Thursday, 16 February 2017
Risensi buku : Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki
Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki.
Harga : Ringgit Malaysia 35.00
Penulis : Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail
M.s : 367
Terbitan Karya Bestari
Sebuah travelog sejarah yang melungsuri perjalanan dan keberadaan Kerajaan Melayu dan Patani dengan Empayar ulung Uthmaniah. Ternyata banyak fakta benar disembunyikan oleh penulisan sejarah khususnya oleh penulis orientalis yang sememangnya mempunyai matlamat orientalisme.
Bagaimana hubungan antara rantau Melayu dan Turki menjadi begitu intim? Bukan sekadar hubungan diplomatik tetapi hubungan iman, aqidah, jihad dan persaudaraan. Nampaknya hubungan historis sejak zaman bahari tidak lenyap begitu sahaja. Antara Turki dan alam Melayu ada aura tersendiri yang kini dilihat intim semula.
Dalam sejarah, akan terdapat dua golongan yang melatari perjuangan. Satu disebut golongan kanan dan satu disebut golongan kiri. Siapa kanan dan siapa kiri? Sudah tentu yang kanan adalah mereka yang menyetujui penjajah dan kiri pula mereka yang berlawanan dengan dasar penjajahan.
Dalam perjuangan menentang British, Sheikh Ahmad Al Fatani yang mewakili Turki bersepakat dengan Jepun untuk menghalau British. Usaha ini diteruskan oleh Raja Hitam, Ishak HJ Muhammad, Ahmad Boestamam dan Ibrahim Yaacob. Hasilnya, mereka dicap sebagai penentang yang berhaluan kiri. Itulah gaya penulisan sejarah yang terpakai hingga kini.
Sejarah rasmi tidak semestinya benar, sejarah benar tidak semestinya rasmi. Walaupun negara hanya menerima sejarah rasmi, namun sejarah boleh diteroka semula.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sites Bacaan Digital Edisi 06
https://sites.google.com/d/18U2yr6i-vDGsW_SusToDWgpUJBWZkBae/edit
-
Organisasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu 2015 Kepimpinan Sekolah
-
1.0 PENDAHULUAN Dari mana datangnya permata, Dari tanah digali-gali, Dari mana datangnya bahasa, Dari kata yang terbit ...
-
Teks Pidato Tajuk : KEPENTINGAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT. Assalamualaikum warahmatullahi wabara katuh, salam sejahtera, sala...
No comments:
Post a Comment