Wednesday, 4 February 2015

Organisasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu 2015

Organisasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu 2015
Kepimpinan Sekolah


Pembelajaran berbantukan komputer .

Pembelajaran berbantukan komputer .

Sekali-sekala bawa murid mengunjungi makmal komputer untuk berjinak-jinka dengan dunia maya. Beri mereka peluang belajar dengan menggunakan internet. Internet tidak hanya untuk bersosial atau untuk bermain-main. Gaya fikir mereka perlu diasuh. 

Hari ini mencari menulis karangan tentang Faedah Bersukan. 6 Bakawali berkendiri.






KARANGAN MODEL 1
Soalan  : Tulis sebuah karangan tentang faedah bersukan.

Bersukan merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan pada waktu-waktu tertentu. Bersukan banyak manfaatnya kepada manusia.

        Antara faedah bersukan ialah dapat menguatkan otot. Sekiranya seseorang itu sering melakukan senaman, otot-otot pada tubuh badannya akan menjadi kuat. Kekuatan otot akan meningkatkan keupayaan fizikal seseorang dan menjadikannya lebih cergas.

        Selain itu masa yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Daripada membiarkan masa yang tersisa berlalu begitu sahaja, lebih baik dimanfaatkan dengan bersukan. Sama ada bersukan secara individu seperti berjoging, dan berbasikal atau bersukan secara kumpulan seperti bermain bola sepak, sepak takraw dan bola jaring.

        Melalui kegiatan sukan, kita juga boleh menambah kenalan dan mengeratkan tali persahabatan. Perlawanan yang dianjurkan dalam satu-satu perlawanan akan memperkenalkan kita kepada rakan baharu. Di samping bersaing untuk meraih kemenangan, tali persahabatan dan semangat kesukanan dapat diwujudkan.

        Murid-murid yang aktif dalam bidang sukan biasanya akan memperolehi sijil dan pengiktirafan. Sijil dan pengiktirafan ini sangat berguna terutama bagi murid yang mahu melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh. Semakin tinggi tahap penglibatan dalam bidang sukan, semakin cerahlan peluang untuk ke sekolah berasrama.


        Jelaslah bahawa sukan sangat berfaedah kepada murid-murid. Manfaatkanlah masa dengan memilih aktiviti riadah yang sesuai.

Wednesday, 28 January 2015

PELESTARIAN ALTRUISM

Altruism atau altruisme atau altruistik diambil dari kata autrui dari bahasa Perancis yang membawa maksud orang lain. Diasaskan oleh Auguste Komte pengasas aliran Positivisme Perancis. Beliau berpendapat bahawa manusia dilahirkan berdasarkan orang terdahulu, perwaris akan datang dan  manusia semasa. Justeru manusia itu perlu saling berkhidmat antara satu sama lain. Rumusan yang sahih untuk kesusilaan manusia ialah memberikan kebenaran langsung secara eksklusif kepada naluri sifat suka membuat kebaikan dan memberikan kebahagiaan.  

Ustaz Hasrizal Jamil yang terkenal dengan buku 'Bercinta Sampai Syurga' ada menyatakan erti hidup pada memberi, dalam lughah Arab disebut Al-Itsar.  Itulah makna cinta yang menuntut altruism.

Dari sudut bahasa, altruism bermaksud suka mengutamakan kebahagiaan orang lain mengatasi diri sendiri, sangat suka melihat orang lain bahagia. Mungkin kebanyakan orang yang hidup dalam zaman moden yang penuh dengan kepentingan  individualistik, hedonistik dan materialistik yang mementingkan diri sendiri mengatakan pendapat seperti ini sudah usang. Kita hidup dalam zaman mencabar, aku dengan caraku. Tidak ada kena mengena dengan kamu. Falsafahnya sangat mudah. Mati nanti kubur masing-masing.

Maka, pendapat seperti inilah yangmenyumbang kepada keruntuhan sistem kekeluargaan. Menjadikan anak-anak bahan uji kaji yang tidak pernah berjaya. Menaburkan wang ringgit dan keperluan material tanpa menyumbangkan altruisme sejati kepada mereka. Anak-anak di rumah bebas menentukan jalan sendiri dalam mencapai matlamat hidup. Ibu bapa juga menentukan jalan sendiri dalam menentukan tercapainya objektif kerjaya. Nilai mementingkan diri menjadi amalan hingga membunuh rasa cinta dalam kalangan masyarakat.

Dalam kelas, guru tidak lagi memebawa watak pendidik. Mereka hanya bergelar pengajar. (beza antara didik dan ajar boleh dirujuk melalui buku Prof Dr Sidek Baba : Pendidikan Rabbani). Istilah guru ibarat lilin hanya menjadi omong biasa dan dinyanyikan sebagai hiburan semata-mata. Pengajaran sekadar mengajar, tiada lagi mendidik. Watak murabbi, mualim dan muadib sudah tidak tersirna. Kepincangan sistem pendidikan di rumah dan sekolah yang mengketepikan altruism ini menymbangkan kepada pelbagai kebejatan dalam masyarakat.

