Tuesday 15 November 2016

Jelajah Buku Blink Books Bersama Aman Wan


Program perbengkelan, bedah buku dan sesi ramah mesra bersama penulis Aman Wan dari Blink Books sebuah anak syarikat PTS Publication. Sesi bengkel penulisan yang diadakan di dewan sangat mengujakan. Program dijalankan pada 7 November 2016 di SK Taman Bersatu Ipoh.

Antara buku hasil tulisan dan karikatur Aman Wan

Bersama menikmati sarapan sebelum sesi autografi

Peminat komik


sesi perbengkelan


Sesi ramah mesra dan autografi


Teks Pidato : KEPENTINGAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Teks Pidato
Tajuk : KEPENTINGAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT.

Assalamualaikum warahmatullahi wabara katuh,
salam sejahtera,
salam satu Malaysia
Yang saya muliakan tuan peneraju agenda
Yang arif lagi berdiri di pasak kebenaran, para hakim yang budiman
Yang dikasihi tuan-tuan, puan-puan sidang dewan yang dirahmati sekalian.

Tampilnya saya dalam arena pidato ini untuk memperkatakan tajuk KEPENTINGAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT.
Sebelum gelanggang dibuka,
dengar dahulu paluan rebana,
Sebelum kata meningkah bicara,
dengarkan dulu kupasan tajuknya.

Apa itu pendidikan teknologi maklumat? Dan apa itu pendidikan? Menurut Profesor Dr Sidek Baba dalam bukunya yang berjudul Pendidikan Rabbani, Pendidikan ialah proses memberikan asas asuh, pupuk dan bentuk. Para pelajar tidak semata-mata menerima pengetahuan, maklumat dan ilmu, sebaliknya diasuh trampil cemerlang dari sudut ilmu, peribadi dan akhlak.

Seterusnya izinkan pula hamba menerangkan apa itu teknologi maklumat. Teknologi ialah ciptaan baharu hasil inovasi dan sains. teknologi maklumat ialah ledakan komunikasi baharu dengan menggunakan peranti input dan output berbantukan komputer. Asasnya mudah, komputer dan talian. Melalui talian dan komputer, dunia menjadi sangat kecil. Sekecil hujung jari. Malah jari-jarilah yang menjadi penghubung dan mahaguru kepada ilmu dan maklumat.   Dewasa ini, dunia teknologi maklumat sangat cepat, pantas dan tuntas. Mengakses maklumat tidak lagi memerlukan set komputer yang besar. Memadai dengan sebuah komputer mini sebesar buku latihan atau telefon pintar yang boleh digenggam.
Tuan-tuan, puan-puan sidang dewan sekalian.

Klausa KEPENTINGAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT bolehlah diertikan sebagai satu usaha asuh, pupuk dan bentuk yakni mengasuh, memupuk dan membentuk manusia berbantukan teknologi baharu. Dalam gelanggang pidato ini saya ingin mengupas bagaimana teknologi maklumat menjadi wahana penting dalam pendidikan, khususnya untuk pelajar di sekolah.

Melalui teknologi maklumat, para pelajar bukan sahaja boleh berinteraksi dengan rakan dari serata dunia, malah para pelajar boleh berinteraksi dan berdiskusi tentang pelajaran. Frog vle misalnya menyediakan ruang pembelajaran atas talian atau disebut ‘VERTUAL LEARNING’. Pembelajaran maya ini menyediakan ruang yang luas untuk para pelajar – guru – ibu bapa berinteraksi antara satu sama lain. Bahan pembelajaran boleh dimuat turun. Hasil tugasan pula dimuat naik setelah disiapkan. Dalam tempoh yang singkat murid boleh mendapatkan maklum balas daripada guru.


