Selagi langit masih di langit
Bukankah kau bergelar manusia?
melata di bumi
bertebaran di kaki-kaki gunung
beranak pinak di hutan belantara
bergelimpangan di gigi-gigi laut
berserakan di permatang
subur di kota batu
Bukankah kau merasai pijarnya mentari
kala dhuha mengangkat naik
bukankah kau melihat batang tubuhmu
menjadi panjang dari yang asli kala gelincirnya suria
bukahkah kau mengkagumi
kala mega merah menyeluruhi buana barat
bukankah kau berselimutkan gelap
kala mentari hilang pada indera
Lalu kau mendongak
tiada terlihat olehmu apapun
kerana gelitanya gelap
kau hampir hilang pedoman
Lantas kau dongak lagi
dongakmu ke langit
ya ..... langit
di langit ada langit
selama langit masih di langit
selama itu kau ada pedoman
temukanlah pedoman langit
selagi langit masih di langit
sam rizal
spg pulai 121214
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ULASAN BUKU : JOSE RIZAL, MELAYU AGUNG
Tajuk : Jose Rizal; Melayu Agung Penulis : Carlos Quirino Penterjemah : Puspawati Rosman Penerbit: idbe Buku tulisan sejarawan ulung Fili...
-
1.0 PENDAHULUAN Dari mana datangnya permata, Dari tanah digali-gali, Dari mana datangnya bahasa, Dari kata yang terbit ...
-
Oleh : S.Samprizal B Selamat 1. PENGENALAN 1.1 Manusia sentiasa mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan. Proses p...
-
Oleh S.Samprizal B Selamat 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Dengan jumlah penutur yang seramai lebih 300 juta orang, bahasa...
No comments:
Post a Comment