Proses mendidik anak-anak dan anak didik menuntut kepada pelestarian altruism. Cinta, kasih dan sayang ibu bapa terhadap anak-anak bukan hanya memberikan mereka wang ringgit dan kemewahan sahaja. Sebaliknya menuntut kepada pemurnian kasih dan sayang. Meluangkan masa berbual, bermain, berinteraksi, bersenda-gurau, menyemak kerja sekolah, malah sesekali melewati sekolah berjumpa guru bagi berbual mesra mendapatkan maklumat terkini anak-anak. Melihat kelibat ayah bonda di sekolah berbicara dengan guru-guru tentu menyuntik semangat kepada anak-anak.

Sebaliknya,  apa yang berlaku kini, tugas dan tanggungjawab mendidik anak diserah seratus peratus kepada guru. Tugas menjaga anak pula dipertanggungjawab terus kepada bibik atau pembantu rumah. Bagi yang tiada pembantu, terpulanglah kepada anak-anak itu untuk menentukan bagaimana mereka menggunakan masa terluang. Kerja sekolah siap atau tidak tidak menjadi hal. Yang penting ‘kamu’ ke sekolah tatkala ayah dan ibu keluar bekerja dan bila ibu dan ayah pulang ‘kamu’ ada di rumah.

Namun, sedarkah kita bahawa anak-anak sentiasa mendambakan dakapan kasih dan sayang daripada kedua ayah dan ibu. Perhatian, bertanyakan khabar, bersama menyiapkan tugasan sekolah yang diberi guru dan berbincang tentang pelajaran yang tidak difahami. Pastilah, kita akan menjawab bahawa masa yang ada tidak memadai, kesibukan di tempat kerja mencari nafkah, kepenatan menjalankan kerja tambahan lebih masa menjerut waktu.

Pelestarian atruism dalam mendidik anak-anak harus menjadi agenda utama dan diperkasa. Melaksanakan altruism kepada anak boleh dimulakan dengan bertanya khabar tentang ujian dan peperiksaan. Mula kan dengan memberikan masa membantu mereka memahami pelajaran, memberikan motivasi agar terus ke agenda kecemerlangan, memberikan habuan sebagai tanda penghargaan, membantu menyelesaikan masalah tugasan yang guru berikan dari situ, beransur-ansur menyuntik kasih dan sayang. Anak-anak tidak akan berasa janggal dengan perubahan yang dilakukan oleh ayah dan ibu. Akhirnya amalan ini akan menjadi kebiasaan. Anak-anak akan sentiasa berasa diri mereka dihargai.

Cerita tentang pengorbanan ibu Si Tanggang adalah contoh klasik pengamalan altruism. Tidak kisah dipandang jijik asalkan Si Tanggang mendapat yang terbaik.

Friday, 12 December 2014

Selagi Langit Masih di Langit

Selagi langit masih di langit

Bukankah kau bergelar manusia?
melata di bumi
bertebaran di kaki-kaki gunung
beranak pinak di hutan belantara
bergelimpangan di gigi-gigi laut
berserakan di permatang
subur di kota batu

Bukankah kau merasai pijarnya mentari
kala dhuha mengangkat naik
bukankah kau melihat batang tubuhmu
menjadi panjang dari yang asli kala gelincirnya suria
bukahkah kau mengkagumi
kala mega merah menyeluruhi buana barat
bukankah kau berselimutkan gelap
kala mentari hilang pada indera

Lalu kau mendongak
tiada terlihat olehmu apapun
kerana gelitanya gelap
kau hampir hilang pedoman

Lantas kau dongak lagi
dongakmu ke langit
ya ..... langit
di langit ada langit
selama langit masih di langit
selama itu kau ada pedoman
temukanlah pedoman langit
selagi langit masih di langit

sam rizal
spg pulai 121214

Pantun Cempaka


Mari menyiram bunga cempaka,

air menitis terus ke bumi;
berwajah cendayam cantiknya rupa,
berhati nan tulus elokkan budi.

Jangan digentas bunga cempaka,
nanti hilang seri di taman;
janganlah culas kala bekerja,
akanlah hilang seri budiman.

Jika mahu menanam puspa,
tanamlah sebatang puspa cempaka;
jika mahu elokkan rupa,
sopan berkata senyum di muka.

Bunga cempaka kuning berseri,
untuk hiasan tengkolok dan tanjak;
jika tidak tahu menari,
jangan salahkan papan dipijak.

Thursday, 4 December 2014

DAMPINGI BOS 2

Macam mana dengan BOS anda, atau macam mana hubungan anda dengan BOS? Baik? Dingin? Berapi? Apa-apalah. Itu semua terpulang kepada anda. Ingat, BOS tetap BOS walau siapa pun dia. Sudah dapat mengambil hati BOS? Jika belum, usaha lagi. Ingat ambil hati BOS bukan untuk menunjuk-nunjuk atau mengada-ngada, tetapi untuk mewujudkansuasana nyaman tempat kerja.