Bagaimana pula dengan media sosial yang menjadi kegilaan sekarang ini. Media sosial seperti facebook, twitter, instagram, weechat, telegram dan sebagainya boleh dimanfaatkan untuk pendidikan. Murid-murid, guru-guru bersama ibu bapa boleh mewujudkan kumpulan-kumpulan perbincangan tersendiri seperti kumpulan UPSR. Melalui kumpulan ini ahli boleh mengemukakan apa jua persoalan, kemushkilan berkaitan peperiksaan. Guru-guru pula boleh member tip-tip berguna untuk diamalkan. Malah melalui pautan fail, urusan muat naik dan muat turun boleh dilakukan. Dalam kaedah pembelajaran atas talian kumpulan perbincangan seperti ini disebut sebagai forum. Antara universiti yang menggunakan kaedah ini ini ialah Universiti Terbuka Malaysia.

Sidang hadirin sekalian.

Sebagai pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, latih tubi sangat penting. Lebih-lebih lagi latih tubi soalan tahun-tahun lalu dan latih tubi soalan daripada negeri-negeri lain. Soalan-soalan ini sebenarnya sangat mudah diperolehi melalui internet. Terdapat banyak laman sesawang dan blog yang menyediakan kemudahan mengakses soalan-soalan ini secara percuma. Nah! Apa tunggu lagi. Sampan sudah di air, pendayung sudah di tangan. Mudiklah ke hilir atau tongkahlah ke hulu. Ambil peluang memuat turun bahan tersebut. Jangan lupa disimpan dalam pemacu dan dicetak untuk latihan.

Zaman ini zaman atom. Zaman millennium. Zaman canggih dan zaman  sibuk. Masa berlalu begitu cepat. Ibu bapa terpaksa menggadai masa untuk menyara keluarga sehingga terbabas untuk mengetahui perkembangan sekolah anak-anak. Tidak mengapa. Usah khawatir. Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan satu sistem yang dinamakan Sistem Analisis peperiksaan Sekolah atau SAPS.

Sidang dewan yang budiman.
          Berdasarkan hujah dan fakta di atas, jelaslah bahawa pendidikan teknologi maklumat merupakan satu kaedah pendidikan yang penting kepada pendidikan Negara. Murid-murid akan lebih mudah menerima ilmu pengetahuan dan pelajaran dengan berbantukan teknologi maklumat. Walau bagaimanapun terpulanglah kepada cara penggunaannya. Justeru gunakanlah teknologi dengan cara dan tujuan yang betul

          Jalan yang gelap bawalah suluh
          Lihat cahaya buat pedoman
          Pendidikan teknologi maklumat jadi penyuluh
          Tentu kecemerlangan dalam genggaman

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.

Friday 20 May 2016

Resensi Buku : Hang Tuah Catatan Okinawa

Hang Tuah; Catatan Okinawa.
Penulis : Dr Hisyam Musa / Dr Rohaidah Kamaruddin
Terbitan : UPM
Halaman : 204 ms
Harga : RM 58 Kulit nipis
Ternyata Tuah bukan sekadar epik, mitos, lagenda atau hikayat agung semata-mata. Memang Laksamana Tuah menjadi pelambangan kepada keperwiraan pahlawan Melayu dengan aksi luar biasa. Jauh daripada itu, Tuah telah dibuktikan zahir wujudnya melalui penemuan primer.
Hubungan Melaka dengan pelbagai negara luar melalui maritim ditemukan secara maujud di kerajaan Rukyu yang kini disebut Okinawa dalam wilayah Jepun. Surat antara negara dalam bahasa Cina, catatan Alfonso dan keris lok 9 di Kuil Okinawa menjawab kewujudan Tuah.
Hikayat Hang Tuah dan sulatus Salatin dikarang setelah 200 tahun melaka menjadi jajahan pelbagai negara hingga menyebabkan orang Melayu sendiri membuat pelbagai andaian tentang Tuah. Jika China bangga dengan Laksamana cheng Ho yang beragama Islam dan Yunan bangga dengan Alexander sang penahluk melalui bukti dan penemuan, kenapa tidak Tuah dinobatkan secara rasmi sebagai tokoh maujud laksamana Melayu.







