Saturday 15 December 2018

RESENSI BUKU : ZOMBI BENAR-BENAR WUJUD?

Zombie Benar-Benar Wujud?
Penulis - MN Iman Ramli

Tular di media sosial Zumbi Dos Palmeras di Brazil merupakan seorang pejuang beragama Islam.  Beliau diburu oleh penjajah Portugis kerana menentang penjajahan di Brazil.  Berketurunan pahlawan Imbangala dari Angola Afrika. 

Di Brazil terdapat sebuah kerajaan Zumba yang diasaskan oleh Ganga Zumba pada abad ke 17. Kerajaan yang dinamakan Quilombos dos Palmeras. Di sinilah Zumbi berjuang dan Zumbi diangkat sebagai tokoh pejuang di Brazil. Apakah beliau beragama Islam? 

Benarkah zombie wujud?  Persoalan yang dijawab secara fakta dengan bukti catatan dan ilmiah.  Siapa zombie?  Zombie memang wujud.

Haiti merupakan tempat yang menyaksikan kewujudan zombie.  Manusia yang separa mati,  dikuburkan lalu dipuja secara sihir dan penggunaan bahan beracun oleh pawang dalam amalan Vodoo menghasilkan manusia zombie.  Catatan dan bukti tentangnya dibuat oleh penyiasat.

Lalu diterbitkan filem demi filem tentang zombie hingga zombiesme menjadi tular dan momokan baharu. Kini penggunaan dadah,  bahan kimia dan sedatif boleh menghasilkan zombie dalam masyarakat. Penulis juga menelusur tentang dunia kematian,  bau kematian yang sangat ditakuti.  Amalan penyimpanan mayat serta cara mayat disempurnakan mengikut adat turut diulas.

Kisah hantu Cina yang melompat-lompat juga dicatatkan,  bagaimana pawang Cina membawa barisan mayat untuk disemadikan di kampung halaman sebagai penghormatan terakhir untuk si mati dan cerita hantu melompat pun timbul.

Lebih mengejutkan,  ada institusi yang mengkaji tentang zombi di Universiti of Glasgow. Apa tujuannya?

Al Ma'thurat


AL MA'THURAT

Kem Revolusi Anak Muda 3.0

Bertemakan Membina Generasi al Fateh,  Kelab Belia Al Fateh,  Masjid Muhammad Al Fateh,  Taman Jadi Ipoh menganjurkan kem revolusi anak muda untuk kali ketiga.

Wah.. .  Hebat dan mengujakan.  Diberi peluang mengendalikan program pengucapan umum kepada 30 peserta yang berusia antara 15 ke 19 tahun.

Mantap anak muda.  Di saat orang lain menghabiskan cuti sekolah di hadapan perangkat elektronik, kalian berada di sini.  Sungguh bangga sekali.

Fasilitator, urusetia dan komandannya juga dalam kalangan anak muda.  KPIP menerajui pengesisiannya.  3 harin2 malam di Kem Murni,  Gopeng dengan pelbagai aktiviti tentunya sangat membahagiakan.





Thursday 13 December 2018

Atlantis - Lemuria - Sundaland

ATLANTIS - BENUA YANG HILANG.....

Plato memulakan bicara tentang Atlantis,  dicatat dalam sebuah dokumen dalam bentuk perbualan pada tahun 360sm.  Sejak dari itu,  Atlantis bukan sekadar cerita dongeng atau hikayat.  Atlantis menjadi sebuah subjek yang dikaji secara serius. 

Menurut Plato,  Atlantis adalah negara yg sangat bertamadun,  makmur, kaya,  subur,  berteknologi tinggi hingga penghuninya disebut sebagai dewa.  Benua ini tenggelam oleh bencana.

Atlantis....
Lemuria....
Sundaland..... 

Plotemy,  pengkaji bumi Yunani dalam bukunya Geographia mengistilahkan Semenanjung Tanah Melayu sebagai 'Aurea Chersonesus' atau dalam bahasa Sanskrit disebut Suvarnadvipa yang bermaksud SEMENANJUNG EMAS. Jawa pula disebut Labadius atau dalam bahasa Sanskrit disebut 'yavadvipa' yang bermaksud PULAU EMAS.

Kepulauan Melayu disebut sebagai BENUA SUNDA.  Benua Sunda sudah wujud sejak sebelum masihi dan dikatakan lebih awal daripada Mesir Purba.

Merujuk kepada catatan China dan Arab yang mengunjungi negara-negara melayu purba seperti Champa,  Sriwijaya, Kedah Tua dan lain-lain,  dinyatakan bahawa kota kerajaan ini dihiasi dengan emas,  malah hamba sahaya turut dipakaikan emas sebagai lambang ketinggian status mereka.

Kajian demi kajian. Hinggalah kepada penemuan arkeologi dan mt dna yang menghujahkan Sundaland ialah Atlantis yang hilang.

Apa pun hujahnya...  Tak terlawan dengan pembikinan filem barat.  Aquaman..... Aku sudah tonton dan sangat mengujakan.  Terbungkam seketika teori Sundaland.

Kartun Aquaman,  memang tak terlepaa cerita ni masa kukecil dulu.

Atpantis terbitan Walt Disney.

Aquaman 2018 yang sangat mengujakan.

Plato memulakan tentang Atlantis.

Sundaland.

Sunday 9 December 2018

DARI JB KE MELAKA

18 Oktober.  Setelah menginap 2 malam di JB dan berpuas-puas meneroka kubik-kubik lego,  bergerak pula ke bandaraya bersejarah.  Kota Melaka.

Tidak berlama-lama di sini. Hanya beberapa jam sebelum berangkat pulang ke Ipoh.  Makan tengah hari si Restoran Terapung Klasik Tom Yam,  membeli cenderamata dan Menara Taming Sari.

Ketua rombongam sempat juga membeca sekadar melepaskan lelah.









WISATA KOLABORATIF KE JOHOR

16 - 18 Oktober 2018, menjejakkan kaki ke Selatan bersama 4 buah bas dari Ipoh.  Kolaboratif Sk Taman Bersatu dan Sk Cator Avenue terzahir jua.

16 guru pengiring dan lebih daripada 100 murid dari kesua-dua sekolah berwisata dan membina pengalaman bersama.  Menginap dua malam di Hotel Seri Malaysia JB tentunya memberi pengalaman urus diri dan berdikari kepada peserta.

Yang lebih mengujakan,  seharian di Legoland.  Inilah destinasi utama.  Dari pagar dibuka sampai pagar ditutup.  Itulah masanya mereka beraktiviti.  Sangat puas hati dan berbaloi.  Seronok.  Nak pi lagi. Itulah antara yang disebut oleh peserta.

Mana taknya,  lawatan pada hari bekerja sudah tentu,  bilangan pengunjung tidak seramai hari cuti awam.  Puaslah main.  Masuk bas.... Semua terlentok kepenatan.  Balik hotel,  kemas barang.  Esoknya ke Melaka pula sebelum pulang ke Ipoh.
















Sites Bacaan Digital Edisi 06

https://sites.google.com/d/18U2yr6i-vDGsW_SusToDWgpUJBWZkBae/edit