Monday, 6 March 2017
Cempaka Sari; Sejarah Kesultanan Negeri Perak
Cempaka Sari; Sejarah Kesultanan Negeri Perak.
Terbitan : Geroda Emas
Penulis : M A Fawzi Basri
Halaman : 269
Sejarah Perak mempunyai pelbagai versi, sama seperti sejarah-sejarah penubuhan mana-mana tempat dalam dunia ini. Lisan merupakan antara sumber utama penceritaan dalam sejarah di samping catatan-catatan yang dibuat oleh para pengembara terutama pengembara China dan Arab.
Sebelum kewujudan negeri Perak, telah tertubuh negeri-negeri Melayu lama seperti Gangga Negara, Bruas, Dinding dan Cempaka Sari. Negeri-negeri ini mempunya sejarah tersendiri.
Antara yang disebut dalam buku ini, Penubuhan Gangga Negara oleh Raja Ganji Sajuna dari Kedah Tua, Pembukaan Perak melalui anak panah perak oleh anakanda Merong Mahawangsa dan Cempaka Sari di Tepi Sungai Kinta. Juga kedatangan leluhur kesultanan Melaka iaitu Sultan Muzafar di Beting Beras Basah.
Apa pun Perak memang telah wujud sangat lama dengan pembuktian Perak man di Lenggong. 269 muka surat perlu ditelusuri di samping bacaan silang lain seperti Misa Melayu.
Selilit Tanah Minangabau
Selengkung Pulau Perca
Dilingkungi ular sakti muna
Sebenarnya aku menjadi raja
Jauhkan aku segera mala petaka
Perpisahan aku Selat Melaka
Kata-kata Raja Muzafar ketika mendarat di Beting Beras Basah sebelum dilantik sebagai Sultan Perak.
Banyak perkara tentang politik, sosio budaya, ekonomi, peperangan perjawatan dan adat istiadat Perak dikemukakan dalam buku ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sites Bacaan Digital Edisi 06
https://sites.google.com/d/18U2yr6i-vDGsW_SusToDWgpUJBWZkBae/edit
-
Organisasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu 2015 Kepimpinan Sekolah
-
1.0 PENDAHULUAN Dari mana datangnya permata, Dari tanah digali-gali, Dari mana datangnya bahasa, Dari kata yang terbit ...
-
Teks Pidato Tajuk : KEPENTINGAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT. Assalamualaikum warahmatullahi wabara katuh, salam sejahtera, sala...
No comments:
Post a Comment