Mentera Cinta





MENTERA CINTA 
hai keris cinta sempana iras
keris cinta sempana iras
ku tahu asal usulmu jadi
dari besi kersani
tujuh petala langit
tujuh Petala bumi
tujuh lautan
jadi mu daripada halilintar ketauhidan
yang membelah gunung ganang
hutan belantara

hai keris cinta sempana iras
keris dari besi kersani
keris luk tujuh belas
ditempa si bijak pandai
dititik saduran kalimah toyyibah
disepuh emas tulen syahadah
diasap dengan kemenyan gaharu
cendana maghfirah
berhulu gading arif budiman
diikat dengan cindai kesaktian taqwa

hai keris cinta sempana iras 
ku seru 
ku seru namamu
ku seru semangat mu
semangat para mualim
semangat para murabbi
semangat para mursyid
semangat para muadib
semangat para mudarris
semangat para cendekia, arif perkasa

hai keris cinta sempana iras
berikan pencerahan
kebijaksanaan, kepandaian 
kepintaran dan kebestarian
kepada para santri
arjuna dan srikandi

duhai keris cinta sempana iras
kulihat para santriku kerunsingan
kegawatan dan kekalutan
aku bukan berjampi serapah
aku bermentera
berseru semangat mu 
semangat keris cinta sempana iras
keris luk tujuh belas
asal dari besi kersani
pencipta
tujuh petala langit
tujuh petala bumi
aku berserukan kepandaian
kebijaksanaan dan kebitaraan

sedarkah kalian
kita asalnya dungu, tiada tahu
kosong …. Kosong …. Kosong ….
Hinggalah kita menemukan 
cahaya, sinar
kepandaian, kebijaksanaan
yang dipusakai oleh si bijaksana di hadapan ini

kepandiran, kelesuan
kebejatan dan kegelapan
diganti cahaya sebagai pedoman
dengan semangat keris luk tujuh 
keris cinta sempana iras

di sini ……
di bumi ini 
di tanah ini
di persada ini
kami para cendekia
pemegang keris cinta sempana iras
membawa kalian para marga
para santri ke jalan sempurna


Genta Rasa
16 Mei 2016

Pantun Kitab

KITAB

Anak rusa melintas titi
jatuh tertiarap di Kota Bahru
kalau rasa kurang mengerti
buka kitab berpenditakan guru

Pokok lalang berdaun panjang
diikat susun jadikan atap
banyak orang pandai mengarang
hanya si alim pandai berkitab

Letak dupa di ruang tamu
harum baunya aroma setanggi
kitab apa ibunya ilmu?
kitab utama kalam Ilahi

Banyak atap antara atap
atap rumbia jadi teduhan
banyak kitab antara kitab
kitab ihya' jadi keutamaan.


Tuesday 9 February 2016

Berbalas pantun hari guru



BERBALAS PANTUN HARI GURU

Pantun Untuk Dijual                                           

Menanam tebu tepi telaga,                                         makan nasi ulam pegaga
Mengunyah tebu menuatkan gigi;                           sambil menceduk gulai nangka
Kasihnya ibu sampai ke syurga,                                  kasihnya ibu sampai ke syurga
Kasihnya guru ke mana destinasi?                            Kasihnya guru menghalang neraka

Membakar gaharu di dini hari,                                    harum semerbak bilik puteri
Harum semerbak bilik puteri;                                     terasa diri aman tenteram
Mengapa guru sanggup begini,                                  apa salahnya membakar diri
Menjadi lilin membakar diri?                                       Jika bersinar seluruh alam

Anak tamban dimakan tenggiri,                                 kala sepi menyanyikan lagu
Menahan lukah menjerat bubu;                                               sambil memetik gitar baharu
Antara bulan dan matahari,                                         bulan guru matahari cikgu
Mana satukan persisnya guru?                                  Itu tamsilan agungnya guru

