BERBALAS PANTUN HARI GURU
Pantun Untuk Dijual
Menanam tebu tepi telaga, makan
nasi ulam pegaga
Mengunyah tebu menuatkan gigi; sambil
menceduk gulai nangka
Kasihnya ibu sampai ke syurga, kasihnya
ibu sampai ke syurga
Kasihnya guru ke mana destinasi? Kasihnya
guru menghalang neraka
Membakar gaharu di dini hari, harum
semerbak bilik puteri
Harum semerbak bilik puteri; terasa
diri aman tenteram
Mengapa guru sanggup begini, apa
salahnya membakar diri
Menjadi lilin membakar diri? Jika
bersinar seluruh alam
Anak tamban dimakan tenggiri, kala
sepi menyanyikan lagu
Menahan lukah menjerat bubu; sambil
memetik gitar baharu
Antara bulan dan matahari, bulan
guru matahari cikgu
Mana satukan persisnya guru? Itu
tamsilan agungnya guru
Tetamu disambut sangatlah ramai, menangkap
cengkerik di atas titi
Untuk bertahlil malam kenduri; melompat
seekor di Pasar Tamu
Ilmu diterap nilai disemai, seandainya
murid kurang mengerti
Mengapa murid kurang mengerti? Didiklah
lagi janganlah semu
Sagu rumbia tiada rasa, tiada
berdahan buah melaka
Kelapa komeng tiada santannya; jangan
diletak di dalam cawan
Cikgu berbicara sopan dan berbahasa, zaman
‘it’ langit terbuka
Mengapa murid lain bawanya? Menyebabkan
murid hilang haluan
Seroja mekar di hujung bilik, arang
di dapur banyak yang patah
Kelopak patah serinya punah; mahu
memanggang daging rusa
Kerja sekolah dibawa balik, abang
di rumah sudah tak kisah
Tidak marahkah abang di rumah? Alah
bias tegal biasa
Giling kerisik bercampur bawang, guru
itu tiadalah jemu
Dibeli dari kedai mak nyonya; ilmu
dan amal menjadi satu
Asyik mendidik si anak orang, anak
orang diberi ilmu
Anak sendiri apa khabarnya? Anak
sendiri diberi restu
Nenek tapir jalan mengengkang, dalam
raga berisi mangga
Usia sudah tua dan bangka; asingkan
buah muda dan tua
Guru PJPK beraksi di padang, mena
tak mengah mendaki tangga
Mengapa mengah mendaki tangga? Selesai
PJ nasi lemak dua
Anak tenggiling anak singa, rumah
agam berbatu bata
Tenganga-nganga melihat pelangi; batanya
pula merah menyala
Jam di dinding angkanya tiga, macam
mana nak lelapkan mata
Kenapa cikgu tak tidur lagi? Rangkaian
internet asyik tergendala
Motivasi, kaunseling agenda utama, makan
emping parut kelapa
Mendidik murid berubah tingkah; jangan
gelojoh nanti mengkelan
E-operasi,e-filing, e-ponteng dan sispa, bukan sekadar pening kepala
Eh….. cikgu-cikgu tidak pening kah? Badan
demam nak cuti sebulan
Di Pantai Morib berpedati biru, pergi
musafir menumpang kapal
Sampah sarap berlonggok di tepi; kapal
bergerak berkibaran layar
Mengapakah murid jadi keliru, jika
sifir tidak dihafal
Disuruh darab tidak menjadi? Tentulah
darap menjadi sukar
Sepagi-pagi duduk di kantin, di
tengah sawah menuai padi
Bersantap roti dan juga kopi; diikat
segemal dengan tali
Guru penyayang, guru prihatin, bagaimana
disiplin mahu menjadi
Mengapa disiplin kurang menjadi? Jika
di rumah tidak dipeduli
Perakam waktu berkad kuning, sanding
bukan sebarang sanding
Terkejar-kejar takut terlewat; sanding
mempelai puteri kerabat
Setiap minggu kepala pening, pening
bukan sebarang pening
Pening yang benar atau dibuat? Pening
melihat murid melompat
Puspa kirana taman nan ceria, bunga
lavender tepi beranda
Bunga lavender berwarna ungu; harum
semerbak bau aroma
Duhai tuan hamba bertanya, cikgu
dan guru tiada berbeza
Apakah beza cikgu dan guru? Hanya
panggilan dan juga nama
Banyak kari perkara kari, banyak
sarbat perkara sarbat
Kari sardin dikerat-kerat; sarbat
madu manis sekali
Banyak hari perkara hari, hari
isnin terasa berat
Kenapa Isnin terasa berat? Sabtu
dan ahad tidak bercuti
Patung beruang berwarna putih, pakaikan
beruang baju yang putih
Ambil satu dipakaiikan baju; simpan
seekor dalam kelambu
Belum sehari Nampak dah letih, macam
manalah tidak letih
Apa ehwalnya duhai guruku? Anak
tangga sekolah hampir seribu
Berapa berat buah kuini, berciap-ciap
anak kelicap
Potong sebelah diperap-perap; ibunya
terbang mencari rezeki
Apa nak dibuat dengan murid ini, kerja
sekolah tidakkan siap
Kerja sekolah tak siap-siap? Jika
ibu bapa tak ambil peduli
Patah sekah pohon sagu, pohon
sagu ditiup bayu
Sagu rumbia tumbang di kolah; disaksikan
oleh pengantin baharu
Apakah rasa hatimu cikgu, sungguh
sedih pilu dan sayu
Ibu bapa datang mencari salah? Kiranya
ibu bapa mencari seteru
No comments:
Post a Comment