan dulu kupasan
tajuknya.
Apa
itu pendidikan teknologi maklumat? Dan apa itu pendidikan? Menurut Profesor Dr
Sidek Baba dalam bukunya yang berjudul Pendidikan Rabbani, Pendidikan ialah
proses memberikan asas asuh, pupuk dan bentuk. Para pelajar tidak semata-mata
menerima pengetahuan, maklumat dan ilmu, sebaliknya diasuh trampil cemerlang
dari sudut ilmu, peribadi dan akhlak.
Seterusnya
izinkan pula hamba menerangkan apa itu teknologi maklumat. Teknologi ialah
ciptaan baharu hasil inovasi dan sains. teknologi maklumat ialah ledakan
komunikasi baharu dengan menggunakan peranti input dan output berbantukan komputer.
Asasnya mudah, komputer dan talian. Melalui talian dan komputer, dunia menjadi
sangat kecil. Sekecil hujung jari. Malah jari-jarilah yang menjadi penghubung
dan mahaguru kepada ilmu dan maklumat. Dewasa ini, dunia teknologi maklumat sangat
cepat, pantas dan tuntas. Mengakses maklumat tidak lagi memerlukan set komputer
yang besar. Memadai dengan sebuah komputer mini sebesar buku latihan atau telefon
pintar yang boleh digenggam.
Tuan-tuan, puan-puan sidang
dewan sekalian.
Klausa
KEPENTINGAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT bolehlah diertikan sebagai satu usaha
asuh, pupuk dan bentuk yakni mengasuh, memupuk dan membentuk manusia berbantukan
teknologi baharu. Dalam gelanggang pidato ini saya ingin mengupas bagaimana
teknologi maklumat menjadi wahana penting dalam pendidikan, khususnya untuk
pelajar di sekolah.
Melalui
teknologi maklumat, para pelajar bukan sahaja boleh berinteraksi dengan rakan
dari serata dunia, malah para pelajar boleh berinteraksi dan berdiskusi tentang
pelajaran. Frog vle misalnya menyediakan ruang pembelajaran atas talian atau
disebut ‘VERTUAL LEARNING’. Pembelajaran maya ini menyediakan ruang yang luas
untuk para pelajar – guru – ibu bapa berinteraksi antara satu sama lain. Bahan
pembelajaran boleh dimuat turun. Hasil tugasan pula dimuat naik setelah
disiapkan. Dalam tempoh yang singkat murid boleh mendapatkan maklum balas
daripada guru.
Bagaimana
pula dengan media sosial yang menjadi kegilaan sekarang ini. Media sosial
seperti facebook, twitter, instagram, weechat, telegram dan sebagainya boleh
dimanfaatkan untuk pendidikan. Murid-murid, guru-guru bersama ibu bapa boleh
mewujudkan kumpulan-kumpulan perbincangan tersendiri seperti kumpulan UPSR.
Melalui kumpulan ini ahli boleh mengemukakan apa jua persoalan, kemushkilan
berkaitan peperiksaan. Guru-guru pula boleh member tip-tip berguna untuk
diamalkan. Malah melalui pautan fail, urusan muat naik dan muat turun boleh
dilakukan. Dalam kaedah pembelajaran atas talian kumpulan perbincangan seperti
ini disebut sebagai forum. Antara universiti yang menggunakan kaedah ini ini
ialah Universiti Terbuka Malaysia.
Sidang
hadirin sekalian.
Sebagai
pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, latih tubi sangat penting.
Lebih-lebih lagi latih tubi soalan tahun-tahun lalu dan latih tubi soalan
daripada negeri-negeri lain. Soalan-soalan ini sebenarnya sangat mudah
diperolehi melalui internet. Terdapat banyak laman sesawang dan blog yang
menyediakan kemudahan mengakses soalan-soalan ini secara percuma. Nah! Apa
tunggu lagi. Sampan sudah di air, pendayung sudah di tangan. Mudiklah ke hilir
atau tongkahlah ke hulu. Ambil peluang memuat turun bahan tersebut. Jangan lupa
disimpan dalam pemacu dan dicetak untuk latihan.
Zaman
ini zaman atom. Zaman millennium. Zaman canggih dan zaman sibuk. Masa berlalu begitu cepat. Ibu bapa
terpaksa menggadai masa untuk menyara keluarga sehingga terbabas untuk
mengetahui perkembangan sekolah anak-anak. Tidak mengapa. Usah khawatir.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan satu sistem yang dinamakan Sistem
Analisis peperiksaan Sekolah atau SAPS.
Sidang dewan yang
budiman.
Berdasarkan hujah dan fakta di atas, jelaslah bahawa
pendidikan teknologi maklumat merupakan satu kaedah pendidikan yang penting
kepada pendidikan Negara. Murid-murid akan lebih mudah menerima ilmu
pengetahuan dan pelajaran dengan berbantukan teknologi maklumat. Walau
bagaimanapun terpulanglah kepada cara penggunaannya. Justeru gunakanlah
teknologi dengan cara dan tujuan yang betul
Jalan yang gelap bawalah suluh
Lihat cahaya buat pedoman
Pendidikan teknologi maklumat jadi penyuluh
Tentu kecemerlangan dalam genggaman
Sekian,
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.
Friday, 20 May 2016
Resensi Buku : Hang Tuah Catatan Okinawa
Hang Tuah; Catatan Okinawa.
