Saturday, 11 May 2019

Resensi Buku : Hamzah Fansuri: Penyair Sufi



Hamzah Fansuri,  sosok terkenal Alam Melayu zaman bahari.  Nama besar dalam kerajaan Acheh Darussalam.  Seorang ulama dan juga penyair yang tajam mata penanya.  Antara syair yang menjadi topik dalam perbincangan ahli sastera dan ahli agama khususnya tasawuf ialah Syair Perahu dan Syair Burung Pungguk.

Untuk memahami makna tersurat dan tersirat,  disiplin ilmu sastera dan tasawuf perlu diseiring dengan saksama dan bijaksana.

Bila dan di mana tempat lahir Hamzah Fansuri, belum diketahui dengan pasti. Ada yang mengatakan di Samura/Pasai dan ada pula yang mengatakan di Singkel. Dalam serangkum sajaknya, Hamzah menjelaskan tentang asal-usulnya :

Hamzah ini asalnya Fansuri,
Mendapat wujud di tanah Syahr Nawi,
Beroleh khilafat ilmu yang 'ali,
Daripada Abdulqadir Saiyid Jailani.

Dalam sajak tersebut, beliau menerangkan bahwa nenek-moyangnya ialah Syekh Al Fansuri, juga Hamzah menjelaskan
bahwa beliau adalah pengikut Tharikat Abdulqadir Jailani, seorang Ulama Tasauwuf terkenal.

Dalam sajak yang lain, dijelaskan bahwa beliau hidup pada masa Kerajaan Aceh Darussalam di bawah pemerintahan Sulthan Alaiddin Riayat Syah IV Saiyidil Mukammil (997 — 1011 H bersamaan 1589-160 4 M.) :

Hamba mengikat syair ini,
Dibawah hadlarat raja wali.
Syah Alam raja yang adil,
Raja kutub sempurna kamil,
Wali Allah sempurna wasil,
Raja arif lagi Mukammil.

Berikut adalah sesikit catatan daripada Syed Naquib Al Attas tentang Hamzah Fansuri

Sepanjang yang saya ketahui, ada lima buah Karya Tulis dari Syekh Hamzah Fansuri, dan yang tidak saya ketahui kemungkinan besar lebih dari sepuluh.

Kelima Karya Tulisnya yang saya ketahui, yaitu :
1. Asraarul Arifiin Fi Bayani Ilmis Suluk wat-Tauhid, yang membahas masalah-masalah ilmu tauhid dan ilmu thariqat. Dalam kitab ini tersimpan ajaran-ajaran beliau.
2. Syaraabul Asyiqin, yang membicarakan masalah-masalah thariqat, syariat, haqiqat dan makrifat.
3. Al Muntahi, yang membicarakan masalah-masalah tasauwuf.
4. Ruba'iyat Hamzah Fansuri, syair sufi yang penuh butir-butir filsafat.
5. Syair Burung Unggas, juga sajak sufi yang dalam maksudnya.

Pada akhir pemerintahan Sulthan Iskandar Muda Meukuta Alam (wafat 29 Rajab 1046 H. = 27 Desember 1636 M.), Syekh
Hamzah Fansuri meninggal dunia di Wilayah Singkel, dekat kota kecil Rundeng. Beliau dimakamkan di Kampung Oboh Simpang Kiri Rundeng di Hulu Sungai Singkel. Saya telah dua kali ziarah
ke sana. Makamnya sangat dimuliakan.. Sayed Naquib Al Attas - 1984

Menurut Hamzah Fansuri, bahwa manusia yang telah menjadi "Insan Kamil" tidak ada lagi pembatas antara dia dan Mahbubnya, karena Insan Kamil telah menfanakan dirinya ke dalam diri Kekasih yang dirindukannya.

Beberapa rangkap Syair Burung Unggas

Unggas itu yang amat burhana,
Daimnya nantiasa di dalam astana,
Tempatnya bermain di Bukit TursinĂ ,
Majnun dan Laila adalah di sana.

Unggas itu bukannya nuri,
Berbunyi ia syadda kala hari,
Bermain tamasya pada segala negeri,
Demikianlah murad insan sirri.

Unggas itu bukannya balam,
Nantiasa berbunyi siang dan malam,
Tempatnya bermain pada segala alam,
Di sanalah tamasya melihat ragam.

