Friday 13 September 2019

Dilema Melayu



Dilema Melayu - Sebuah desakan minda karya Tun M.  Bukan buku baharu, sudah lama tetapi tekal releven untuk dibaca dan diteroka.

Pendahuluan

Pendapat awal saya mengenai masalah yang sedang dihadapi oleh orang Melayu dibentangkan untuk pertama kalinya sewaktu menjawab cabaran yangdikemukakan oleh Profesor Ungku Aziz, Profesor Ekonomi (sekarang Profesor Diraja dan Naib Canselor) di Universiti Malaya. Di dalam satu seminar yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1966, ketika membincangkan sebab-sebab lemahnya pencapaian pelajar-pelajar Melayu, saya telah menyebut, antaralain, tentang pengaruh keturunan dan alam sekitar sebagai faktor-faktor yangmenyebabkan wujudnya masalah ini.

Memang tidak dapat dinafikan bahawalain-lain faktor seperti dasar pelajaran, kemudahan yang tidak mencukupi,kekurangan guru serta guru yang tidak cukup terlatih turut memainkan peranan dalam meningkatkan lagi peratus kegagalan di kalangan pelajar Melayu. Namun,
pada hemat saya, faktor-faktor keturunan dan alam sekitar tidak boleh diketepikan begitu sahaja tanpa diberi perhatian yang serius.
Pandangan yang sedemikian pada umumnya telah tidak dipersetujui oleh peserta-peserta seminar, terutama sekali oleh Profesor Ungku Aziz sebab pandangan tersebut dikatakan memberi takrif bahawa orang Melayu memang
pada lahiriahnya adalah bersifat inferior atau rendah diri.

 Oleh kerana sifat ini dikatakan terdapat dalam zuriat orang Melayu maka ini ber makna ia kekal turun-temurun. Ini bukanlah apa yang saya maksudkan atau apa yang telah saya
rumuskan. Tujuan saya ialah mahu menumpukan perhatian kepada beberapa
faktor hakiki yang merencatkan kemajuan orang Melayu, terutama faktor-faktor yang boleh dibaiki. Jika amalan yang dianggap kurang baik itu diketahui dan diakui oleh umum, maka lebih mudahlah untuk mengatasinya.

Pada umumnya, orang-orang Islam, termasuk orang-orang Melayu, memang tidak dapat
menerima fikiran-fikiran moden mengenai evolusi manusia. Meskipun begitu, orang Melayu sendiri mengakui bahawa ciri-ciri tertentu dalam diri seseorang itu diturunkan dari ibu bapa kepada anak-anak mereka. Ini dapat dilihat dalam peribahasa Melayu yang berbunyi "Bapa borek anak rintik". Maksudnya
memang nyata. Kalau begitulah keadaannya bagi seseorang individu, maka tentunya pengaruh keturunan juga memainkan peranannya dalam perkembangan kelompok individu dalam sesuatu kaum.

Perkara yang umumnya tidak diketahui oleh orang-orang Melayu ialah kesan pembiakan seketurunan atau pembiakbakaan dalam. Di dalam buku ini saya cuba menerangkan bagaimana hukum genetik, yang menentukan penyaluran ciri-ciri keturunan, dipengaruhi oleh pembiakan seketurunan dan lain-lain amalan perkahwinan. Pemikiran yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip sains telah banyak didapati mengenai pembiakan seketurunan dan kesannya terhadap masyarakat manusia.

Malahan Cyril Dean Darlington, seorang ahli genetik British, di dalam bukunya “The Evolution of Men and Society”, memberi
pendapat yang ekstrem bahawa evolusi masyarakat manusia ditentukan oleh baka. Menurut beliau, tamadun akan berkembang maju atau runtuh mengikut penentuan baka. Beliau menyatakan bahawa apabila sesuatu golongan pemerintah berkuasa, mereka akan cuba mengekalkan kuasa mereka melalui
pembiakan seketurunan tanpa membenarkan kemasukan baka-baka baru ke dalam keturunan mereka ....... 

.........  Dalam sanubari mereka terasa bahawa walau apapun yang mereka buat danpersetujui, semuanya akan beransur-ansur terlepas dari kekuasaan mereka; danlama kelamaan mereka tetap kehilangan tanah air mereka sendiri. Inilah DilemaMelayu.

Buku ini diterbitkan bukanlah dengan maksud hendak mencari kepopularan darikalangan masyarakat tertentu di Malaysia. Malahan, sebaliknya besarkemungkinan ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan golongan-golongan tertentu dan kemarahan dari kalangan golongan lain. Tiada maaf yang
dipinta — apa yang saya tulis telah ditulis dengan ikhlas. ....... 1970

Muat turun di sini.

https://www.pdfdrive.com/penglibatan-wanita-melayu-dalam-pilihan-raya-di-malaysia-1999-2008-e53293576.html

Sites Bacaan Digital Edisi 06

https://sites.google.com/d/18U2yr6i-vDGsW_SusToDWgpUJBWZkBae/edit