Penulis : Dr Hisyam Musa / Dr Rohaidah Kamaruddin
Terbitan : UPM
Halaman : 204 ms
Harga : RM 58 Kulit nipis
Penulis : Dr Hisyam Musa / Dr Rohaidah Kamaruddin
Terbitan : UPM
Halaman : 204 ms
Harga : RM 58 Kulit nipis
Ternyata Tuah bukan sekadar epik, mitos, lagenda atau hikayat agung semata-mata. Memang Laksamana Tuah menjadi pelambangan kepada keperwiraan pahlawan Melayu dengan aksi luar biasa. Jauh daripada itu, Tuah telah dibuktikan zahir wujudnya melalui penemuan primer.
Hubungan Melaka dengan pelbagai negara luar melalui maritim ditemukan secara maujud di kerajaan Rukyu yang kini disebut Okinawa dalam wilayah Jepun. Surat antara negara dalam bahasa Cina, catatan Alfonso dan keris lok 9 di Kuil Okinawa menjawab kewujudan Tuah.
Hikayat Hang Tuah dan sulatus Salatin dikarang setelah 200 tahun melaka menjadi jajahan pelbagai negara hingga menyebabkan orang Melayu sendiri membuat pelbagai andaian tentang Tuah. Jika China bangga dengan Laksamana cheng Ho yang beragama Islam dan Yunan bangga dengan Alexander sang penahluk melalui bukti dan penemuan, kenapa tidak Tuah dinobatkan secara rasmi sebagai tokoh maujud laksamana Melayu.
Mentera Cinta
MENTERA CINTA
hai keris cinta sempana iras
keris cinta sempana iras
ku tahu asal usulmu jadi
dari besi kersani
tujuh petala langit
tujuh Petala bumi
tujuh lautan
jadi mu daripada halilintar ketauhidan
yang membelah gunung ganang
hutan belantara
hai keris cinta sempana iras
keris dari besi kersani
keris luk tujuh belas
ditempa si bijak pandai
dititik saduran kalimah toyyibah
disepuh emas tulen syahadah
diasap dengan kemenyan gaharu
cendana maghfirah
berhulu gading arif budiman
diikat dengan cindai kesaktian taqwa
hai keris cinta sempana iras
ku seru
ku seru namamu
ku seru semangat mu
semangat para mualim
semangat para murabbi
semangat para mursyid
semangat para muadib
semangat para mudarris
semangat para cendekia, arif perkasa
hai keris cinta sempana iras
berikan pencerahan
kebijaksanaan, kepandaian
kepintaran dan kebestarian
kepada para santri
arjuna dan srikandi
duhai keris cinta sempana iras
kulihat para santriku kerunsingan
kegawatan dan kekalutan
aku bukan berjampi serapah
aku bermentera
berseru semangat mu
semangat keris cinta sempana iras
keris luk tujuh belas
asal dari besi kersani
pencipta
tujuh petala langit
tujuh petala bumi
aku berserukan kepandaian
kebijaksanaan dan kebitaraan
sedarkah kalian
kita asalnya dungu, tiada tahu
kosong …. Kosong …. Kosong ….
Hinggalah kita menemukan
cahaya, sinar
kepandaian, kebijaksanaan
yang dipusakai oleh si bijaksana di hadapan ini
kepandiran, kelesuan
kebejatan dan kegelapan
diganti cahaya sebagai pedoman
dengan semangat keris luk tujuh
keris cinta sempana iras
di sini ……
di bumi ini
di tanah ini
di persada ini
kami para cendekia
pemegang keris cinta sempana iras
membawa kalian para marga
para santri ke jalan sempurna
Genta Rasa
16 Mei 2016
Pantun Kitab
KITAB
Anak rusa melintas titi
jatuh tertiarap di Kota Bahru
kalau rasa kurang mengerti
buka kitab berpenditakan guru
Pokok lalang berdaun panjang
diikat susun jadikan atap
banyak orang pandai mengarang
hanya si alim pandai berkitab
Letak dupa di ruang tamu
harum baunya aroma setanggi
kitab apa ibunya ilmu?
kitab utama kalam Ilahi
Banyak atap antara atap
atap rumbia jadi teduhan
banyak kitab antara kitab
kitab ihya' jadi keutamaan.
Anak rusa melintas titi
jatuh tertiarap di Kota Bahru
kalau rasa kurang mengerti
buka kitab berpenditakan guru
Pokok lalang berdaun panjang
diikat susun jadikan atap
banyak orang pandai mengarang
hanya si alim pandai berkitab
Letak dupa di ruang tamu
harum baunya aroma setanggi
kitab apa ibunya ilmu?
kitab utama kalam Ilahi
Banyak atap antara atap
atap rumbia jadi teduhan
banyak kitab antara kitab
kitab ihya' jadi keutamaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PANDUAN ASAS PEMARKAHAN PANTUN
Maklumat boleh berubah-ubah dari masa ke masa mengikut kesesuain kertas konsep.
-
Dalam kehidupan Melayu, anjing dilihat sebagai haiwan yang menjengkelkan. Secara tradisionalnya, tidak ada Melayu yang memelihara anjin...
-
1.0 PENDAHULUAN Dari mana datangnya permata, Dari tanah digali-gali, Dari mana datangnya bahasa, Dari kata yang terbit ...
-
Oleh S.Samprizal B Selamat 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Dengan jumlah penutur yang seramai lebih 300 juta orang, bahasa...















