Pertemuan Dua Laut.
Surah Ar-Rahman ayat 19 dan 20
مرج البحرين يلتقيان ؛ بينهما برزخ لا يبغيان ؛
“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.”
(QS. Ar-Rahman: 19-20)
Inilah video tersebut, yang memperlihatkan aliran dua lautan yang tidak pernah bercampur, seolah-olah ada sekatan atau dinding yang memisahkannya.
SubhanAllah.....
Maha Besar Allah Yang Maha Agung.
Ternyata air laut yang tidak bercampur itu benar-benar ada.
Ayat lain yang menceritakan fenomena yang sama terdapat pada Surah Al-Furqan ayat 53 yang berbunyi :
وهو الذي مرج البحرين هذا عذب فرات وهذا ملح أجاج وجعل بينهما برزخا وحجرا محجورا
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit ; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”
(QS. Al-Furqaan : 53)
Dua lautan yang tidak bercampur itu terletak di Selat Gibraltar, selat yang memisahkan benua Afrika dan Eropah, tepatnya antara negara Morocco dan Sepanyol.
Selat Gibraltar diambil daripada nama Tariq Bin Ziyad iaitu panglima yang berdakwah di Sepanyol hingga terbentuknya kerajaan Islam di Andalusia. Gibraltar ialah Jabal Tariq yang bermaksud bukit tempat armada Tariq mendarat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sites Bacaan Digital Edisi 06
https://sites.google.com/d/18U2yr6i-vDGsW_SusToDWgpUJBWZkBae/edit
-
Organisasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu 2015 Kepimpinan Sekolah
-
1.0 PENDAHULUAN Dari mana datangnya permata, Dari tanah digali-gali, Dari mana datangnya bahasa, Dari kata yang terbit ...
-
Teks Pidato Tajuk : KEPENTINGAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT. Assalamualaikum warahmatullahi wabara katuh, salam sejahtera, sala...
No comments:
Post a Comment