Unggas itu terlalu indah,
Olehnya banyak ragam dan ulah,
Tempatnya bermain di dalam Ka'bah,
Pada Bukit Arafah kesudahan musyahadah

Buku pdf boleh dimuat turun melalui pautan https://drive.google.com/file/d/12IghxTuDr28U8GHpDIAfQwIO5JQGI6LP/view?usp=drivesdk

kredit pdfdrive.com

Wednesday, 17 April 2019

Pembudayaan Bacaan Digital 2019

Kempen membaca dalam kalangan murid dan seluruh warga sekolah memang menjadi agenda tahunan dalam usaha memupuk budaya membaca.  Kali ini satu pendekatan baharu diambil dengan hasrat yang sama iaitu memupuk budaya membaca dan menjadikan membaca amalan harian.
Sayed Munawar,  CEO Perbadanan Kota Buku merasmikan program secara digital,  sidang video dari Kuala Lumpur


Program Pembudayaan Membaca Digital bertemakan Memperkasa Bahasa Melalui ICT telah dilancar dengan jayanya.  Pelancaran oleh YDP PIBG dan perasmian secara digital melalui sidang video merupakan pengalaman pertama kali dan percubaan ini tentunya satu inovasi baharu dalam usaha memupuk budaya membaca.

Pelancaran secara digital

Terima kasih kepada Perbadanan Kota Buku yang memberi banyak peluang kepada kami.  Khususnya CEOnya Tuan Sayed Munawar yang telah sudi bersiaran secara digital lebih kurang 8 minit.

Mengapa digital?  Soalan yang mudah.  Perangkat elektronik menjadi satu perkakasan wajib bagi manusia moden.  Bagaimana perangkat ini digunakan bergantung kepada manusia.  Dalam perangkat elektronik terkandung seribu satu noda dan terkandung juga jutaan manfaat.

Nah.  Ambil manfaatnya,  nescaya sangat bermakna.  Kali ini kempen membaca diperluas daripada membaca bahan maujud kepada membaca bahan digital. 

Bagaimana kesedaran dan kempen ini dibuktikan berkesan?  Sangat mudah.  Di. peringkat sekolah kami menggunakan dua penanda. 

Pertama.  Buku catatan NILAM.  Dalam buku catatan nilam murid wajib mencatat dua sumber iaitu sumber buku maujud dan sumber bacaan digital.

Kedua.  Site Frog VLE.  Pelbagai aktiviti interaktif bernuansa ilmu dan baca dipautkan dalam site ini.

Setiap aktiviti dicatat dan dipantau.

Keberkesanannya?  Terserah kepada individu itu sendiri.  Guru memain peranan menyediakan ruang, ibu bapa berperanan memberi peluang dan diri sendiri mengambil kesempatan.

Pokoknya,  tepuk dada tanya selera.

Banyak orang suka menyangka
sikit orang suka bezikir
banyak orang suka membaca
sikit orang mahu berfikir

Ahli jawatankuasa kerja 


persembahan lagu NILAM dan FRIG VLE

Pelancaran oleh YDP PIBG En Zulkefli B Osman

Ucapan guru besar Pn Suryati Hj Othman



#malaysiamembaca
#bacaandigital
#anugerahnilam

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Kelompok 10 2019

Tahniah kepada semua peserta,  jurulatih,  guru pengiring dan pengelola Kelompok 10 yang berhempas pulas melaksanakan Karnival ini.  Wah hebat belaka para peserta.  Skrip yang mantap,  olahan bahasa gramatis dan yang penting peserta boleh mengapresiasikannya dengan penuh penghayatan dan makna.

Bercerita nampak macam mudah. Betulkah mudah.  Tidak seperti yang disangka.  Permainan intonasi suara,  mimik muka,  pergerakan tangan dan badan sangat penting dalam membina suasana dan aura.
Hakim bercerita tahap 2


hakim bercerita tahap 2

Pentas pertandingan yang comel

para peserta berdebar menunggu giliran



Aksi seorang peserta dari sjk(c)







Santai bersama PT,  Hakim,  Jurulatih dan guru pengiring

Tahniah kepada Syazana Uzma dan Aina


Sekadar panduan ringkas untuk penyertaan pertandingan bercerita sekokah rendah.

1. Baca betul-betul dan fahami kertas konsep yang telah dibekalkan.  Ada penyertaan yang syok sendiri, hebat tetapi tidak dinilai.

2. Kesilapan persembahan murid SJK terpengaruh dengan gaya Teater Solo dan murid SK terpengaruh dengan gaya Bercerita Agama.

3. Terapkan nilai murni secara terang dan tersirat.

4. Gambar bahagian spontan hanya sebagai perangsang untuk peserta.  Olah berdasarkan tema.

5. Mulakan dengan susila dan sapaan mesra.

6. Sudahi dengan sapaan bersusila.

Tahniah. Jumpa lagi di peringkat daerah.

Saturday, 15 December 2018

RESENSI BUKU : ZOMBI BENAR-BENAR WUJUD?

Zombie Benar-Benar Wujud?
Penulis - MN Iman Ramli

Tular di media sosial Zumbi Dos Palmeras di Brazil merupakan seorang pejuang beragama Islam.  Beliau diburu oleh penjajah Portugis kerana menentang penjajahan di Brazil.  Berketurunan pahlawan Imbangala dari Angola Afrika. 