Tetamu disambut sangatlah ramai,                          menangkap cengkerik di atas titi
Untuk bertahlil malam kenduri;                                 melompat seekor di Pasar Tamu
Ilmu diterap nilai disemai,                                            seandainya murid kurang mengerti
Mengapa murid kurang mengerti?                           Didiklah lagi janganlah semu

Sagu rumbia tiada rasa,                                                 tiada berdahan buah melaka
Kelapa komeng tiada santannya;                              jangan diletak di dalam cawan
Cikgu berbicara sopan dan berbahasa,                   zaman ‘it’ langit terbuka
Mengapa murid lain bawanya?                                  Menyebabkan murid hilang haluan

Seroja mekar di hujung bilik,                                       arang di dapur banyak yang patah
Kelopak patah serinya punah;                                    mahu memanggang daging rusa
Kerja sekolah dibawa balik,                                         abang di rumah sudah tak kisah
Tidak marahkah abang di rumah?                             Alah bias tegal biasa

Giling kerisik bercampur bawang,                             guru itu tiadalah jemu
Dibeli dari kedai mak nyonya;                                     ilmu dan amal menjadi satu
Asyik mendidik si anak orang,                                     anak orang diberi ilmu
Anak sendiri apa khabarnya?                                      Anak sendiri diberi restu

Nenek tapir jalan mengengkang,                              dalam raga berisi mangga
Usia sudah tua dan bangka;                                         asingkan buah muda dan tua
Guru PJPK beraksi di padang,                                     mena tak mengah mendaki tangga
Mengapa mengah mendaki tangga?                       Selesai PJ nasi lemak dua

Anak tenggiling anak singa,                                          rumah agam berbatu bata
Tenganga-nganga melihat pelangi;                           batanya pula merah menyala
Jam di dinding angkanya tiga,                                     macam mana nak lelapkan mata
Kenapa cikgu tak tidur lagi?                                         Rangkaian internet asyik tergendala


Motivasi, kaunseling agenda utama,                       makan emping parut kelapa
Mendidik murid berubah tingkah;                            jangan gelojoh nanti mengkelan
E-operasi,e-filing, e-ponteng dan sispa,                 bukan sekadar pening kepala
Eh….. cikgu-cikgu tidak pening kah?                         Badan demam nak cuti sebulan

Di Pantai Morib berpedati biru,                                  pergi musafir menumpang kapal
Sampah sarap berlonggok di tepi;                             kapal bergerak berkibaran layar
Mengapakah murid jadi keliru,                                  jika sifir tidak dihafal
Disuruh darab tidak menjadi?                                     Tentulah darap menjadi sukar

Sepagi-pagi duduk di kantin,                                       di tengah sawah menuai padi
Bersantap roti dan juga kopi;                                      diikat segemal dengan tali
Guru penyayang, guru prihatin,                                 bagaimana disiplin mahu menjadi
Mengapa disiplin kurang menjadi?                           Jika di rumah tidak dipeduli

Perakam waktu berkad kuning,                                 sanding bukan sebarang sanding
Terkejar-kejar takut terlewat;                                    sanding mempelai puteri kerabat
Setiap minggu kepala pening,                                     pening bukan sebarang pening
Pening yang benar atau dibuat?                                                Pening melihat murid melompat

Puspa kirana taman nan ceria,                                    bunga lavender tepi beranda
Bunga lavender berwarna ungu;                                               harum semerbak bau aroma
Duhai tuan hamba bertanya,                                      cikgu dan guru tiada berbeza
Apakah beza cikgu dan guru?                                     Hanya panggilan dan juga nama

Banyak kari perkara kari,                                               banyak sarbat perkara sarbat
Kari sardin dikerat-kerat;                                              sarbat madu manis sekali
Banyak hari perkara hari,                                              hari isnin terasa berat
Kenapa Isnin terasa berat?                                          Sabtu dan ahad tidak bercuti