Sebagai kaki tangan yang profesional sudah tentu kita mahu menjadi 'rakan' yang baik kepada BOS kita. Tentu rasagembira sekiranya buah fikiran, pandangan, usaha atau apa jua komitmen untuk membawa organisasi ke arahkecemerlangan diberi perhatian dan disokong oleh BOS. Bila BOS rasa gembira, sudah tentu suasana tempat kerja akanaman damai sejahtera. Apa kata kita mencuba pula beberapa tips untuk meraih kepercayaan dan perhatian BOS. Ingatbukan nak bodek atau mengipas. Tidak lain daripada mewujudkan suasana nyaman di tempat kerja.
1. Beri pendapat anda tentang projek, program pembangunan dan kecemerlangan organisasi. Tapi jangan main cakapkosong sahaja. Hendaklah dikemukan dengan proposal atau kertas kerja. Paling tidak sediakan blue print atau lakarankasar. Nyatakan pandangan anda secara profesional tentang projek yang mahu dilaksanakan. Berikan gambaran kasar. 
2. Jangan desak BOS untuk menyetujui cadangan anda. Sebaliknya berikan hujah yang meyakinkan. Sediakan jalanpenyelesaian bagi permasalah yang ditimbulkan. Yang penting ialah anda mesti mampu menyediakan alternatif spontanyang munasabah.
3. Sekiranya anda diberi peluang mengedalikan sesuatu projek. Sama ada projek itu merupakan hasil cadangan andaatau tidak, lakukanlah dengan sebaiknya. jika projek itu hasil cadangan anda, buktikan bahawa anda memang bolehdiharap. jika projek itu bukan cadangan anda, selami falsafahnya, buat sehabis baik. Lakukan tugasan itu mengikut masayang ditetapkan. Pamerkan disiplin yang baik. Jika gagal, berhadapanlah dengan BOS sebelum masa penamat.Nyatakan permasalahan secara profesional. Elakkan memberi alasan peribadi.

4. Utamakan kepentingan BOS berbanding kepentingan atau keutamaan peribadi. Sekiranya anda sedang berbual samaada melalui tetefon atau dengan rakan, tiba-tiba disapa oleh BOS, maka tamatkan perbualan anda dengan segeradengan memberitahu terlebih dahulu kepada rakan anda tentang kepentingan berurusan dengan BOS. Sebaik sahajaurusan dengan BOS selesai, hubungi semula rakan tadi untuk menunjukkan bahawa anda memang mempunyai urusanpenting.

5. Jaga penampilan diri. Tampillah dengan gaya yang benar-benar dikagumi. Cara percakapan anda hendaklahmenampakkan keyakinan. Pakaian sesuai dengan profesion anda. jika anda seorang Guru Pendidikan Jasmani,pakaialah kemeja t berkolar, seluar track gelap, baju dikemaskan dalam seluar, berstoking dan berkasut sukan.Gantungkan wisel pada leher menampakkan bahawa anda memang seorang jurulatih jasmani yang konsisten. Begitulahseterusnya megikut profesion.

6. Tampilkan wajah yang tenang, sentiasa stabil dan tidak mudah terusik bila berhadapan dengan situasi yang rumit.Lebih-lebih lagi bila anda menerima tekanan daripada BOS. BOS akan lebih menyukai kaki tangan yang tidak kelamkabut, kreatif, kritis dan sentiasa berfikir sebelim memberikan buah kata atau melakukan sebarang pekerjaan. Ketenganmudah dilihat melalui gerak fizikal. Jadi jangan sampai anda dilihat sebagai orang yang 'gabra'.

7. Mahirkan diri dengan ilmu komunikasi. Berkomunikasilah dengan BOS tanpa menunjukkan anda seorang yang gopoh,tidak menguasai situasi, tidak bersikap autoktarik. Yang lebih penting tampakkan bahawa anda sentiasa merendahkanhati.

8. Cepat bertindak dan mampu mengeluarkan pendapat secara spontan. Sekiranya berlaku sesuatu di luar kawalan,anda seharusnya segera bertindak atau boleh memberikan pendapat yang bernas.

9. Menjadi orang serba tahu. Sebagai kaki tangan yang diberi kepercayaan, sudah tentulah BOS akan cuba mencuriperhatian dengan berbual-bual kosong dengan anda. Dalam perbualan itu, jangan sesekali menguasai perbualan, andatidak perlu meningkah sebaliknya hanya perlu menyatakan beberapa perkara yang berkaitan. sesekali nayatakanpandangan yang bernas.

10. Ceria dan senyum selalu. Tampilkan wajah yang ceria dengan senyuman. Tegur BOS anda, tegur rakan sekerjaanda, tegur sesiapa sahaja. Anda akan dilihat sebagai orang yang periang dan boleh dibawa berbincang walau dalamkeadaan apa sekali pun.

Lagi sekali, ingat, kita bekerja bukan untuk BOS atau kerana BOS. Tetapi BOS sudah dilantik sebagai ketua, makasangat perlu kita menpampingi BOS, mengambil perhatian dan kepercayaannya agar iklim tempat kerja benar-benarnyaman.

PANDUAN ASAS PEMARKAHAN PANTUN

Maklumat boleh berubah-ubah dari masa ke masa mengikut kesesuain kertas konsep.