Di Brazil terdapat sebuah kerajaan Zumba yang diasaskan oleh Ganga Zumba pada abad ke 17. Kerajaan yang dinamakan Quilombos dos Palmeras. Di sinilah Zumbi berjuang dan Zumbi diangkat sebagai tokoh pejuang di Brazil. Apakah beliau beragama Islam? 

Benarkah zombie wujud?  Persoalan yang dijawab secara fakta dengan bukti catatan dan ilmiah.  Siapa zombie?  Zombie memang wujud.

Haiti merupakan tempat yang menyaksikan kewujudan zombie.  Manusia yang separa mati,  dikuburkan lalu dipuja secara sihir dan penggunaan bahan beracun oleh pawang dalam amalan Vodoo menghasilkan manusia zombie.  Catatan dan bukti tentangnya dibuat oleh penyiasat.

Lalu diterbitkan filem demi filem tentang zombie hingga zombiesme menjadi tular dan momokan baharu. Kini penggunaan dadah,  bahan kimia dan sedatif boleh menghasilkan zombie dalam masyarakat. Penulis juga menelusur tentang dunia kematian,  bau kematian yang sangat ditakuti.  Amalan penyimpanan mayat serta cara mayat disempurnakan mengikut adat turut diulas.

Kisah hantu Cina yang melompat-lompat juga dicatatkan,  bagaimana pawang Cina membawa barisan mayat untuk disemadikan di kampung halaman sebagai penghormatan terakhir untuk si mati dan cerita hantu melompat pun timbul.

Lebih mengejutkan,  ada institusi yang mengkaji tentang zombi di Universiti of Glasgow. Apa tujuannya?

Al Ma'thurat


AL MA'THURAT

Kem Revolusi Anak Muda 3.0

Bertemakan Membina Generasi al Fateh,  Kelab Belia Al Fateh,  Masjid Muhammad Al Fateh,  Taman Jadi Ipoh menganjurkan kem revolusi anak muda untuk kali ketiga.

Wah.. .  Hebat dan mengujakan.  Diberi peluang mengendalikan program pengucapan umum kepada 30 peserta yang berusia antara 15 ke 19 tahun.

Mantap anak muda.  Di saat orang lain menghabiskan cuti sekolah di hadapan perangkat elektronik, kalian berada di sini.  Sungguh bangga sekali.

Fasilitator, urusetia dan komandannya juga dalam kalangan anak muda.  KPIP menerajui pengesisiannya.  3 harin2 malam di Kem Murni,  Gopeng dengan pelbagai aktiviti tentunya sangat membahagiakan.





Thursday, 13 December 2018

Atlantis - Lemuria - Sundaland

ATLANTIS - BENUA YANG HILANG.....

Plato memulakan bicara tentang Atlantis,  dicatat dalam sebuah dokumen dalam bentuk perbualan pada tahun 360sm.  Sejak dari itu,  Atlantis bukan sekadar cerita dongeng atau hikayat.  Atlantis menjadi sebuah subjek yang dikaji secara serius. 

Menurut Plato,  Atlantis adalah negara yg sangat bertamadun,  makmur, kaya,  subur,  berteknologi tinggi hingga penghuninya disebut sebagai dewa.  Benua ini tenggelam oleh bencana.

Atlantis....
Lemuria....
Sundaland..... 

Plotemy,  pengkaji bumi Yunani dalam bukunya Geographia mengistilahkan Semenanjung Tanah Melayu sebagai 'Aurea Chersonesus' atau dalam bahasa Sanskrit disebut Suvarnadvipa yang bermaksud SEMENANJUNG EMAS. Jawa pula disebut Labadius atau dalam bahasa Sanskrit disebut 'yavadvipa' yang bermaksud PULAU EMAS.

Kepulauan Melayu disebut sebagai BENUA SUNDA.  Benua Sunda sudah wujud sejak sebelum masihi dan dikatakan lebih awal daripada Mesir Purba.

Merujuk kepada catatan China dan Arab yang mengunjungi negara-negara melayu purba seperti Champa,  Sriwijaya, Kedah Tua dan lain-lain,  dinyatakan bahawa kota kerajaan ini dihiasi dengan emas,  malah hamba sahaya turut dipakaikan emas sebagai lambang ketinggian status mereka.

Kajian demi kajian. Hinggalah kepada penemuan arkeologi dan mt dna yang menghujahkan Sundaland ialah Atlantis yang hilang.

Apa pun hujahnya...  Tak terlawan dengan pembikinan filem barat.  Aquaman..... Aku sudah tonton dan sangat mengujakan.  Terbungkam seketika teori Sundaland.

Kartun Aquaman,  memang tak terlepaa cerita ni masa kukecil dulu.

Atpantis terbitan Walt Disney.

Aquaman 2018 yang sangat mengujakan.

Plato memulakan tentang Atlantis.

Sundaland.

PANDUAN ASAS PEMARKAHAN PANTUN

Maklumat boleh berubah-ubah dari masa ke masa mengikut kesesuain kertas konsep.