11.11.2019. Lawatan Penanda Aras Pengantarabangsaan SKTB ke Lakeside Primary School, Cooporation Walk Singapura berlangsung dengan jayanya. Untuk julung-julung kalinya para pelajar merentas sempadan negara membawa misi internasional.
Sebelum berkotak ke Singapura, kami awal-awal lagi dah makan berat. Sarapan yang mengenyangkan. Maklumlah acara hari ini padat. Pertama misi kebudayaan dan kedua bersantai di USS. Tentu memakan tenaga dan kekuatan mental.
Sebaik sampai di Lakeside Primary School, kami disambut dengan ramah Pn Norlida, oleh wakil pengetua. Pengetua tidak dapat serta kerana ada acara lain. Hujung tahun sekolah sibuk dengan pelbagai tugasan.
Sebelum masuk ke dewan minta ruangan untuk bersiap mana yang patut. Sebenarnya dari Johor lagi kami sudah mengenakan busana Melayu. Melintas sempadan dan menjadi perhatian ketika di Imigresen. Cuma beberapa riasan terakhir perlu dibuat.
Tak lama mana. Sesudah berhias peserta berkumpul dalam kumpulan yang telah ditentukan. Satu kumpulan 10 orang. Malaysia dan Singapura bergabung. Sambil makan sambil sembang. Makan spegety sambil bersila sahaja. Eh.... Pelajar Singapura pun bersilalah.
SKTB mempersembahkan adat budaya perkahwinan tradisional, silat pulut, lagu pengantin dan tarian dabus. Kelihatan para pelajar Lakeside sangat teruja merenjis air mawar dan bunga rampai kepada pengantin. Satu pengalaman baharu untuk mereka. Tarian Dabus juga merupakan satu persembahan yg belum pernah mereka saksikan. Tarian dabus sepatutnya menggunakan anak dabus tetapi digantikan dengan makaras kerana larangan membawa alatan tajam menyeberangi sempadan
Latihan tarian dabus dibuat sebaiknya, cuma saat-saat akhir dimaklumkan bahawa imigresen Singapura tidak membenarkan alatan tajam merentas sempadan. Anak dabus diperbuat daripada besi dan tajam. Lalu ditukar dengan marakas 😊😊
Sebagai aluan, para pelajar Lakeside mempersembahkan dikir barat.
Khatimah acara, tanjak Alang Iskandar yang merupakan tanjak diraja negeri Perak diberikan sebagai cindurmata penghargaan. Apa lagi, segera menyalin pakaian santai untuk ke USS pula.
Pengalaman manis untuk guru pengiring dan anak didik.
Dari hotel di Johor Bahru dah bersiap dengan busana lengkap. Masing-masing segak bergaya.
Satu kumpulan sepuluh orang murid. Makan berat (spegeti) disediakan sebagai sarapan. Kata Puan Norlida, perjalanan dari JB memang tak jauh tetapi urusan di Imigresen ambil masa yang lama. Pastikan tetamu dijamu sebaiknya. Terima kasih.
Pasukan dikir barat Lakeside mempersembahkan satu persembahan yang sangat mengagumkan. Dikir Barat merupakan kebitaraan sekolah ini.
Soleh dan rias mana yang patut. Cantik pengantinnya.
Pasangan raja sehari diarak ke pelamin. Bukan pengantin betul Olok-olok sahaja. Memang cantik dan sepadan. Berbusana hijau.
Persembahan silat pulut dengan iringan gendang silat oleh Sdr Amirul Munir dan Aiman Suhaimi. Latihan intesnsif selama beberapa hari berbaloi dengan sembah tari silat yag memukau.
Pengantin dan hadiri dihiburkan dengan lagu pengantin baru oleh pasukan perkusi yang lengkap berbusana pendekar. Baju layang merah beserta tanjak tradisional negeri Perak.
Misi mengetengahkan budaya tradisional perkahwinan Melayu. Murid-murid Lakeside diberi kesempatan merenjis air mawar dan bunga rampai kepada mempelai. Bunga pahar berisikan wajik menjadi cindur hati. Mereka tidak pernah mendapat bunga pahar wajik.
Persembahan tarian dabus kebanggaan negeri Perak, Anak dabus ditukar dengan marakas kerana pihak imigresen tidak membenarkan membawa barangan besi lagi tajam.
Perkara yang melucukan.... Samping sdr Aiman terlondeh la pula. Apa pun syabas kerana beliau boleh mengawal keadaan dan meneruskan persembahan. aksi spontan ini mendapat tepukan yang paling gemuruh.
Pasangan pengantin Sdr Afiq Syahmi dan Balqis Munirah diapit oleh pengapit.
Tanjak Alang Iskandar iaitu salah satu tanjak diraja kesultanan negeri Perak menjadi bingkisan pengerat antara kedua-dua buah sekolah.
Foto kenang-kenangan bersama pentadbiran Lakeside Primary School.
Busana dah bertukar. Siap sedia untuk bersantai di USS. Sebelum itu saling berkenalan dan bersilatur rahim sasama rakan.
Pautan Youtube aktiviti di Lakeside Primary School.
No comments:
Post a Comment