Wednesday 17 April 2019

Pembudayaan Bacaan Digital 2019

Kempen membaca dalam kalangan murid dan seluruh warga sekolah memang menjadi agenda tahunan dalam usaha memupuk budaya membaca.  Kali ini satu pendekatan baharu diambil dengan hasrat yang sama iaitu memupuk budaya membaca dan menjadikan membaca amalan harian.
Sayed Munawar,  CEO Perbadanan Kota Buku merasmikan program secara digital,  sidang video dari Kuala Lumpur


Program Pembudayaan Membaca Digital bertemakan Memperkasa Bahasa Melalui ICT telah dilancar dengan jayanya.  Pelancaran oleh YDP PIBG dan perasmian secara digital melalui sidang video merupakan pengalaman pertama kali dan percubaan ini tentunya satu inovasi baharu dalam usaha memupuk budaya membaca.

Pelancaran secara digital

Terima kasih kepada Perbadanan Kota Buku yang memberi banyak peluang kepada kami.  Khususnya CEOnya Tuan Sayed Munawar yang telah sudi bersiaran secara digital lebih kurang 8 minit.

Mengapa digital?  Soalan yang mudah.  Perangkat elektronik menjadi satu perkakasan wajib bagi manusia moden.  Bagaimana perangkat ini digunakan bergantung kepada manusia.  Dalam perangkat elektronik terkandung seribu satu noda dan terkandung juga jutaan manfaat.

Nah.  Ambil manfaatnya,  nescaya sangat bermakna.  Kali ini kempen membaca diperluas daripada membaca bahan maujud kepada membaca bahan digital. 

Bagaimana kesedaran dan kempen ini dibuktikan berkesan?  Sangat mudah.  Di. peringkat sekolah kami menggunakan dua penanda. 

Pertama.  Buku catatan NILAM.  Dalam buku catatan nilam murid wajib mencatat dua sumber iaitu sumber buku maujud dan sumber bacaan digital.

Kedua.  Site Frog VLE.  Pelbagai aktiviti interaktif bernuansa ilmu dan baca dipautkan dalam site ini.

Setiap aktiviti dicatat dan dipantau.

Keberkesanannya?  Terserah kepada individu itu sendiri.  Guru memain peranan menyediakan ruang, ibu bapa berperanan memberi peluang dan diri sendiri mengambil kesempatan.

Pokoknya,  tepuk dada tanya selera.

Banyak orang suka menyangka
sikit orang suka bezikir
banyak orang suka membaca
sikit orang mahu berfikir

Ahli jawatankuasa kerja 


persembahan lagu NILAM dan FRIG VLE

Pelancaran oleh YDP PIBG En Zulkefli B Osman

Ucapan guru besar Pn Suryati Hj Othman



#malaysiamembaca
#bacaandigital
#anugerahnilam

No comments:

Post a Comment

Sites Bacaan Digital Edisi 06

https://sites.google.com/d/18U2yr6i-vDGsW_SusToDWgpUJBWZkBae/edit