Wednesday, 11 February 2015

Peta Pemikiran; Peta Pelbagai Alir.

Peta Pemikiran; Peta Pelbagai Alir.

Nampaknya murid begitu teruja menggunakan pendekatan peta dalam sesi pembelajaran mereka. Setelah diberikan pendedahan ringkas cara-cara menggunakan Power Point, murid semakin cekap menggunakan aplikasi ini.

kali ini mereka menggunakan Power Point untuk menyediakan peta pelbagai alir. Tajuk yang diberikan ialah punca dan langkah mengatasi;
1. Kesesakan jalan raya
2. Kepadatan penduduk di bandar

Pembentangan tidak sempat dilakukan hari ini. Ditangguh pada hari lain.











PETA PEMIKIRAN I-THINK

PETA PEMIKIRAN I-THINK









Thursday, 5 February 2015

Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan TMK

Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan TMK

Murid-murid 6 Seroja diberi peluang menggunakan elemen TMK dalam sesi pembelajaran bahasa Melayu dengan menggunakan laman sesawang. Aktiviti yang dilakukan ialah.

1. Melayari beberapa laman sesewang seperti blogspot dan Berita Harian Online.
2. Memuat turun grafik daripada blogsopt
3. Menyediakan jadual grafik melalui hamparan powerpoint
4. Membaca berita daripada laman sesawang BH Online
5. Mencatat isi penting dalam grafik
6. Membuat pembentangan.

Pautan laman sesawang

http://www.bhpendidikan.com.my/newspage/apc-bh-penyuntik-semangat

Contoh tugasan yang telah siap






GRAFIK MAKLUMAT BAHAN BACAAN

GRAFIK MAKLUMAT BAHAN BACAAN
TAJUK

TARIKH

MASA

TEMPAT

SUMBER

PENGARANG

ISI-ISI PENTING





NILAI MURNI






DISEDIAKAN OLEH






Wednesday, 4 February 2015

Organisasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu 2015

Organisasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu 2015
Kepimpinan Sekolah


Pembelajaran berbantukan komputer .

Pembelajaran berbantukan komputer .

Sekali-sekala bawa murid mengunjungi makmal komputer untuk berjinak-jinka dengan dunia maya. Beri mereka peluang belajar dengan menggunakan internet. Internet tidak hanya untuk bersosial atau untuk bermain-main. Gaya fikir mereka perlu diasuh. 

Hari ini mencari menulis karangan tentang Faedah Bersukan. 6 Bakawali berkendiri.






KARANGAN MODEL 1
Soalan  : Tulis sebuah karangan tentang faedah bersukan.

Bersukan merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan pada waktu-waktu tertentu. Bersukan banyak manfaatnya kepada manusia.

        Antara faedah bersukan ialah dapat menguatkan otot. Sekiranya seseorang itu sering melakukan senaman, otot-otot pada tubuh badannya akan menjadi kuat. Kekuatan otot akan meningkatkan keupayaan fizikal seseorang dan menjadikannya lebih cergas.

        Selain itu masa yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Daripada membiarkan masa yang tersisa berlalu begitu sahaja, lebih baik dimanfaatkan dengan bersukan. Sama ada bersukan secara individu seperti berjoging, dan berbasikal atau bersukan secara kumpulan seperti bermain bola sepak, sepak takraw dan bola jaring.

        Melalui kegiatan sukan, kita juga boleh menambah kenalan dan mengeratkan tali persahabatan. Perlawanan yang dianjurkan dalam satu-satu perlawanan akan memperkenalkan kita kepada rakan baharu. Di samping bersaing untuk meraih kemenangan, tali persahabatan dan semangat kesukanan dapat diwujudkan.

        Murid-murid yang aktif dalam bidang sukan biasanya akan memperolehi sijil dan pengiktirafan. Sijil dan pengiktirafan ini sangat berguna terutama bagi murid yang mahu melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh. Semakin tinggi tahap penglibatan dalam bidang sukan, semakin cerahlan peluang untuk ke sekolah berasrama.


        Jelaslah bahawa sukan sangat berfaedah kepada murid-murid. Manfaatkanlah masa dengan memilih aktiviti riadah yang sesuai.

PANDUAN ASAS PEMARKAHAN PANTUN

Maklumat boleh berubah-ubah dari masa ke masa mengikut kesesuain kertas konsep.