Wednesday, 16 September 2015

Pantun : Bakawali



Putih bersih si bakawali,
Kembang bunganya di kala malam;
Terima kasih tulus di hati,
Kepada guru insan budiman.

Bakawali kembang semalam,
Menjelang pagi bunganya layu;
Wangi namamu serata alam,
Kerana dibentuk seorang guru.

Bakawali banyak rahsia,
Hanya cendekia yang dapat tahu;
Ilmu segunung jangan nak bangga,
Itu hadiah dari gurumu.

Mari mengintai si bakawali,
Kembang mekar di larut malam;
Jangan umpama daun keladi,
Disimbah ilmu masih berdiam.



No comments:

Post a Comment

PANTUN MEMUGAR BITARA DIRI

  Memugar Bitara Diri Puspa kirana bintang aurora, Bikin pesona jiwa alusi; Dari mana datang bitara, Bitara direncana melalui visi. Padi men...