Patung beruang berwarna putih,                              pakaikan beruang baju yang putih
Ambil satu dipakaiikan baju;                                        simpan seekor dalam kelambu
Belum sehari Nampak dah letih,                                                macam manalah tidak letih
Apa ehwalnya duhai guruku?                                     Anak tangga sekolah hampir seribu

Berapa berat buah kuini,                                              berciap-ciap anak kelicap
Potong sebelah diperap-perap;                                 ibunya terbang mencari rezeki
Apa nak dibuat dengan murid ini,                             kerja sekolah tidakkan siap
Kerja sekolah tak siap-siap?                                        Jika ibu bapa tak ambil peduli

Patah sekah pohon sagu,                                             pohon sagu ditiup bayu
Sagu rumbia tumbang di kolah;                                  disaksikan oleh pengantin baharu
Apakah rasa hatimu cikgu,                                           sungguh sedih pilu dan sayu

Ibu bapa datang mencari salah?                                                Kiranya ibu bapa mencari seteru

RISENSI BUKU : Mendorong Pelajar Corot dengan Teknik Nabi Muhammad



1
NAMA GURU
S.SAMPRIZAL BIN SELAMAT
2
JUDUL
Mendorong Pelajar Corot Dengan Teknik Nabi Muhammad
3
TARIKH PEMBENTANGAN
20 MAC 2013
4. BIDANG : Inovasi dan kreativiti dalam pengajaran
6
TEMPAT PEMBENTANGAN
MAKMAL BESTARI
6. MASA :
7
SINOPSIS :
-          Buku ini merupakan buku e-book, tetapi berformat buku bercetak. Pembaca mempunyai dua pilihan sama ada memuat turun melalui laman web dengan kaedah tertentu bagi mendapatkan format e-book atau memiliki buku berformat buku bercetak dengan harga RM25.00. buku ini tidak dijual di took-toko buku, melainkan hanya boleh ditempah terus kepada penerbit Buku Pandai Publication melalui laman web http://downloadilmu.com/pod-mendorong-pelajar-corot-teknik-nabi/
-          Buku ini ditulis oleh beberapa penulis tersohor tanah air, iaitu  Ainon Mohd, Khairulaniza Khairuddin, Siti Khadijah Abd Ghaffar dan Nurhidayah Jaafar dengan ketebalan 130 halaman.
-          Buku ini ditulis berdasarkan kajian oleh tim pengkaji hadis psikologi. Dengan berpaksikan hadis dan amalan nabi Muhammad ketika berdakwah (amalan psikologi / pendekatan memuji ) guru disarankan mendidik murid yang tergolong dalam kumpulan corot melalui pendekatan yang lebih bersifat insani puji, motivasi, ganjaran dan sebagainya.
-          Petikan BAB 6: Memberi Markah Dorongan, Bukan Markah Akademik

Hadith rujukan: 'Markah untuk Salam'
Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” -- Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi

8
NILAI PENGETAHUAN / PENGAJARAN
Buku ini membuka satu dimensi baharu kepada guru khususnya guru yang mengajar kelas corot seperti kelas pemulihan, LINUS atau kelas-kelas belakang. Kita biasa mendengar rungutan guru berkaitan respon anak murid kelas seperti ini yang sememangnya tidak memberangsangkan. Apa kata kita mengubah gaya dan cara yang dianjurkan nabi Muhammad dalam menangani  umat yang dilabelkan ‘corot’. Buku ini memberikan satu pendekatan yang sangat mudah dan mesra pelajar.

9
APLIKASI ILMU DALAM ORGANISASI / P&P
-          Buku ini patut dimiliki oleh semua guru yang mahukan pendekatan yang lebih mesra pelajar dan berkesan
-          Kaedah dan pendekatan nabi Muhammad merupakan satu inovasi dan kreativiti yang telah lama diguna pakai oleh baginda.


Disediakan oleh                                                          Disahkan oleh

Sites Bacaan Digital Edisi 06

https://sites.google.com/d/18U2yr6i-vDGsW_SusToDWgpUJBWZkBae/edit